Rasa dulu nama gerai ini lain sikit, aku pun dah lupa dah apa kenamanya. Tapi yang meniaga orang yang sama gak. Orang memang ramai.
Menu yang kau suka iaitu sup cicah roti banggali dia. Macam-macam jenis sup ada, sup kambing, daging, urat, lidah, ayam, perut dan macam-macam lagi la.Waktu dulu-dulu masa isteri aku bawa waktu baru-baru kawin ada la empat ke lima tahun dulu, sup dia lebih pekat dan sedap. Tapi kali ni aku pi sup dia ceroi (cair) sikit dan isi pun kurang, mungkin harga bahan mentah la nie semua naik kot. Garai dia buka waktu petang sampai malam. Terletak dikaki lima bersebelahan United Overseas Bank dan bertentangan dengan Menara Telekom Bagan.
No comments:
Post a Comment