Friday, December 25, 2009

Lumut : Blue Bay Resort

Sebelum sampai ke Lumut nie kami dok cari tempat/hotel yang boleh kami menginap satu hari sebelum gathering x-PUO kat Teluk Rubiah. Talipon la member-member kat Manjong. Kami dok cari yang dekat pantai, tapi semua dah habis sebab cuti Hari Kristmas. Last sekali cari yang dekat pekan Lumut ada beberapa. Kami booking dua hotel bukan kena bayar booking ja, Blue Bay Resort dan Orchard Inn.

Bertolak dari Penang awal pagi ke Lumut, sebelum sampai ke Lumut nampak sign board Teluk Batik, apa lagi kona pi Teluk batik dulu. Punya lah ramai manusia dok berkelah sampai air laut pun tak berapa lalu nak berenang, lagi pun cuaca tak berapa baik sekejap-sekejap hujan. Jadi jalan-jalan tepi pantai ja.

Lepas dah bosan kami pi ke Lumut, dah petang dah. Isteri aku cakap pi dulu tengok Blue Bay Resort sebab ada kolam, sampai sana kira jadi terus. Check-in semalam. Kemudaahn dalam hotel ok dengan harga dia.

Anak aku bila nampak kolam tak leh tahan dah. Nak lepas depa pi memang tak percaya. Jadi kena la kami pi dok kat kolam sama.

Siti Sarah dok tengok kawan-kawan keliling dok berenang, dia pun selam sama la. Gaya macam berenang, ayaq berkocak sakan tapi ada la pi kedepan sikit. OK la tuu. Puas mandi sampai kecut.

Muhammad Ammar awal-awal tak berapa berani nak masuk kolam tapi bila kakak dan bebudak lain main sakan dia pun dah hilang takut. Siap melompat dari tebing kedalam kolam.
Esok pagi sarapan kat hotel, kami dapat 3 kupun makan (2 yang standard tambah satu sebab extra bed) tambah satu lagi bagi cukup 4 orang. Tambah RM 6.00 ja (harga sama bebudak atau dewasa). Makan kira padan-padan 6 ringgit la, mee, nasi, sosej, roti ada la beberapa lagi.
Lepas makan sekali lagi masuk kolam. dekat tengahari Check-out.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...