Selepas hampir seminggu lebih anak aku Siti Sarah buat latihan di sekolah. Tibalah hari Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana. Sebelum itu kami tertanya-tanya bila sukan sekolah dia. Anak aku ada beritahu mereka akan ada sukan sekolah tapi tarikh dia sekejap-sekejap berubah, buat kami konfius, surat jemputan/makluman tak diberi. Apa-apa pun hari ini memang sukan sekolah.

Sukan berlangsung di padang SK Bertam Indah ( masih menumpang). Seawal jam 8 pagi dah ada kat sana. Mula-mula semua pelajar berkumpul diperkarangan sekolah, penat juga cikgu-cikgu mengawal pelajar.
Dipadang sekolah tedapat 4 buah rumah sukan bertanding iaitu Rumah Merah ( rumah anak aku la), Rumah Kuning, Rumah Biru dan Rumah Hijau. Kalau nak tahu rumah tu warna apa lihat saja baju dan air minuman yang disediakan, ikut warna rumah.

Untuk ibu bapa disediakan sebuah khemah. Rasa aku kenan tambah beberapa buah khemah lagi nie. Tak berapa cukup. Tapi apa-apa pun ini sukan kali pertama, tahun depan kena tambah lagi.

Acara perbarisan setiap rumah bermula.

Untuk memberkati majlis, doa disampaikan oleh ustaz.

Selepas itu ikrar oleh para atlit.

Sekarang bermulalah acara yang dinanti-nanti oleh ibu bapa.

Setiap 2 atau 3 acara dilakukan penyampaian hadiah. Anak aku dapat perak untuk acara bawa bola guna gelung.

Salah seorang penerima pingat.

Keputusan akhir yang menentukan juara keseluruhan: Rumah Merah 48, Rumah Kuning 30, Rumah Hijau 15 dan Rumah Biru 54. Jadi kemenangan keseluruhan jatuh kepada rumah Biru.

ini dia sorakan penyandang juara, tempat kedua Rumah Merah. Cikgu yang penuh bersemangat.
Diucapkan tahniah kepada guru-guru dan AJK PIBG yang telah bertungkus lumus menjayakan sukan SK Bertam Perdana Ke-1. Dengar cerita pihak yang terlibat untuk menjayakan acara ini telah datang seawal jam 4 pagi untuk melihat keadaan persiapan disebabkan ribut yang melanda pada malam sebelumnya. Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada yang terlibat.
** Ketika sukan berjalan kami ke kantin sekolah makan kat situ. Tinggal nasi lemak sahaja. Jadi ambil nasi lemak dengan ayam goreng tepung, telur rebus bersama dengan 2 jenis kuah ( gelap/hitam dan merah). Ayam tu kecil sahaja ( kerat berapa entah lah) sesuai la dengan bebudak sekolah. Aku makan nasi dengan kuah merah sedap dan pedas, lalu cuba pula kuah yang warna gelap / hitam...mak datok pedasnya, ingat kuah kicap. Jadi ini lah yang dikatakan oleh anak aku kuah kat kantin sekolah pedas. Kantin kena fikir-fikirkan supaya sesuai dengan persekitaran bukan setakat mengaut keuntungan sahaja. Air kotak Milo harga Rm 1.50, nasi aku makan lupa pulak harga dia.
No comments:
Post a Comment