Hari Tanpa Beg Plastik

Isnin lepas 17hb Julai 2009, aku ke Sunshine Square, Bayan Baru, lepas cari semua barang yang hendak dibeli aku ke kaunter untuk bayar. Jurujual tu tanya kat aku "Bawa beg plastik ka?" aku pun hairan..." untuk apa?" aku tanya balik la. Dia bagi tahu "Setiap hari Isnin supermarket tidak sediakan beg plastik, dah dijalan kan sebulan dah", aku tanya balik, dia " Aku kata tak bawa, jadi cam mana nak bawa barang2 nie?" dia kata " Kalau nak beg plastik kena bayar 20sen?" aku pun "ok" jer la, tak kan nak bergaduh pulak.

Lepas keluar baru aku perasan sekarang dijalankan kempen "HARI TANPA BEG PLASTIK". Kempen ini dijalan kan di Penang sahaja. Banyak poster-poster warna hijau disekitar Penang dan dalam supermarket ditampal, cuma aku ja yang tak perasan.

Ini petikan berita dari BERNAMA

P.Pinang Isytihar hari Tanpa Plastik Setiap Isnin

PULAU PINANG, 5 Jun (Bernama) -- Kerjaaan Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan setiap Isnin sebagai "Hari Tanpa Plastik" bagi negeri itu, bermula 1 Julai ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata larangan penggunaan beg plastik oleh kerajaan negeri itu menandakan komitmen seriusnya ke arah mencapai matlamat sebuah negeri hijau.

"Berikutan perundingan dan dialog dengan pasar raya hiper, pasar raya besar, pasar raya mini, pengeluar plastik dan NGO, larangan penggunaan beg plastik itu merupakan komitmen serius kerajaan negeri bagi mengurangkan penggunaan beg plastik," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata dalam usaha menggalakkan pengguna membawa beg mereka sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada beg plastik, pengguna akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik pada "Hari Tanpa Beg Plastik".

"Hasil kutipan akan didermakan kepada Program Kemiskinan Tegar negeri," katanya.

Lim berkata kaji selidik yang dijalankan oleh kerajaan negeri terhadap enam kumpulan utama pasar raya besar dan pasar raya hiper menunjukkan sehingga 25.2 juta beg plastik diedarkan pada 2008.

Moga-moga Penang bebas dari longkang dan sungai tersumbat oleh beg plastik...SELAMATKAN ALAM SEKITAR...Anda Mampu Mengubahnya!!!

2 comments:

  1. Aku ada beli beg ni kat giant sp . Masa pi kat billion Sunway ..aku pakai beg ni jugak..siap aku tanya .. "boleh kot pakai beg giant masa beli kat billion ".

    ReplyDelete
  2. lain kali kena shoping hari lain...boleh guna buat plastik sampah..

    ReplyDelete