Wakaf Che Yeh

Hari ini aku berkesempatan melawat Wakaf Che Yeh yang amat popular di Kelantan. Ia merupakan suatu tempat perniagaan yang terletak di Jalan Kuala Krai iaitu lebih kurang 3 KM dari Kota Bharu. Dari makluamat dari internet dan cerita orang Pasar Wakaf Che Yeh ini beroperasi 24 jam dimana dibahagi kepada 2 segmen.

Dari jam 6 petang hingga 1 pagi merupakan pasar malam dan selepas itu merupakan pasar basah. Pasar malam Wakaf Che Yeh dikatakan meriah selepas jam 10 malam. Aku sampai ke Pasar Wakaf Che Yeh lebih kurang jam 10 malam. Orang memang ramai.


Pasar malam ini memang luas aku hanya pusing sebahagian sahaja. Dalam pasar ini ramai yang menjual pakaian bundle dari seluar jean, baju, jeket sehingga ke kasut. Harga tak tahu la aku tak tanya pun.

Gerai yang menjual kain batik dan tudung memang banyak. Berbagai jenama tudung dijual dari nama artis bertudung sampai artis tak bertudung sampai nama artis lelaki yang dah tentu tak bertudung.



Gerai-gerai yang memanjang ini sesekali diselang oleh meja-meja yang menjual CD / DVD. Gerai-gerai ini lah yang mengumandangkan lagu-lagu menjadi halua telinga para pengunjung pasar ini. Yang menariknya CD yang dijual merupakan artis-artis yang aku tak kenal.


Boleh dikatakan semua CD itu menampilkan lagu-lagu dikir barat. Dikir barat yang masih mengekalkan tradisi lama dan kebanyakan menampilkan dikirt barat yang sudah dimodenkan. Dapatlah aku lihat TV yang menayangkan VCD yang dimainkan dari player gerai tersebut. Ada juga dikir barat yang didendangkan oleh kumpulan wanita seksi yang mendendangkan dengan gaya melentok-lentok dengan loghat kelantan.

Bila aku melihat gerai CD ini baru aku tahu bahawa banyak artis-artis yang mendendengkan lagu-lagu loghat Kelantan. Patutlah waktu aku dalam perjalanan ke Kelantan, radio Kelantan hanya memainkan lagu loghat kelantan sahaja dan diselang seli dengan lagu Hindustan. Rupa-rupanya Kelantan ini banyak artis yang mengetengahkan lagu loghat mereka disamping DJ yang menggunakan loghar Kelantan dalam tugasan mereka. Tak seperti DJ radio negeri lain yang tak mengekalkan loghat negeri masing-masing.

Aku jalan rasanya tak sampai separuh pun lepas tu balik. Malas nak jalan dah kebanyakan barang-barang tu saja, pusing-pusing tudung, kain batik, pakaian bundel yang aku tak minat nak tengok kalau orang pompuan rasanya kena lawat sampai habis ni.

No comments:

Post a Comment