Hari ini, khutbah Jumaat menyentakkan dengan menyedarkan bahawa tanggal 15hb Mei ketika tahun 1948 mempunyai satu cerita yang memilukan umat Islam. Menempelak sikap umat Islam yang telah leka dengan kemewahan sehingga telah diperbodohkan oleh British dan Perancis. Detik 15hb Mei 1948 juga dikenali dengan Hari An-Nakbah atau Hari Kecelakaan kepada umat Islam dimana tertubuhlah Kerajaan Haram Israel dibumi Palestin.
Ini perubahan peta negara Palestin yang telah di takluk oleh Negara Haram Israel atau Rejim Zionis
Maklumat lanjut sila layari:
1) http://www.amanpalestin.net/baca.php?lihat=artikelPenuh&id=29&popup=depan
2) http://www.ikramsj.org/?p=4023
3) http://ismadhl.com/15-mei-1948-nakbah-palestin/
3) http://www.ismaweb.net/v4/2010/05/noktah-noktah-penting-62-tahun-nakbah-palestin/
5) http://www.eramuslim.com/berita/palestina/peringatan-nakba-15-mei-di-seluruh-palestina.htm
6) http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=5197
Dimana kita ???
Warong Tok Long
Warong Tok Long |
Satu lagi warong nasi kampung di Kepala Batas lebih tepat di Paya Keladi. Warong Tok Long. Jangan silap kat jalan nie juga ada sebuah kedai lagi guna nama yang hampir sama Mak Long, Mee Rebus Mak Long. Apa hubungkait kedua-dua kedai makan nie? Tanya tokey kedai.
Tempat letak kereta luas juga depan warong. Kalau penuh letak ja di seberang jalan.
Disediakan berbagai menu masakan kampung, memang banyak pilihan seperti masak lemak, asam pedas, kari, kurma kambing, ikan bakar, sayur campur, masak lemak otak, ulam-ulaman, sambal dan macam-macam lagilah.
Ramai pengunjung, bukan dari kawasan kampung sekitar tetapi juga dari pejabat-pejabat kerajaan, swasta berhampiran datang makan kat sini.
Anak aku punya feberet, kerang rebus.
Kalau bawa bebudak kecik, best ada tempat mainan disediakan disebelah warong, berbumbung. Makan pun selesa mereka tak kacau. Kebersihan dijaga dengan baik.
Ini dia menu. Mee rebus dan bihun sup kat sini pun best. Bihun sup cara kampung, sup daging ( kalau kedai tom yam depa buat sup apa-apa entah dimasukkan macam-macam bahan ). Ada sup tulang. Klik imej untuk paparan besar.
Warung Tok Long ini di buka untuk makan tengahari sahaja. Makanan di sini memang sedap, jadi kena datang awal sikit kalau lambat, kurang la sikit lauknya. Harga boleh tahan la, jika dibanding dengan kawasan kampung, harga boleh dikatakan sedikit mahal. Tutup hari Ahad. Lokasi terletak berhampiran Pusat Kesihatan Paya Keladi. Lihat Google map kat bawah.View Warong Tok Long in a larger map
Seronok Bila Ada Hari Dan Menteri...baru bestt
Setiap tahun bermacam hari yang ada di dunia ini. Di Malaysia pun begitu, menyambut yang bersangkutan. Contonya yang terbaru Hari Guru, Hari Ibu, Hari Belia, Hari Jururawat, Hari Kesihatan Sedunia, Hari Setiausaha, Hari Polis dan macam-macam hari lagi tak perlulah nak masukkan Hari Raya Puasa dan lain-lain. Seronoknya bila hari-hari ini ada menteri dibelakangnya. Seperti Hari Guru ada Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia, Hari Polis ada Menteri Polis dan juga Ketua Polis Negara, Hari Jururawat / Kesihatan ada Menteri Kesihatan.
Bila tiba hari-hari yang diraikan itu berbagailah usaha dilakukan untuk menaikkan nama Kementerian dan juga menteri berkenaan. Selalu yang dapat dilihat ialah bila sambutan hari-hari tersebut berbagai insentif diwar-warkan. Contoh, ambil Hari Guru yang diraikan baru-baru ini, kenaikan pangkat guru-guru ditambah dan dipermudah.
Bagaimana pula untuk penjawat awam yang tiada hari dan juga menteri khusus untuk mereka seperti juruteknik, kerani, pereka, penerbit, penolong sistem pegawai maklumat, pemandu dan berbagai jawatan lagi?
Terlebih dahulu di ucapkan terima kasih kepada mantan perdana menteri Malaysia Pak Lah yang memperkenalkan kenaikan pangkat khas secara Khas Untuk Penyandang ( KUP ) kepada staf sokongan yang berkhidmat selama 15 tahun ( ada syarat-syarat yang di tetapkan ). Apakah insentif yang boleh diwar-warkan untuk golongan tanpa hari khusus ini?

Selamat Hari Guru 2011
Selamat hari guru kepada sesiapa yang sentiasa mendidik anak-anak dan juga dewasa,
Kepada guru-guru tadika mengajar anak-anak berdikari sebelum ke sekolah rendah.
Kepada guru-guru sekolah rendah, menengah dan IPT mengajar tanpa mengenal erti lelah.
Kepada guru-guru tiusyen yang menampung mana yang terlopong.
Kepada ustaz yang mengajar agama di pondok-pondok, surau atau rumah sendiri mengajar alif, ba, ta supaya mengenal pencipta.
Kepada dokor yang mengajar pesakit makan ubat jaga kesihatan.
Kepada polis mengajar manusia berperaturan.
dan
Kepada ibubapa yang sentiasa mengajar anak-anak erti kehidupan.
dan juga
Kepada alam yang mengajar dengan peristiwa, membelai dengan hembusan angin, marah dengan ribut, maki dengan lintar, pukul dengan gempa, peristiwa dibalik dunia mengajar kepada yang melihatnya.
Setiap apa yang dipelajari pemberinya ialah guru.
:: SELAMAT HARI GURU::
Selamat hari guru kepada:
Guru-guru aku di Sekolah Kebangsaan Bukit Jambul, Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam, Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Halim, Sekolah Menengah Dato' Syed Omar, Sekolah Teknik Alor Setar dan kepada ustaz dan ustazah yang mengajar aku dan juga bapa aku pesara guru.

Banglow Di Tengah Sawah
Dah tonton Nur Kasih?? Aku pun belum. Memang la sebab 19 Mei baru tayang. Tapi lihat gezet ja dalam TV. Sekarang ini filem Melayu dah meningkat. Skrip dan jalan penceritaan yang menarik dan sentiasa meninggalkan rasa ingin tahu di setiap kali tamat sasuatu episod. Sentiasa tertunggu-tunggu apa kan terjadi di episod akan datang. Dari segi pemilihan lokasi dan juga pemilihan sudut kamera yang menarik. Sentiasa berwarna-warni. Bukan sahaja filem tetapi juga drama bersiri seperti Ustaz Amirul dan Nur Kasih.
Filem dan juga drama bersiri yang memaparkan suasana kampung seringkali menggunakan pemandangan sawah padi yang luas terbentang dengan alur air yang sejuk mata menandang. Filem dan drama ini telah merakamkan suasana dan keindahan kampung yang menarik dan terima kasih kepada penerbit kerana merakamkan detik-detik itu. Terima kasih dirakamkan sebab gambar ini mungkin menjadi arkib kepada anak-anak di masa hadapan yang tak berpeluang melihat suasana kampung.

Gambar nie tak tahu sumber dari mana
Sekarang ini sawah padi telah dilanda fenomena perubahan. Tanah-tanah sawah telah berubah menjadi tapak-tapak banglo. Sekurag- kurangnya dua tingkat. kalau lebih lagi baik. Pemandangan yang indah di tanah sawah mungkin akan berkurangan pada masa hadapan. Pemandangan akan diganti dengan sawah padi dan diselang seli dengan banglo tak ada tingkap cuma lubang-lubang kecil disekeliling dan berbunyi bising. Banglo untuk burung walet atau burung layang-layang membuat sarang.
Bangunan yang dibina sungguh banyak di tanah-tanah yang asalnya tanah sawah. Mungkinkah pada masa hadapan bangunan burung walet ini akan mengantikan tanah sawah?? Ketika ini beras yang dikeluarkan dalam negara masih tidak cukup menampung permintaan dalaman. Bagaimana pada masa hadapan dimana banyak tanah-tanah sawah akan bertukar status? Walau harga dan permintaan yang tinggi untuk sarang burung walet, tetapi sumber makanan negara perlu difikirkan.Beras mungkin terpaksa diimport banyak lagi.

Gambar dari :http://indonetwork.net

Nasi Lemak
Tak habis lagi cerita makanan kat kantin sekolah. Cerita sana cerita sini garis panduan tak keluar lagi. Tindakan tak boleh ambil juga. Benarkah obesiti disebabkan makan nasi lemak disekolah? Kita orang Melayu makan nasi lemak pagi-pagi dah jadi macam tradisi. Kalau tak kena sebungkus memang ada kurang sikit pepagi, mesti kena sebungkus baru OK. Sayang nasi lemak yang menjadi makanan tradisi orang melayu seolah-olah menjadi penyebab kepada obesiti. Dahlah warisan orang Melayu semakin hari semakin terhakis dan semakin dilupakan. Kini nasi lemak yang suatu ketika dulu menjadi makanan menteri-menteri disalahkan.
Anak aku cakap nasi lemak kat kantin sekolah tak rasa macam nasi lemak pun. Macam nasi putih ja. Sekarang ni mak cik kantin pun tak buat nasi lamak yang sebenar-benarnya lemak. Janji bau macam nasi lemak. Bagi berminyak sikit dan masukkan daun pandan bagi naik bau, jadikkk. Kalau ikut cara masaknya, makcik kantin tu berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.
Aku setuju kalau makanan ringan dan berkarbonat di tiadakan. Tapi makanan berat perlulah disediakan tak perlulah di buat jadual jualan seperti mee goreng 2 hari, pulut 2 hari, nasi lemak sehari. Macam mana ketika hari jualan mee untuk pelajar yang tak boleh / tak lalu makan mee? itu perlu difikirkan. Kaedah ini untuk yang tinggal dalam asrama OK lah.
Bagus menggalakkan anak-anak membawa bekal. Nak cepat hari-hari bawa roti bakar atau sandwich. kalau dah jemu tukar selera bawalah burger atau nugget atau biskut-biskut, janji cepat masak. Laaa kat kantin sekolah diharamkan dari rumah pula dibawa. Nak bangun jam berapa untuk sediakan makanan yang berkhasiat disamping menyiapkan diri dan budak-budak kesekolah / tadika. Kebanyakan ibu bapa sekarang berkerjaya. Maklumlah zaman harga barang naik, hujan sahaja turun.
Tempat kerja dan tempat sekolah kadang-kadang bukan dekat mengambil masa yang lama untuk sampai. Kena bertolak awal, semua nak pantas. Cadangan aku lah. Ketika ini waktu persekolahan pagi bermula jam 7.30 pagi dan waktu kerja ( terutama kerja disektor awam) bermula jam 8.00 pagi. Apa kata kerajaan mengubah waktu persekolahan ke jam 8.00 pagi dan kurangkan masa kerja dimana waktu masuk kerja dilewatkan contohnya jam 9. Rasa aku budak-budak sekolah tak beli dah makanana di kantin. Semua boleh bawa bekal.
Disudahi dengan pantun, mungkin masa hadapan nasi lemak cuma tinggal pantun sahaja:
Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Ikan Celup Tepung
Oleh kerana masa nie ikan temenung murah, sekilo RM 3 saja. Beli kat Kuala Penaga pada 6/5/2011. Jadi makan tak payah ngan nasi, buat ikan celup tepung. Dok teringat arwah mak aku pernah masak. Oleh kerana tak tau mask, apa lagi search internet cari saja. Aku rujuk laman nie http://www.trymasak.my/ dan http://www.myresipi.com/.
Bahan-bahan:
- ikan temenung ( ikan lain aku tak tau, cari la kat internet ) disiang dan ditos airnya.
- 2 cawan tepung beras
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh kapur makan
- garam secukup rasa
- air
- sebiji telur
Cara masak senang ja.
Cairkan kapur makan dengan sedikit air masukkan kedalam tepung bersama serbuk kunyit dan sebiji telur dan masukkan air. Pastikan air tak terlampau banyak atau kurang, kira-kira bancuhan tu pekat dan boleh salut ikan dengan elok. Tambah garam secukup rasa. Gaul sehingga sebati.
Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Celupkan ikan kedalam bancuhan tadi. Setelah minyak panas, masukkan ikan tersebut kedalam kuali.
Ikan celup tepung sedap cicah dengan sos. Mabelesssss.

Matinya Seorang Pengganas ??
Selak laman akhbar dan tengok berita, semuanya mengisahkan matinya seorang pengganas. Dipaparkan lokasi kejadian, gambar-gambar, cerita-cerita di hadapan dan di balik tabir, gambar-gambar keceriaan dan kedukaan dan kata-kata pemimpin menguatkan cerita matinya seorang pengganas. Bersempena Hari Pekerja, berita kematian Osama Bin Laden pemimpin Al-Qaeda diumumkan. Yang didakwa sebagai pengganas no. 1 dunia oleh Amerika.
Aku pun tak tahu nak tulis apa. Yang aku nampak sekarang selepas kematian beliau ialah kekalutan untuk mempertahankan diri / negara pula. Banyak negara telah mengambil pendekatan meningkatkan kawalan dilokasi-lokasi strategik yang berkemungkinan menjadi sasaran pengganas. Kepada negara-negara yang tak cukup kakitangan untuk mempertahankan negara bolehlah menjemput polis dunia Amerika untuk menjaga negara masing-masing. Menggunakan kaedah penswastaan.
Betulkah Osama Bin Laden itu pengganas? Apa yang menyebabkan ia dianggap pengganas? Kriteria apakah yang diukur sabagai pengganas? Jika Osama di beri mandat oleh NATO atau badan antarabangsa untuk menyerang orang awam, tempat-tempat awam adakah ia akan diketegorikan sebagai pengganas? Apakah mempertahankan hak dianggap sebagai pengganas? Aku tak boleh jawab, aku tak berada di sana dan hanya membaca apa yang ada sahaja.
Ada juga laman web/blog yang menulis bahawa Osama Bin Laden dan Al-Qaeda ini tak ujud hanya konspirasi menjatuhkan Islam sahaja. Sumber:
2- http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/osama-ben-laden-tidak-pernah-wujud/#axzz1LLSNPAvr
3- http://whatreallyhappened.com/WRHARTICLES/bin_laden_osman.html
4- http://aku-macjay.blogspot.com/2010/11/osama-bin-laden-ialah-tim-osman-agen.html
5- http://aku-macjay.blogspot.com/2010/12/al-qaeda-ciptaan-amerika-syarikat.html
Ada banyak lagi kena cari kat internet ( betul atau tidak fikir-fikirkan sendiri la ). 3- http://whatreallyhappened.com/WRHARTICLES/bin_laden_osman.html
4- http://aku-macjay.blogspot.com/2010/11/osama-bin-laden-ialah-tim-osman-agen.html
5- http://aku-macjay.blogspot.com/2010/12/al-qaeda-ciptaan-amerika-syarikat.html
Terfikir juga ada kebetulannya sebab mayat Osama dikebumikan di laut. Diberitakan semua nagara tak mahu mayat pengganas. Ini petikan dari Yahoo News:
By MATT APUZZO, Associated Press Matt Apuzzo, Associated Press – Mon May 2, 3:40 am ET
WASHINGTON – A U.S. official says Osama bin Laden has been buried at sea.
After bin Laden was killed in a raid by U.S. forces in Pakistan, senior administration officials said the body would be handled according to Islamic practice and tradition. That practice calls for the body to be buried within 24 hours, the official said. Finding a country willing to accept the remains of the world's most wanted terrorist would have been difficult, the official said. So the U.S. decided to bury him at sea.
The official, who spoke Monday on condition of anonymity to discuss sensitive national security matters, did not immediately say where that occurred.
Bila yang mereka buat tawaran menggebumikan mayat tersebut? Paham pula mayat orang Islam perlu dikebumikan dalam masa 24 jam tapi siapa yang jadi imam dan makmum sembahyang jenazah atau mereka tahu mati syahid boleh terus tanam tanpa mandi jenazah. Ini suatu penghinaan kepada umat Islam. Apa-apa pun ini berkemungkinan disebabkan:
1- Tak mahu kubur pengganas menjadi tarikan pelancongan.
2- Tak mahu ia menjadi ikon atau ikutan.
3- Bumi tak terima ( tak tau sapa yang punya fatwa )
4- Mayat tersebut bukan Osama.
5- Tidak ada mayat pun, hanya keranda sahaja yang di tenggelamkan.
6- Tak mahu ada saintis yang mengambil DNA Osama lalu di buat klon yang akan menghantui dunia semula.
Entah apa yang aku merepek nie. Tapi apabila membaca berita cucikan otak, lapangkan dada, berfikir secara waras. Apa-apa pun cerita Osama Bin Laden telah tamat dan kemenangan telah berpihak kepada polis dunia Amerika. Dunia telah ada seorang HERO. Negara-negara lain pun turut bersorak. Yabedaaaa..beduuuuu. Jangan jadi macam Pak Pandir, menang sorak kampung tergadai.
Tamatkah cerita ini? siapakah pula yang akan di nobatkan sebagai pengganas dunia selepas ini? Sebab; banyak lagi hasil dunia Islam belum di tuai, banyak lagi alim ulama Islam bediri di bumi ini, banyak lagi senjata/ alatan perang perlu di jual, banyak lagi negara tak melutut meminta simpati. Seorang HERO mesti ada penjahat baru dikata HERO. Kita lihat nanti.......
Subscribe to:
Posts (Atom)