Ex PUO 91-93 Gathering - Hari Pertama

Setelah hampir atau lebih dari setahun merancang dengan berbagai ide-ide untuk mengetemukan semula kawan-kawan yang telah lama tak berjumpa. Setelah sekian banyak email yang telah mengisi perut peti surat maya dan berbagai tarikh dan destinasi untuk menghimpun semula kawan-kawan lama. Pada mulanya seperti setiap perkara mudah diusahakan semakin panjang masa berlalu semakin sukar perjalanannya semakin benyak yang menyisihkan. Ada yang hatinya yang hampir berputus asa dan ada yang masih mengharap suatu masa dan ketika pasti masih boleh berjumpa.

Tanggal 25hb Disember 2009 dipilih sebagai tarikh keramat untuk menyatukan semula kawan-kawan lama yang telah belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh tahun 1991 hingga 1993. Teluk Rubiah dipilih sebagai destinasi untuk berjumpa. Lalu dikeluarkan soal selidik untuk mengetahui siapa yang sudi hadir. Lalu terbitlah nama-nama yang akan menyertainya. Setelah sekian lama nama-nama yang panjang berjela sudah tinggal beberapa kerat sahaja. Kepada Firdaus dan Zurin di ucapkan berbanyak terima kasih, dengan usaha yang tak pernah jemu untuk menjayakan perjumpaan ini. Mereka telah bertungkus lumus menyediakan segala kemudahan kepada yang akan hadir. Walau yang telah berjanji akan hadir tidaklah ramai tetapi rasaya cukup untuk permulaan kepada yang lebih besar.

Dalam suatu perjalanan yang berliku dan berlopak. Alhamdullilah seawal jam 1 tengahari aku sudah sampai ke Teluk Rubiah Golf and Resort. Dari kejauhan nampak suatu pemandangan yang cantik dan mendamaikan. Disekitar resort kelihatan ramai orang mungkin dari kumpulan tertentu. Terus aku check-in. Diberitahu aku datang dengan group Zurin terus diberi aku kunci bilik.



Disekitar dibina banyak resort atau chalet kayu 2 tingkat. Aku dapat bilik yang diatas. Berhati-hati kami menaiki anak tangga yang ada diantaranya sudah tak bermaya. Di dalam memang cantik.


Tetapi setelah dilihat sejenak kedalam bilik itu baru tersedar mereka tidak menyediakan TV dan tuala. Lalu aku kebilik air, nampak tidak terurus dengan paip di singki yang sudah rosak dan tandas yang sentiasa mengeluarkan air. Lalu aku macari talifon untuk membuat aduan tetapi tidak disediakan talifon pula. Lalu aku turun kebawah untuk pergi ke kaunter. Di kaunter diberitahu TV sudah rosak dan tiada ganti sebab bilik sudah penuh. Tuala mereka akan hantar jam 5 petang. Setelah buat aduan aku berlegar di bawah.

Buat seketika kelihatan Shidi, berjumpa juga aku dengan kawan lama. rasanya dah 16 tahun tak jumpa walau tinggal di negeri yang sama Pulau Pinang. Setelah bersembang tak lama kemudian Firdaus pula sampai, orang kuat perjumpaan ini. Setelah bertanya khabar dan bersembang seketika aku kembali kebilik berehat.

Jam 5 petang seperti yang diberitahu oleh Firdaus kami sekeluarga turun ke suatu khemah yang dikhaskan untuk minum petang. Khemah terletak berhampiran pantai. Disitu disediakan sedikit juadah petang. Disitu juga aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Rasanya sudah 16 tahun tidak berjumpa. Semua sudah bekeluarga dan beranak pinak. Ada yang kekal bentuk seperti dulu ada yang dah berlaku transformasi. Zurin yang banyak berusaha menjayakan perjumpaan ini merupakan jiran kat belakang rumah sewa aku di Taman Cempaka.

Ada 8 keluarga yang hadir, cukup meriah. Acara makan petang berlangsung dengan mengimbau kisah-kisah zaman muda-muda dulu dan berkenalan dengan ahli keluarga masing-masing.


Lewat petang anak-anak aku dah tak sabar nak main laut. Aku dan anak-anak apa lagi mandi lah. Aku yang lebih, anak-anak masih takut untuk mandi air laut lagi. Lama kelamaan mereka dah ok setelah dapat kawan-kawan baru. Tahniah kepada Rosnan kerana telah memeriahkan acara sukan air bersama anak-anak kami.


Setelah puas mandi, malam pula ada acara BBQ, kami berkumpul lebih kurang jam 8 malam. Firdaus dan Shidi jadi tukang bakar dan selepas itu beberapa ahli lain pun turut serta. Memang meriah. Ayam, sotong, ikan dan sosej (kegemaran semua) menjadi magsa malam ini.

Kemeriahan sanggat terasa sehingga ayam yang di panggang sudah menjadi karbon.

Ini lah salah seorang chef profesional.

Semua dah tak sabar untuk menikmati hidangan yang disediakan. "Bagi yang anak-anak dulu, kaum bapa kemudian".

Anak-anak aku dah dapat kawan baru. Mungkin mereka ini akan meneruskan persahabatan antara Ex PUO yang hadir ini.

Ada yang masih sama seperti di PUO dan ada yang dah berlaku transformasi.

Tiba waktu makan, suasana sepi menyelubungi khemah. Hanya bunyi pinggan dan mulut mengunyah sahaja yang kedengaran.


Disamping makan-makan, diadakan sedikit ucapan dari setiap keluarga. Banyak ide-ide untuk memantapkan lagi perjumpaan akan datang seperti lokasi yang akan diadakan selepas ini dan menyediakan laman web untuk menarik lebih banyak ahli.

Terakhir sekali pemberian cenderahati kepada keluarga yang hadir. Hebat penganjur ( Firdaus dan Zurin) siap dengan cenderahati lagi.

Acara terakhir malam ini adalah bergambar beramai-ramai. Dari gambar tu baru perasan ada 45 orang yang hadir mewakili 8 keluarga. Kalau lah 15 keluarga yang hadir, mau dekat 100 orang. Keluarga yang hadir keluarga Zurinawati (SEP), Noor Rashidi (STK), Firdaus (STK), Naemah (STK), Zarina (STK), Rosnan (SJA), Sitinoor Megawati (STK) dan aku (STK).

Berakhirlah sehari yang penuh dengan kenangan. Segar mengenang kembali kisah-kisah dulu di Politeknik Ungku Omar.

Tontonilah slide show yang gambar-gambar yang aku ambil kat sana.

Boleh lihat gambar-gambar dari album dalam photobucket aku.

No comments:

Post a Comment