Hari ini aku ambil cuti bawa isteri ke klinik. Dah terlanjur bercuti dan anak-anak bersekolah dan ke tadika, kami pi shooping untuk Hari Raya terus. Masa nie pun kalau shoping tak sesuai bawa bebudak, H1N1 bermaharaja lela. Ada la beberapa destinasi yang kami pi dan yang terakhir di sekitar Komplek Kailan Kepala Batas. Kat sini banyak baju kurung dan baju melayu.
Kami berdua pusing ke semua kedai kat situ. Aku cari baju melayu untuk aku dan Mohd Ammar. Pusing punya pusing last sekali jumpa yang berkenan ada kat kedai bangsa Cina, beli la.
Hairan aku kedai-kedai lain yang peniaganya Melayu ( ada orang kata mereka berketuruna Islam Kemboja) ada baju melayu tapi kualiti kain dan jahitannya amat mendukacita sekali. Jahitanya selang jauh-jauh dan jika diganding dengan kualiti kain yang rendah, kain mudah pecah jika tertarik. Kebanyakan kedai menjual kualiti yang sama, mungkin mereka mendapat stok dari pembekal yang sama. Harganya pun boleh tahan la....kebanyakan memberi harga yang hampir sama lepas tawar-menawar.
Sekarang ini, kita sebagai orang Melayu jika nak barangan Melayu berkualiti kena pi ke kedai Cina. Apa yang orang Melayu tinggal lagi, jika pakaian tradisi masyarakat sendiri orang lain yang buat. Bukan sekadar buat sahaja tetapi dapat memberi kualiti dari segi jahitan, kain, ada pilihan saiz dan kadang-kadang design yang menarik. Kedai cina yang aku beli baju melayu ini mempunyai banyak cawangan dan dalam kedai dia tersusun banyak baju melayu dan baju kurung seolah-olah sebuah kedai yang dimiliki oleh bangsa melayu. Mereka juga mempunyai jenama sendiri.
Ada juga tukang jahit cina menjadi tumpuan untuk membuat baju melayu disebabkan cara pembuatan yang kemas dan hasil yang selesa kepada pemakai.
Di Kepala Batas bukan tak ada tukang jahit Melayu, ada..Tetapi mereka ini tak mengkormesialkan jenama mereka, dan buat pengeluaran yang besar untuk pasaran. Mereka misih lagi mengekalkan tradisi lama menjahit baju mengikut tempahan sahaja. Pengeluarannya pun atas jahitan sendiri dan mengharapkan anak-anak untuk meneruskan usaha jahit baju. Jika si penjahit ini sudah tiada dan anak-anak yang tinggal tak kenai jarum, maka terkuburlah jenama mereka.
Aku lebih suka cari yang dah siap, maklumlah yang siap murah sikit. Cuba bayangkan kain 2 1/2 meter harga RM 30.00, upah baju sahaja RM 40.00 jadi RM 70.00 dah. Kalau beli siap dalam RM 40.00 sahaja, boleh cuba saiz yang sesuai. Lagi pun kalau upah, walau diukur tak tentu lagi selesa dipakai. Baju melayu banyak yang di jual di kedai sekitar Komplek Kailan Kepala Batas, tetapi yang berkualiti aku hanya jumpa di kedai bangsa cina sahaja. Apa boleh buat dah rezeki dia..kann...
Seperti juga baju batik, setelah kerajaan wartakan hari khamis penjawat jawatan kerajaan kena pakai baju batik, maka bersepah kedai dan supermarket keluarkan pakaian batik ( batik cetak, peduli apa janji batik dan harga berpatutan ), yang orang melayu masih lagi dok melukis mancanting ntah berapa lama baru siap sepasang baju dan harganya pun mahal. Bangsa lain dah buat bergulung-gulung. Kalau hari khamis kena pakai keris, aku agak dah lama depa buat keris.
Aku bukan anti bangsa Cina tapi aku cakap nie sebab barang yang aku cari sepatutnya jumpa kat kedai bangsa aku, tetapi sudah terbalik aku jumpa kat kedai bangsa lain.
No comments:
Post a Comment