Kuala Lumpur - Hari 1 : Restoran Intai-Intai

Selepas lalu di Zoo Negara, perut pun dah lapar, memang dah masa makan pun. Lalu ke sebuah restoran yang dari luar tak tahu pun ada restoran kat situ. Aku ikut ja, abang ipar yang bawa. Melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari zoo menghala ke pusat bandaraya.

Restoran terletak disebelah kiri jalan. Tanda yang jelas adalah sebuah pusat servis kereta yang besar, Imavest. Banyak kereta Honda di situ... pusat servis Honda kot. Kona masuk depan pusat servis itu sehingga ke hujung bangunan, ada selekoh ke kiri, haaaa kat depan tu pintu masuk restoran. Restoran Intai-intai.

Betul la nama dia nak masuk kena intai-intai dulu sebab tersorak dan juga kena hati-hati sebab lorong sempit dan parking juga susah. Parking tu mungkin waktu siang saja susah, sebab kena berebut dengan kereta yang diservis di situ, malam mungkin mudah.


Parking saja di mana kosong, janji jangan halang keluar masuk kereta lain sudah. Didalam kawasan restoran parking amat terhad.


Masuk sahaja dalam kawasan restoran, anda seolah-olah telah berada di suatu dunia lain. Bukan lagi di kota yang sibuk, bising dan hutan batu tapi anda dihidangkan dengan suasana yang sungguh nyaman dikelilingi oleh pokok yang hijau dan sebuah tasik. Tempat makan dibina disekeliling tasik tersebut.



Masa aku sampai tak ramai orang, mungkin malam lebih meriah.

Restoran ini menghidangkan masakan ala Thai dan juga Melayu.


Ini dia makanan yang di pesan. Tom yam seafood.... memang feberet Siti Sarah. Dalam ada sotong, udang ketam. Rasa sedap. Nak komen lebih-lebih aku tak tau sebab tak berapa suka tom yam. bagi lidah aku sedap cukup masamnya.
Yang ini susah nak cari kat kedai, gulai daging hijau... betul ka nie?? atau gulai hijau daging, apa-apa ja lah tapi dalam bahasa orang putih green curry beef. Nak komen aku tak tau sebab pertama kali makan dan bagi aku sedap. Dalam dimasukkan kacang panjang, terung belanda, terung, daging dan entah apa-apa lagi lah. Rasa lemak-lemak.

Inilah dia Ayam Pandan, isi ayam dibalut dengan daun pandan. Baru betul. Yang selalu aku lihat kat kedai di sebut ayam pandan juga tapi yang bezanya diambil seketul ayam di ikat dengan daun pandan seperti ikat reben kat hadiah tuu. Bila buka, ayam tu akan tergumpal bentuk piramid. Tapi bentuk itu tak kekal lama sebab apa lagi makan la.

Ini pula kerabu apa entah, aku dah lupa.

Ini pula kangkong goreng. Menu yang menjadi poojaan semua. Kangkong ini digoreng tepung rangup ( ada kalainan sedikit dari kebiasaan dimana selalu kita lihat orang buat bayam goreng tepung atau kaduk goreng tepung ). Kangkong ini memang rangup dan ia datang bersama sambal. Sepinggan aku sorang hadap saja. Tapi kena kontrol sebab orang lain pun nak makan gak.

Yang bawah ni tak payah cerita la, telur goreng.

Kailan ikan masin. Rasa OK sedap.
Harga jangan tanya, aku makan sahaja. Orang lain bayar. Yang pasti tempat ini menjanjikan suasana yang selesa dan seolah-olah berada di luar kesibukan kota.
Untuk maklumat lanjut restoran ini layari laman web Restoran Intai-intai ini.

Alamat:
Restoran Intai-Intai
Lot 378 Backyard
Jalan Ampang Ulu Kelang (MRR2)
68000 Ampang, Selangor.
Tel: 03-4252 2252

Lokasi:


View Restoran Intai-Intai in a larger map

Pautan lain dalam siri Kuala Lumpur 28/12/2010 - 1/1/2011:

1. Kuala Lumpur Hari 1 : Zoo Negara
2. Kuala Lumpur Hari 1 : Restoran Intai-intai
3. Kuala Lumpur Hari 2 : Sunway Lagoon
4. Kuala Lumpur Hari 3 : Petrosains KLCC
5. Kuala Lumpur Hari 3 : Aquaria KLCC
6. Kuala Lumpur Hari 5 : Pusing-pusing

No comments:

Post a Comment