Hari ini ada seorang menteri datang ketempat kerja aku. Dalam jadual menteri tu akan datang jam 12.30 tgh. Lalu ada call dari PRO mengatakan ada orang dari pihak menteri datang ke bilik persidangan untuk suruh set up jam 10.30 pg sebab dia nak test sistem. Tapi kami janji jam 11.30pg sebab bilik tu sistem dah ok.
Pada jam 11.30 pg pergilah kami ke bilik tersebut. Mak datuk ramainya yang berada disitu, tak tau lah orang pihak meteri atau peserta. Tapi lambat lagi program nak mula jadi aku buat bodoh ja la. Lalu datang orang yang nak test sistem tu. Dia bawa sebuah laptop nak test backdrop untuk dipancarkan ke skrin. Apabila ON saja laptop berhimpun la dalam 3 ke 4 orang nak komen dan lihat backdrop tersebut ada la sedikit pembetulan dilakukan ( ini mungkin teknikal backdrop). Ishhh... nak bawa laptop dangan backdrop pun kena ada sorang yang dibawa khas dari Putrajaya. Aku lihat ada yang jadi jurufoto. Ada yang pi test mikrophone yang memang tersedia kat situ. Di lihat berapa orang teknikal yang dibawa dari putrajaya sedangkan rasanya setakat nak bawa backdrop tu ramai yang boleh bawa. Sikit punya membazir. Tak termasuk pengawal peribadi, penasihat dan entah apa-apa jawatan yang datang. Buat ramai saja.
Cuba bayangkan berapa banyak elaun yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan untuk membayar tugasan yang dilakukan mereka. Sedangkan tugasan itu boleh dilakukan oleh seorang sahaja. Sebab mereka bukan pergi ke dalam hutan yang tiada kemudahan disediakan. Mereka pergi ke sebuah Universiti dimana mempunyai tenaga teknikal untuk membantu. Tak tau lah mungkin mereka nie tak percaya dengan kebolehan teknikal disini atau nak makan angin.
Hampir jam 1.30 tgh menteri datang tetapi terus pergi makan disebelah bilik persidangan. Hampir jam 2 ptg baru masuk kebilik , jadi dari jam 11.30pagi sampai hampir jam 2tgh itu saja lah yang nak di test sistem. Kami yang tunggu dia dari tadi tak boleh pi mana la. Nak tunggu dia masuk bilik. Nak pi bilik air pun pengawal tak bagi pi. Sayang betul la mereka dengan menteri tu. Bila menteri tu masuk bilik persidangan semua pintu ditutup. Kami yang duduk didalam tak boleh keluar la ( sebelum ini ada pengawal peribadi yang tanya kami teknikal universiti ada berapa orang) sebab standby jika ada masalah. Tunggu la kami sampai jam 3.30ptg lebih. Dah la perut kami tak masuk apa-apa lagi, yang menteri makan sikit punya sedap. Aku tak tau la konco-konco menteri macam mana, tapi rasanya mereka pun makan ketika menteri tu makan. Kami nie tak ada pun pihak menteri tu pelawa makan. Yang dia tahu hanya minta itu minta ini. Mereka nie minta macam-macam dan kadang-kadang permintaan tu seolah-olah nak menunjuk kepada bos mereka. Menteri tu pun kadang-kadang tak tahu apa yang mereka buat. Banyak lagi benda dia nak fikir dari menerima bodekan. Kalau tak ada makanan untuk kami cakap awal-awal kami boleh makan tempat lain, bukan nak makan percuma atau nak perabih duit kerajaan. Ini datang waktu rehat kami. Apa punya budi bahasa yang dibawa.
Habis jam 3.30 ptg untuk yang jauh boleh la jama' tapi yang datang sekitar tak pasti la, harap mereka sempat pi sembahyang. Jangan nak mengampu menteri sampai lupa sembahnyang.
Pendapat aku la, menteri yang duduk diatas tu naik mereka kerana undi dari rakyat. Tapi setelah mereka naik banyak perbelanjaan nak jaga mereka nie ( high maintenance ) bila keluar saja bukan setakat elaun yang banyak mereka balun tetapi juga segala konco yang mereka bawa perlu dibayar juga. Semua nak sempurna. Bila mereka datang persiapan perlu disediakan. Bila sampai kesuatu kawasan, banyak perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menyambut meraka. Sedangkan impak yang diberikan dengan kedatangan meteri itu tak pasti lagi.
Kita kena hormat pemimpin tetapi kita jangan pula membazir. Kadang-kadang kedatangan meteri itu hanya untuk melebarkan pengaruh dia sahaja dengan ceramah yang diberikan (berkempen la tu), sedangkan kita menjemput beliau untuk memakmurkan dan manfaat kawasan kita dan mendengar dan menyelesai kekusutan yang ada.
Semoga pemimpin-pemimpin yang dilantik dan dipilih oleh rakyat sedar kenapa mereka ini dipilih. Mungkin sebelum ini mereka ini seorang guru, seorang ustaz atau lain-lain jawatan tetapi setelah menolak jawatan yang disandang untuk diganti dengan pangkat YB, bertanggungjawablah dengan jawatan baru yang disandang.
No comments:
Post a Comment