Thursday, December 30, 2010

Kuala Lumpur - Hari 3: Petrosains KLCC

Hari ke tiga diteruskan lagi dengan aktiviti jalan-jalan sambil belajar. Lama dok dengar mengenai Petrosains. Kali ini tercapai hasrat anak-anak kesana. Petrosains buka setiap hari dari pagi sampai petang sahaja kecuali hari Isnin tutup.
Sampai KLCC perking kat bawah. Naik atas terus ke Petrosains. Masih awal lagi lebih kurang jam 10.30 pagi. Orang pun tak berapa ramai lagi. Isteri aku beli tiket dan beratur untuk naik gondola.
Gondola tu boleh muat empat ke lima orang kot. Stroler pun boleh masuk sekali. Gondola ini akan bawa kita melalui terowong yang memaparkan gambar-gambar manusia dan alam sekitar merentasi masa. Selepas itu kita akan berjalan melalui ruang-ruang aktiviti sains. Untuk budak-budak dan pelajar memang baik untuk pembelajaran.

Berbagai aktiviti boleh dicuba dan ada sukarelawan yang membantu atau memberi penerangan.

Anak kecil kau tangkap gambar kereta hologram....ishhh tetiba hilang.
Boleh lihat, boleh cuba...
Masuk pula dalam alam dinosour.
Perjalanan bahagian ini banyak menceritakan aktiviti kejadian minyak dan bagaimana minyak di keluarkan, maklum lah PETRONAS punya.
Posing di pelantar minyak...

Antara kativiti yang boleh dicuba. Boleh pandang-pandang, boleh pegang-pegang, boleh cuba-cuba, semua untuk pembelajaran ( macam lagu Suhaimi Meor Hasan).

Jadi driver kereta F1 pulak...
Sampai ke Petrosains ni macam-macam boleh dipelajari dan semua berkonsepkan sains, memang sesuai untuk bebudak. Kami ambil masa tiga jam lebih untuk habis, tu pun bukan habis sepenuhnya sebab ada juga yang di langkau kebanyakannya yang kena baca.....hahaha malas baca.

Kepada ibu bapa yang bawa anak-anak kalau datang sini pastikan anda memperuntukkan masa yang panjang sebab banyak yang boleh anak-anak pelajari. Jangan dok kalut nak keluar sebab ada aktiviti yang kena ambil giliran sebab pengunjung ramai dan juga ada aktiviti yang perlu pemahaman. Mungkin bagi orang dewasa aktiviti ini ada yang nampak membosankan tetapi bagi anak-anak, mereka amat seronok. Mereka mungkin dapat menghubungkan apa yang di tunjukkan bersamaan dengan apa yang mereka pelajari disekolah atau aktiviti harian.

Kalau sekadar nak masuk sebab nak cerita kat orang kampung kami dah sampai Petrosains tak payahlah. Apa yang dipaparkan bukan untuk dilihat sahaja dan terus berlalu tetapi banyak yang boleh dicuba. Ingat parking kat KLCC bukan murah woooooo.

Waktu operasi : 9.30 pagi - 5.30 petang ( Sabtu/Ahad/cuti am tutup 6.30 petang)
Harga tiket dia macam-macam ketegori aku senarai umur ja lah: 56 keatas RM 6.00; 18-55 RM12.00; 13-17 RM7.00; 5-12 RM4.00; 4 tahun kebawah percuma

Maklumat lanjut boleh layari laman web Petrosains.

Pautan lain dalam siri Kuala Lumpur 28/12/2010 - 1/1/2011:

1. Kuala Lumpur Hari 1 : Zoo Negara
2. Kuala Lumpur Hari 1 : Restoran Intai-intai
3. Kuala Lumpur Hari 2 : Sunway Lagoon
4. Kuala Lumpur Hari 3 : Petrosains KLCC
5. Kuala Lumpur Hari 3 : Aquaria KLCC
6. Kuala Lumpur Hari 5 : Pusing-pusing

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...