Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan 1

[ 4hb Disember 2012, Selasa - Pagi ]

Dah masuk hari ke dua. Aktiviti pagi, simpan barang semua di stor hotel dan bersarapan dahulu, perut kena kenyang sebab nak snorkeling ( macam bagus ja ).

Dalam jam 10 pagi kami sampai di jeti, tak jauh pun. Orang dah ramai. Yang menariknya sebelum sampai ke pulau lagi air laut dekat jeti memang nampak jernih, nampak ikan-ikan dan karang kat situ. Kat Pulau Pinang tak jumpa macam nie dah.
Air jernih

Kebersihan dijaga, menyauk sampah.

Geng kami naik satu bot ke pulau Manukan. Perjalanan ambil masa 10 minit ja, lebih kurang dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai. Laju bot pun boleh tahan la.
Dalam perjalanan ke Pulau Manukan.
Sampai kat Pulau Manukan dari jeti dah nampak ikan dalam air, memang jernih. Orang yang snorkeling pun boleh tahan ramai.

Sampai  sana, selesaikan apa yang patut. Kami disambut dengan welcoming drink air halia. Buang angin sebelum masuk air ( jangan kentut dalam air) dan check-in di Manukan Island Resort.
Manukan Island Resort
 
Haaa... tak kan nak tidoq atau menikmati aircond resort, kalau nak tidoq balik rumah la. Sampai ke sini mesti cergas terjun laut tak kira waktu, walau tengahari remang. Sebab bukan senang nak terjun laut yang jernih cam tu. Alatan snorkeling bersama jeket keselamatan resort sediakan.
Langit biru

Sebelum sampai pulau jangan lupa bawa roti putih untuk ikan. Bukan ikan-ikan tu pesan pun, buat umpan bagi dia datang. Semasa berenang tu genggam roti ke air, banyak akan makan kat tangan ( sebenarnya aktiviti nie tak boleh dilakukan kerana menyalahi eko sistem habitat ). Boleh rasalah dia makan kat tangan kita. Snorkeling kat pulau nie bukan boleh sesuka hati,  hanya boleh di lakukan dikawsan yang ditetapkan ja.

Aku bukan tahu sangat snorkeling nie. Dok dalam air, kaki tak mau naik. Jadi berjalan dalam air, kira berenang gaya bebas la tu. Dan untuk perenang gaya bebas dan tak baca papan tanda, nahhhh tujuh lapan jarum dari landak laut. Ambik kauu.
Yang hitam tu duri landak laut. Amik kauuu..
Jalan pun senget sebelah. Nasib baik ada lifeguard kat situ. Dia buat relek ja. Dia kata aku kena landak laut.
Terima kasih lifeguard.
Kat pantai tu banyak landak laut dan ramai yang dah kena. Jadi untuk selamat kena apungkan diri. Dia bawak keluar bekas spray lalu dispray kaki aku. Dia spray cuka ja. Dia kata duri landak laut sukar nak keluarkan sebab mudah patah. Duri tu tak bahaya tapi kaki akan terasa sakit,  jadi sabar ja la. Lama-lama akan keluar sendiri, adalah dalam 2 minggu. Sekarang masa aku tulis ni pun masih terasa.

Lepas kena cucuk tu pelan-pelan dan secara automatik pandai apungkan diri. Sambung mandi sampai ke lewat tengahari. Jangan bazir masa.

Lepas makan, petang giliran isteri aku mandi pula. Aku jaga Ahmad firas dan nur fatini, tukar shift. Siti Sarah dan Muhd Ammar dah tak sedar diri mandi, rehat untuk makan ja. Gambar tak diambil sebab tak dak masa nak ambil gambar, yang penting mandi laut.

Adalah dalam jam 5 petang sesiapa yang datang tak menginap di pulau akan balik ke tanah besar semula. Lepas tu pulau nie jadi milik kami, hahahahaaa kami berkuasa. Mandi sampai kecut.

Malam kat Pulau manukan nie memang sunyi dan sepi. Aktiviti malam sebelum angkat selimut, makan dan sembang-sembang dulu kat Restoran Perahu.
Restoran Perahu
Yang nie aku tak pasti nama dia.
Nasi goreng kampung
Ikan asam pedas dengan nasi putih.
Ko Loh Mee
Eerrrrrrrr.... Alhamduluillah kenyang. Selamat malam, assalamualikum jumpa lagi hari kedua di Pulau Manukan entry akan datang.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

Sabah - Hari 2 : View Tingkat 7

[ 4hb Disember 2012, Selasa - Pagi ]

Pagi hari kedua berada di Kota Kinabalu dan hari terakhir berada di Hotel Le Meridien sebelum ke Pulau Manukan. Jadi saja nak letak gambar pemandangan waterfront Kota Kinabalu dari tingkat 7 yang sempat aku rakam. Bukan watrefront yang tempat lepak-lepak tuu tapi sebelah dia.

Waterfront Kota Kinabalu  nie mempunyai beberapa pasar iaitu Pasar Kraftangan, Pasar Ikan Masin, Pasar Buah-buahan Tempatan, Pasar Besar dan Pasar Ikan. Kat bawah nie aku letakkan lokasinya. Kalau ada tersilap tolong betulkan.
Banyak pasar kat Waterfront KK nie. Pemandangan waktu petang.

Nanti aku tulis mengenai pasar-pasar yang sempat dilawati. Gambar atas nie ketika petang di waterfront. Khemah-khemah Pasar Malam yang femes tuu sudah dinaikkan di kawasan terbuka bersebelahan Pasar Kraftangan / Pasar Filipina.

Kat bawah nie pula gambar ketika pagi di waterfront. Khemah Pasar Malam KK sudah tiada, diganti dengan orang-orang menjual sayur dan buah-buahan pula.
Waterfornt KK waktu pagi.
 
Bot nelayan

 Nie la rupanya hotel yang kami menginap.

Hotel Le Meridien
  OK dah lah tu. Kena bersiap kemas barang. Selamat tinggal Le Meridien.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

2057 ???

2057 nombor apa tu?  Nombor palat kereta... bukan, nombor ekor.... nauzubillah minta simpang, nombor tiang elektrik... pun bukan, nombor staf... lagilah bukan, tahun akan berlaku kiamat selepas kalender puak Maya... jangan percaya benda tahyul, nombor sambungan PM... ada dia nak bagi. Haaaa tuuu lah tahun yang berkemungkinan anak-anak aku akan pi haji setelah daftar minggu lepas.
Pendaftaran haji.

Alang-alang bercuti pada  3 Januari 2013 bersempena hantar depa ke sekolah, isteri aku daftar haji keempat-empat anak kami kat Tabung Haji Kepala Batas. Dapatlah tahun 2057. Tuuu... dia lama lagi. Kira 2057 tolak 2013 dapat 44. 44 tahun lagi baru dapat pi. Umur anak kami yang sulung Siti Sarah la nie 10 tahun, jika ikutkan tahun pi haji umur dia 54 baru dapat pi sana.

Jadi yang rasa nak pi haji nie cepat-cepat daftar. Cukupkan duit RM 1300.00 dalam buku dan daftar lepas tu baru pikir nak tambah macam mana. Jangan tunggu lama-lama. Nak kena Q panjang nie.

Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran Kota Kinabalu

[ 3hb Disember 2012, Isnin - Malam ]

Selepas selesai menjamu selera kat Ocean Seafood Village. Dah kembali bertenaga kena cas. Destinasi seterusnya Pasar Malam, dekat ja. Pasar malam nie bukan yang tepi laut tu tetapi pasar malam sebelah Hotel Le Meridien, kecil ja. Pasar Malam Sinsuran.
Pasar Malam Sinsuran
Pasar malam nie yang menjadi tarikan ialah barangan mutiara. Banyak tiram kat Sabah nie. Berbagai hasil mutiara seperti brooch, kerongsang, butang baju melayu, gelang, rantai dan macam-macam lagilah. Original atau tak, aku tak pastilah ( dok baca kat web, ramai kata mutiara kat pasar malam nie campur ori dengan yang tiruan. Kalau nak yang ori kena ke Pasar Kraftangan tetapi lebih mahal ). Tapi harga memang murah.
Berbagai hasil mutiara
Selain dari barangan mutiara berbagai lagi barangan dijual seperti kraftangan, T-shirt Sabah, kain, pakaian terpakai, fridge magnet, cenderamata.

Datang beli-belah kat sini jangan lupa tawar kaw kaw punya. Kalau datang dalam kumpulan yang besar cuba pilih satu kedai sahaja dan pakat ramai-ramai serbu kat situ, baru boleh tawar harga gila-gila sikit.

Dah penat, cukuplah untuk hari nie. Balik hotel nak berlunjuq kaki.

Pasar Malam Sinsuran dibuka petang sehingga larut malam setiap hari. Lokasi Google kat bawah nie.

View Larger Map

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

Rokok Elektronik Ada Nikotin

Penjualan rokok elektronik salah
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
KUCHING 7 Jan - Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan berkata, hal itu demikian kerana pihaknya telah mengesan kehadiran nikotin di dalam cecair e-Cigarette dalam pelbagai kepekatan tertentu.

Beliau berkata, nikotin merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam produk tembakau.

Katanya, penjualan dan pembekalannya hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

"Pelanggaran keperluan ini adalah satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali di bawah akta sama.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/ © Utusan Melayu (M) Bhd

 ****************************

Nak berhenti merokok kena pam masuk nikotin gak. Pi mai pi mai serupa ja. Cuba haramkan penjualan rokok terus, kurang sikit hasil negara boleh kot?

Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village Kota Kinabalu

[ 3hb Disember 2012, Isnin - Malam ]

Setelah penat bersenam disiang hari di Zoo Lok KawiMuzium dan Perkampungan Warisan yang kesemuanya telah mencabar kekuatan fizikal berjalan sambil kadang-kadang mendukung Ahmad Firas.

Segala tenaga yang keluar akan diisi malam nie. Macam biasa semua naik van. Perjalanan sekejap saja dan berhenti dihadapan sebuah restoran bersebelahan Hotel Promenade. Aku dan isteri senyap tak kata apa-apa melihat sebuah restoran yang terpampang besar lampu neon tertulis Ocean Seafood Village dalam tulisan jawi Cina dan orang putih.

Ocean Seafood Village

Senyap ja lah sebab yang bawa abang ipar aku. Dia tau la kot. Tawakal saja lah.

Nama ja Village bukan ada kampung nelayan pun cuma restoran tu yang besar. Masuk kedalam memang luas pun restoran tu. Mula-mula masuk disambut dengan longgokan buah durian. Kat dalam ada juga pengunjung Islam.

Restoran dibahagikan kepada dua bahagian terbuka. Bahagian depan kerusi meja makan dan bahagian belakang akuarium besar yang menempatkan berbagai spesis makanan laut hidup untuk dipilih dan dimasak. Pengunjung yang datang boleh melihat secara dekat.

Akuarium seperti underwater world
Nak pilih apa? semua terserah kat abg ipar aku la. Tak reti nak pilih.
Sementara menunggu hidangan sampai dihidangkan dulu kunyah-kunyahan supaya tak bosan. Kacang dengan jeruk betik. 

Tak lama minuman pun sampai. Semua oder benda yang sama, Kit Chai Ping iaitu minuman yang femes kat Sabah iaitu campuran limau kasturi + asam boi masin + air + ais.
Kit Chai Ping
Sebelum makanan sampai diletakkan kicap, bawang putih hancur dan cabai melaka potong. jadi kita campurlah bahan tadi sesuka hati untuk jadi pencicah.
Sambal kicap
Masa menunggu hidangan sampai, apa lagi melawat underwater world. Melawat hidupan laut dalam akuarium yang akan menjadi korban pengunjung. Macam-macam spesis ada. Yang biasa dilihat sampai yang lihat kat National Geographic. Betullah dikatakan Village rupanya seafood nie berkampung kat sini.
tak tau la apa kebenda udang nie
lobster

mantis prawn diletak dalam botol air mineral.
Menyauk hasil

Haaaa dah sampai pun. Mari kita lihat siapa yang kenaaaa. Layanzzzzz...
Siput tarik yang kat atas tu setelah ditarik isinya. Sos yang diberi tak sedap, jadi cicah sambal kicap. Rasa tak tau nak cerita.

Udang stim cicah sos.
Sayur apa entah di goreng

Kalau tak silap tiram goreng
Lobster butter.
Siakap masak nyonya.
Cerahhh...

Selepas habis makan lobster, Sesungutnya ( dia punya sesungut yang buat hiasan tuu ) diambil dan dibuat sup pula dan dihidangkan sebagai penutup.
Sup sepit dan sesungut lobster
Keseluruhan makan kat sini memang sedap tetapi harganya mak aihhhh.... tak tahan. Restoran ini dibuka setiap hari dari 12.30 tengahari hingga 10.30 malam. Restoran Ocean Seafood Village terletak bersebelahan Hotel Promenade Kota Kinabalu, lihat google map kat bawah.