Semasa di Kelantan, member yang baru aku kenal Ab Fatah telah bermurah hati membawa kami ke sebuah restaurant yang aku rasa memang exclusive yang menyediakan makanan ala Chinese. Jika tak dibawa oleh member ni, aku rasa tak akan jejak kaki kat situ. Nama restaurant ini pun dah macam restauran China, Four Seasons Restaurant, walau ada logo halal dilekat didepan pintu rasanya tak tergamak juga aku nak masuk. Menu yang disediakan ada dua bahasa, Bahasa China dan Melayu. Menu member tu pilih la. Aku tak berani nak pilih, tak reti. Layanan memang baik dan pantas.
Sementara menunggu makanan tiba aku lhat-lihat disekeliling dan ternampak kat dindingnya ada plaq Jalan-jalan Cari Makan, Maria Tuaku Sabri dah datang dah.
Makanan yang kami oder memang sedap dan tom yam putih yang diorder memang kuahnya bewarna putih tak macam kat sebelah utara kuah jernih. Kata pelayan tu mereka masukkan susu sebab itu bewarna putih. Harga yang ditawarkan pun memang berpatutan la dengan layanan dan suasana persekitaran restaurant tu.
Lokasi aku nak cerita pun tak tahu tapi nie alamat dia.
Four Season Restaurant
5670 B/2 & B/3, Jalan Sri Cemerlang
15300 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 609-7436666, 7437399
No comments:
Post a Comment