Selamat Tahun Baru 2010

Ini hari yang terakhir dalam kelender orang putih, 2009, esok akan bermula kalendar baru 2010. Jadi apa lagi cuti la. Tahun ni abang ipar aku bawa kami sekeluarga dan juga keluarga adik beradik belah pak Idris untuk lepak-lepak kat The Northam Suites. Kalau aku memang tak mampu nak sewa hotel cam nie.
Hari ni aku kerja, malas nak ambik cuti, cuti simpan tahun depan. Depa semua datang ke pulau awal lagi, pi pekena kat Restoran Hameediyah tengahari, aku dapat tengok gambar ja la. Tak pa nanti aku pi sorang-sorang qadha balik.

Jadi lepas kerja terus ke hotel. Naik tinggkat 37 dari 38 tingkat yang aku nampak dari nombor dalam lif. Disewanya P-suite ( presidential Suites). Sesampai aku kat sana anak-anak aku dah tidur, letih kut main sakan. Kemudahan memang best ada dapur, ruang tamu, 2 buah bilik tidur yang dilengkapi jakuzi dan macam-macam lagi la.

Dari atas tu view memang cantik. Dihadapan dapat lihat laut dan di kiri KOMTAR. Tapi ada beberapa tingkap yang ditutupi dengan jaring kayu (louvere). Malam tu abang ipar aku nak belanja kat The chilies, tapi tak boleh booking jadi kami yang ramai ni kalau makan kat sana tak leh makan sekali berkumpul rasanya atau meja tak cukup, oleh kerana hotel ini ada menyediakan makan malam di Roof Terrace di tingkat 9. Jadi disitulah destinasi kami makan malam.
Tingkat 9 merupakan kawasan kolam dan juga restauran Roof Terrace. Pihak hotel telah menyediakan 3 meja yang dicantum. Jadi kami makan di tepi kolam sambil diterangi cahaya bulan malam ni.

Malam itu menu steamboat. Macam-macam ada seafood seperti siput buluh (ini pertama kali aku makan...memang aku tak lalu,panjang macam cacing), ketam, udang, sayur-sayuran, salad dan macam-macam lagi. Disamping itu ada pencuci mulut bermacam kek.

Cuaca malam ini memang elok tak berawan tapi angin kuat sikit, bila ambil sayur tu kena pegang sikit kalau tidak mesti terbang.

Time makan aku sempat ambil gambar ketam kat steamboat tapi lepas tu harap maaf rancangan tergendala. Aku pulun la, takkan nak ambil gambar lagi. Aku tengok gak orang lain yang dok makan tak jauh dari aku. Depa makan sikit punya kontrol hensem. Bayar mahal-mahal kalau nak sembang balik rumah la.

Lepas makan semua pakat berehat kat tepi kolam sambil menunggu detik 12 malam. Nak tengok bunga api dari Padang Kota. Petang tadi sebelum aku sampai depa dah mandi kolam ni. Siap pakai baju mandi. Anak aku pakai pelampung kira berani la mandi tempat dalam.


Sambil tu aku snap la beberapa gambar anak-anak penakan aku dan juga gambar anak-anak aku kat tepi kolam.
Sementara menunggu detik 12 malam, semua famili turun ke hadapan restauran Roof Terrace untuk buat persiapan buat kejutan birthday untuk anak aku Siti Sarah, walau dah lewat beberapa hari sebab nak tunggu famili berkumpul. Sambut sorang-sorang mana best. Aku ajak sarah dok lepak kejap tepi kolam sambil ambil gambar dia. Dah ready aku ajak dia kebawah. Sampai kebawah semua nyanyi lagi birthday. Dia macam nak nangis ja. Kek tu Isteri aku yang buat.
Menghampiri detik 12 malam aku pacak kamera aku menghala ke Padang Kota menggunakan tripod yang dipinjam dari Faizah. Bebrapa ketika berpercikan lah bunga api disekitar kawasan tu, tapi yang di Padang Kota belum ada lagi, munkin depa pakai jam tak berapa tepat kot. Lepas beberapa ketika baru percikan bunga api dari Padang Kota. Lama gak, Puas aku snap gambar. Tapi bila tengok balik boleh kata semua goyang, baru aku perasan angin kat tingkat 9 terlampau kuat menyebabkan kamera goyang. lain kali kena gantung bata kat kamera tu baru stabil kot.
Menghampiri jam 1 pg kami pulang ke bilik.

Lokasi:

The Northam All Suites
55, Jalan Sultan Ahmad Shah
George Town,Penang
Malaysia

No comments:

Post a Comment