Saturday, October 10, 2009

Aidys Cafe Western Food

Malam ini aku pi makan kat Aidys Cafe Western Food. Ini kunjungan yang ntah berapa kali tak tau. Kedai makan ini menyediakan makanan barat, sedikit ala Thai dan Melayu. Dari segala jenis chop sampai nasi goreng kampung.



Suasana kedai ini memang best. Kawasan kedai berpagar, tak risau kalau bawa kanak-kanak. Layanan memang bagus. Bila duduk saja dihidangkan air ais kepada setiap orang. Makan yang di order pun cepat sampai. Selepas beberapa ketika selepas order akan ada pelayan yang datang bertanya jika semua order dah sampai....memang best layanan mereka. Susah nak jumpa kedai macam nie.

Aku kalau ke sini mesti order mushroom soup sebab rasa memang mabeles, tak macam restoran makanan segera, mushroom soup mereka macam soup Campbell ja. Mushroom soup kedai ini mereka buat sendiri jadi ada bawang, cendawan yang besar-besar dan soupnya pun pekat melekat.

Lamb chop yang aku order ni diberi nama Lamb with Butter rice. Mula-mula order ingat cam biasa ja Lamb chop dengan sedikit nasi. Mai saja order tuuu dia dua keping Kambing bersama kentang putar dan kubis bersama mayonis ( coleslow) dan sepiring nasi macam macam nasi goreng. Kuah black paper dia memang best.

Chicken Chop pula bersalut black paper dan datang bersama kentang putar dan coleslow.

Memang berbaloi makan kat sini. Aidy's Cafe nie ada buat membership card, pelanggan yang ada kad ini akan dapat diskaun. Aku tak ada kad nie. Harga yang ditawarkan amat berpatutan.

Lokasi di Jalan Telok Air Tawar. Kalau dari Pekan Kepala Batas guna jalan lama ke Teluk Air Tawar. Anda akan lihat kedai PERODUA di sebelah kiri dan selepas itu kawasan perniagaan disebelah kanan. Anda lihat disebelah kiri akan jumpa kedai Aidys Cafe Western Food ( tapi sign board dia yang besar tulis AIR TAWAR CAFETERIA). Jika anda terlihat sebuah masjid ( Masjid Teluk Air Tawar disebelah kanan) atau trafik light anda telah terlepas la tu.
Nie map dari Google.


View Aidys Cafe in a larger map

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...