7-8hb Julai 2009 berlangsung Penang Arts & Cultural Festival diberi nama Penang Matra Buana. Matra Buana bermaksud himpunan budaya. Ia diadakan di Dewan Budaya,USM Pulau Pinang. Berbagai persembahan kebudayaan dari negeri-negeri utara dan timur tanah air, iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan dihimpunkan dalam dua malam itu.
Program ini dibawa oleh USM, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Pulau Pinang, Kementerian Penerangan Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka dan beberapa agensi lain untuk memartabatkan kebudayaan kita yang semakin tengglam dibawa arus permodenan dan globalisasi.
Berbagai persembahan yang di tunjukkan dari negeri-negeri tersebut yang ada sesetengahnya sudah pupus. Antara persembahannya ialah Tok Selampit, Awang Batil, Dikir Barat, Mak Yong, Wayang Kulit Gedek Seri Asun, Canggung, Hadrah, Joghee, Wayang Kulit Kelantan, Boria dan ada beberapa lagi.
Program ini dirasmikan olehYang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Abbas.
p/s: Gambar yang diambil ada yang blur dan grain sikit disebabkan tidak menggunakan flash cuma dibuka apature yang besar dan diletakkan ISO semaksimum mungkin ( aku punya HI 1.0...rasanya 3200 kot ).
No comments:
Post a Comment