Herba - part 2

NENAS BATU

Nama lain: Bunga Kembang Setahun

KEGUNAAN :
ANTARA KHASIAT DAN RAHSIA NANAS/NENAS BATU MENURUT PENGALAMAN MEREKA YANG TELAH MENGAMALKANNYA (TERUTAMA WANITA)
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Kalau rajin amal, tak perlu lagi jamu atau majun Di dalamnya sudah terkandung berbagai-bagai khasiat.
3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali sahaja.
4. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
5. Melawaskan kencing.
6. Membantu melancarkan pembuangan angin.
7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
9. Jika rajin diamalkan minum air nanas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih dara.

CARANYA
1. Basuh sehingga cuci bersih.
2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.
3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
4. Keluarkan selepas tenggelam. Air tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari.
5. Nanas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.
6. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
7. Nanas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.
DAUN KARI
Nama lain: Karipulei, curry leaves
Nama Saintifik: Murraya Koenigii

KETERANGAN:
Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Srilanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.

Pokok ini memang susah hidup kalau dah bertukar tanah, sebab aku dah cuba tanam melalui anak ( tunas dari akar), aku ambil sekali dengan tanah asal masuk dalam plastik, selapas bawa balik ia tumbuh dengan baik tetapi setelah aku tukar ke pasu lebih besar dia terbantut. Akhir sekali aku beli anak dalam poli beg, itu pun makan masa yang lama untuk hidup setelah tukar ke pasu lebih besar.
KEGUNAAN:
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india.
1. Dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.
2. Digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.
3. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.
CARANYA:
1. Mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.
2. Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.
3. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
4. Daun kari juga dapat mencegah uban.
5. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.
6. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.
- Segala maklumat ini aku cedok dari internet, jadi kesahihannya dalam perubatan tidak dapat dipastikan.

No comments:

Post a Comment