Restoran Berputarrr - Revolving Restoran

Hari ini tercapai juga nak makan kat restoran berputar. Lama dah tahu ada restoran berputar iaitu di atas Bayview Georghtown Hotel, tapi kalau nak makan sendiri tentu kempis poket. Tapi hari ini oleh kerana bengkel diadakan di Bayview Georghtown Hotel maka dalam bengkel diumumkan makan tengahari di restoran berputar, Revolving Restaurant. Tak sangka sebab dalam jadual ditulis restoran biasa ja kat bawah, Restoran Kopi Tiam.

Makan di hotel ini bagi aku tak berapa sedap tapi kalau makan tengahari dan makan malam mesti ada masakan kambing ( menu yang aku rasa ialah kari dan goreng kunyit bersama lada ). Makanan ditukar setiap hari tetapi pencuci mulut sama saja sama setiap hari.

Ia berada ditingkat paling atas rasanya tingkat 17. Masakan yang dihidangkan diatas berbeza dari yang dibawah, lebih banyak pilihan. Aku lihat harganya pun amat berbeza, lebih mahal dari restoran hotel ini yang dibawah. Dari brochure yang ada kat situ restoran ini buka dari 6 ptg hingga 12 tengah malam. Tapi hari ini mungkin dibuka untuk kami peserta bengkel kot.


Semasa berada diatas kita dapat melihat disekeliling 360 darjah. Meja disusun di tepi tingkap dan makanan diletakkan dalam bentuk bulatan di tepi tiang tengah atau dinding. Masa aku pi restoran ini tak berputar mungkin bukan masa yang telah ditetapkan kot. Tak pa la aku berputar secara manual saja, jalan kaki pusing sekeliling restoran ini.


Dari kaca hotel ini dapat la dilihat sekitar bandar Georghtown, Jambatan Pulau Pinang sehingga Gunung Jerai.
Lokasi: 25-A Farquhar Street,
10200 Penang, Malaysia
Kira kawasan HONDA, Boon Siew dan berhadapan dengan E&O Hotel.

No comments:

Post a Comment