Lumut : Ikan Bakar Villa Lumut

Petang setelah sampai ke Lumut, talipon Firdaus tanya tempat makan yang best kat area Lumut terutama sea foo la. Ada la dia bagi beberapa seperti D'Muara. Dia bagi la petua-petua kat aku jalan kesana.

Selepas lepak kat Jeti Lumut dan Waterfront Lumut, malam tu kami pi la cari kedai makan seperti yang diceritakan oleh Firdaus. Sampai ke simpang empat, jumpa la sedet kedai dan ditengah-tengah ada sebuah kedai makan besar berhawa dingin tak silap aku D'Muara. Tapi aku tengok dari cermin kedai ada 2 meja sahaja ada orang. Kami ambil keputusan tak mau pi la kedai tu, orang tak dak mesti tak sedap.

Aku pandu lagi dihadapan deretan kedai itu, sampai dihujung beberapa blok deretan kedai lalu ternampak sebuah kedai yag penuh dengan manusia. Apa lagi terus berhenti kat depan kedai itu.

Tertulis nama Ikan Bakar Villa Lumut. Setelah mencari tempat duduk aku dan isteri pi pilih ikan dan sotong untuk dimasak. Kami order kailan ikan masin, Tomyam, Siakap 3 rasa (tak silap aku la), sotong goreng tepung, kerang bakar.
Order kami kira cepat la sampai dengan manusia yang ramai tu. Tapi kami tak berapa berkenan dengan kerang bakar. Kerang tak berapa elok macam busuk ja.

Tak sangka, semua makanan tu clearrrr. Kalau ikut makanan tu rasanya untuk 4 orang dewasa, tapi kami tibai abiss.

Masa balik kami lalu semula dihadapan kedai yang pertama kami lihat D'Muara, terkejuttt punyalah ramai manusia kat kedai tuu, tadi macam tak dak orang pun. Mungkin orang pi selepas sembahyang Maghrib, aku jamak jadi boleh keluar awal la, kita pelancong.
Lokasi kedai, aku pun tak tau nak cerita tapi bila aku dok tengok keliling ternampak Orchard Inn terletak tak berapa jauh disebelah kedai.

2 comments:

  1. letak la berapa harga kena sbb rata rata orang yang buka web nak tahu berapa harga. kalu sedap dan harga mahal pun orang fikir nak pergi explore juge. at least dapat lah mereka untuk budget. tak gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih lawat ke sini... betul en taufik cakap... masa tulis saya dah terlupa harganya dan tak ambil gambar menu kedai tu. TQ utk maklum balas.

      Delete