PUO : Pengesan banjir

Empat pelajar PUO cipta alat pengesan banjir
Oleh TAJUL SAFUAN ABU HASSAN

(Dari kiri) Hermila Mohd. Adnan, Noor Hafizah Abd Rahim dan B. Kamish Varan gembira selepas alat pengesan banjir ciptaan mereka memenangi Anugerah Projek Pelajar 2007 pada majlis konvokesyen ke-37, Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh, semalam.

IPOH 3 April – Mengambil sikap terbuka, berbincang dan menerima cadangan membolehkan empat pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Politeknik Ungku Omar (PUO) memenangi Anugerah Projek Pelajar 2007 di sini hari ini.


Kumpulan pelajar itu berjaya mencipta alat pengesan banjir tersebut mengambil masa setahun untuk menghasilkan satu sistem yang berkeupayaan memberikan tindak balas awal sekiranya terjadi kejadian banjir.

Dengan menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), keempat pelajar ini berkongsi modal untuk membeli peralatan bagi menghasilkan sistem pengesan itu yang dinamakan Smart Flood Detector.

Ketua Kumpulan, B. Kamish Varan berkata, pensyarah memberikan kebebasan untuk memilih tajuk projek kumpulan masing-masing.

Ciptaan inovasi kumpulan yang terdiri dari B Kamish Vaean, Hermila Mohd. Adnan, Nor Shazilla Suhaimi dan Noor Hafizah Abd. Rahim ini berjaya memenangi berbagai pertandingan yang diadakan di peringkat PUO.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Mohamad Rafiai Mokhtar.

Kedudukan

Dalam ucapannya, Rafiai berkata, semua pelajar yang berjaya pada hari ini mengamalkan dan menyebarkan ilmu yang diperolehi bagi mendapat kedudukan yang lebih tinggi dan dihormati masyarakat.

Selain itu, dengan peningkatan persaingan global, pelajar yang mula menceburi alam pekerjaan digesa meneruskan mendalami bidang masingmasing bagi memastikan sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan.

Beliau juga menggesa semua lulusan ini menjadi warga yang prihatin dan bertanggungjawab dan sentiasa berganding bahu mempertahankan negara.


***Petikan akhbar Utusan online pada 4hb April 2008***

p/s: saja search dalam akhbar mengenai Politeknik Ungku Omar, Ipoh...jumpa berita ini.

No comments:

Post a Comment