Hari ini aku dan famili pi tengok wayang Transformers: Revenge of the Fallen, setelah beli tiket melalui on-line. Panggung TGV di Sunway Carnival, Prai. Anak-anak aku tengok gezet di TV dok ajak pi tengok.
Filem ini merupakan nostalgia zaman 80 - 90an dimana kartun robot ini amat popular.
Cerita Transformer ini aku lihat tak berapa menarik, dimana banyak yang buang masa:
Ibu-bapa Sam Witwicky (Kevin Dunn & Julie White): sekadar memberi hiburan/komidi slapstick dan memberi selingan lawak bodoh. Tidak mempunyai moral, tak sesuai untuk menjadi teladan kepada ibu bapa yang menonton.
Teman wanita Sam Witwicky (Megan Fox) : Sekadar simbol sex sahaja, tak ada pun tak menjejaskan cerita.
Jalan cerita : Menarik, jika dikembangkan tanpa memerlukan nasi tambah dari ibu bapa dan teman wanita si hero.
Pertarungan: Kelangkabut dan amat pantas, sehingga tak nampak cara pertarungan, mungkin untuk melindungi kesan grafik yang lemah.
Pertukaran kereta ke robot: Pantas , grafik tak jelas dan kelangkabut.
Moral : Tak ada moral kemanusiaan, menunjukkan keruntuhan akhlak umat manusia dan manusia akan bergantung kepada robot untuk hidup.
Keseluruhan : Cerita yang sepatutnya sesuai untuk semua lapisan umur telah disulami dengan adengan tak bermoral. Kanak-kanak yang melihat akan terpengaruh dengan budaya tak bermoral barat ( mungkin ini yang hendak di tanam dalam fikiran kanak-kanak sekarang ). Cerita yang membosankan dengan kesan grafik yang pantas dan berkecamuk.
Apa yang aku lihat cerita ini di lebel kan PG13. Disini takrifan PG-13 oleh MPAA ( Motion Picture Association Of Amerika ) :
A PG-13 rating is a sterner warning by the Rating Board to parents to determine whether their children under age 13 should view the motion picture, as some material might not be suited for them. A PG-13 motion picture may go beyond the PG rating in theme, violence, nudity, sensuality, language, adult activities or other elements, but does not reach the restricted R category. The theme of the motion picture by itself will not result in a rating greater than PG-13, although depictions of activities related to a mature theme may result in a restricted rating for the motion picture. Any drug use will initially require at least a PG-13 rating. More than brief nudity will require at least a PG-13 rating, but such nudity in a PG-13 rated motion picture generally will not be sexually oriented. There may be depictions of violence in a PG-13 movie, but generally not both realistic and extreme or persistent violence. A motion picture’s single use of one of the harsher sexually-derived words, though only as an expletive, initially requires at least a PG-13 rating. More than one such expletive requires an R rating, as must even one of those words used in a sexual context. The Rating Board nevertheless may rate such a motion picture PG-13 if, based on a special vote by a two-thirds majority, the Raters feel that most American parents would believe that a PG-13 rating is appropriate because of the context or manner in which the words are used or because the use of those words in the motion picture is inconspicuous.
Apa yang aku dapat ialah filem dengan lebel ini ialah tak berapa sesuai untuk budak bawah 13 tahun kerana mengandungi bahasa yang tak berapa sesuai, ada unsur-unsur sex, keganasan makna kata filem ni tak berapa sesuai untuk kanak-kanak macam anak aku bawah 7 tahun. JIka kartun dulu-dulu dari kanak-kanak dapat menonton, tetapi bila difilemlan sudah tidak sesuai untuk kanak-kanak. Mungkin filem ini untuk peminat zaman 80-90an dulu yang mana mereka sudah berumur 30 tahun keatas sekarang ini. Sekadar mengimbas kenangan zaman dulu-dulu.
p/s: Syarikat Penerbangan Malaysia boleh berbangga sekejap sebab nampak loga MAS semasa mula cerita di China....gambar silhouette saja
No comments:
Post a Comment