Restoran Tomyam Udang, Jelutong

Rasanya tengah bulan Oktober lepas kejadian nie. Kawan sepejabat nak belanja. Makan preeee. Masa rehat jam 1 tengahari kami ke Restoran Tomyam Udang yang terletak kat persimpangan Jelutong dan Lebuhraya Gelugor.
Kat gambar atas, yang belanja bukan yang lelaki depan tu, sebok betul tangan dia, tak sabarrr. Tapi yang belakang tangan tu, Muneera.

Sampai sana pilih set C, yang sponser pilih. Sebab cukup untuk 6 orang. Masa sampai rasanya ada 2 meja saja yang ada pemakan.

Set C terdiri dari Tomyam Udang ( macam nama kedai ), ayam halia, sotong pedas, kangkong belacan, siakap tiga rasa, kerabu mempelam dan air buah satu jug. Kangkong belacan tukar jadi kailan ikan masin dan tambah telur dadar.

Oder tak berapa lama dah sampai. Nie dia.
Kerabu mempelam

Telur dadar

Ayam masak halia

Kailan ikan masin

Siakap tiga rasa

Tomyam udang

Sotong masak pedas
Makanan boleh kata semua sedap terutama sotong masak pedas. Ikan siakap 3 rasa Ok saja tapi tak adalah timun, tomato, nenas yang dipotong dalam sos. Tomyam pula bersempena dengan nama kedai taklah segah nama kedai. Tapi aku nak komen pun tak boleh gak sebab dah kata tomyam udang jadi yang diberi kuah tomyam dengan udang saja, tak adalah bahan-bahan tambahan seperti bawang, tomato, cendawan, rasa memang sedap.

Tak sampai setengah jam licin. Apa-apa pun memang sedap tambah lagi masa tengahari time lapaq dan juga makan preeee. Terima kasih kepada yang telah menaja makan tengahari semoga Allah murahkan rezeki lagi.

Nie menu yang ada kat sana:


Restoran memang selesa, luas dan tempat parking banyak kat depan kedai.


Lokasi dari google.


View Restoran Tomyam Udang, Jelutong in a larger map

Langkawi - Shopping...Shopping...Shopping....

Kalau sampai Langkawi tak shopping kira tak sah lagilah. Antara yang murah dari tanah besar ialah pinggan mangkuk ( import punya macam correlle, visions, arcopal, corningware dan entah apa lagi lah ), cooking pan, preasure cooker, kain batik / pelikat, cokelat.
Macam-macam cokelat ada
Ketika melawat tempat-tempat bersejarah atau pantai, ramai peniaga yang menjual kain-kain, cokelat dan  sebagainya di gerai-gerai. Yang aku perhatikan harga yang ditawarkan mungkin lebih mahal sedikit dari kedai di pekan Kuah tapi harga boleh tawar-menawar. Jadi kalau nak membeli tu pi dulu ke kedai-kedai di pekan Kuah. Survey dulu harga.

Kedai yang menjual barangan bebas cukai nie memang banyak, terutama di pekan Kuah. Pilihan barangan pun hampir sama tetapi harga pula tak berapa standard. Adalah sedikit perbezaan antara kedai-kedai. Jadi kalau kaki, pinggang dan tangan kuat, haaaa bolehlah pusing semua sekali.

Haji Ismai Group
Antara kedai yang terkenal ialah Haji Ismail Group dan Idaman Suri. Haji Ismail Group akan menggunakan beg plastik warna hijau dan Idaman Suri guna warna Biru. Nanti masa balik dalam bot kedua-dua warna nie yang akan mengisi tempat simpanan barang.
Idaman Suri
Haji Ismail Group nie antara pengusaha Islam yang terkenal menjual barangan bebas cukai dan mempunyai beberapa cawangan. Jadi kepada yang berkunjung ke Langkawi buatlah pilihan yang baik ketika membeli, jangan lihat murah sahaja, lihat juga siapa pemiliknya.

Pautan lain dalam siri Langkawi 3-6hb Jan 2011:

1. Langkawi Hari 1 : Perjalanan Pergi
2. Langkawi Hari 1 : Pantai Cenang
3. Langkawi Hari 1 : Restoran Hj Ramli
4. Langkawi Hari 2 : Pantai Cenang
5. Langkawi Hari 2 : Makam Mahsuri
6. Langkawi Hari 3 : Beras Terbakar
7. Langkawi Hari 3 : Galeria Perdana
8. Langkawi Hari 3 : Kompleks Kraf Langkawi
9. Langkawi Hari 3 : Pantai Pasir Hitam
10. Langkawi : Shopping...shopping...shopping

HIMPUN 10 Resolusi

Dah selesai perhimpunan Himpunan Sejuta Umat, HIMPUN di Stadium Shah Alam pada 22/10/2011. PM memuji kerana dapat menagadakan perhimpunan yang sopan dan terkawal. Sehingga Seksyen 27 Akta Polis mengenai perhimpunan dan ceramah  pun kerajaan nak kaji semula.

Perhimpunan ini telah dihadiri oleh 10,000 orang tetapi ada juga yang mengatakan cuma 5,000 orang sahaja. Agenda utama perhimpunan adalah untuk memperkukuhkan undang-undang murtad dalam negara.

PM di tanya mengenai tuntutan HIMPUN yang menuntut kerajaan menggubal akta murtad, beliau berkata, semua akta dan undang-undang berkaitan hal ehwal agama terletak di tangan kerajaan negeri dengan Sultan sebagai ketua agama. ( Datuk Seri Najib Razak menjawab ketika Majlis Perhimpunan Perdana Bersama Bekas dan Pesara Polis di Kuala Lumpur, 24/10/2011- Berita Harian).

Dari kenyataan itu, menunjukkan undang-undang agama tidak bersatu ( ikut negeri masing-masing, itu yang ada sekarang ). Apa kata kalau minta supaya undang-undang agama di letakkan di bawah kuasa tertinggi seperti Agung atau menjadi undang-undang Persekutuan dan diterima pakai satu negara. Yang nie baru nampak kesepaduan. Buat apa nak dibeza-beza.

gambar dari http://mohdfazli.wordpress.com/
Dok search mengenai perhimpunan ini ternampak satu gambar baner tertulis "Melayu Sepakat Islam Berdaulat". Tak tau nak kata apa dah. Dah lari tajuk. Ini mengenai umat Islam bukan umat Melayu, tak kira apa bangsa sekali pun India, cina, mat saleh, iban dan sebagainya. Jangan minda hadkan bila Melayu itu mesti Islam.
 
Apa-apa pun nie dia resolusinya:

Berikut adalah 10 resolusi Perhimpunan Sejuta Umat

1) Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.

2) Kerajaan yang memerintah baik diperingkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dari perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara yang dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

3) Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebeagai kandungan utama.

4) Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segara menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan.

5) Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada aqidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

6) Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

7) Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.

8) Menyeru semua institusi dalam masyarakyat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.

9) Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

10) Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

Langkawi - Hari 3: Pantai Pasir Hitam

Sampai ke Pantai Pasir hitam hampir jam 6 petang. Dah lewat. Tapi dah lalu singgah juga lah, kalau tidak bila lagi.
Pantai Pasir Hitam
Disediakan tempat parking yang luas juga. Masa sampai pengunjung dah tak berapa ramai. Kita akan nampak kedai-kedai cenderamata dan makanan. Pantai tak nampak lagi. Selepas melalui kedai-kedai tersebut, kita terpaksa turun melalui tangga yang di sediakan dan baru berjumpa dengan pantai.
Pasir pantai disini taklah keseluruhan berwarna hitam tapi bertompok-tompok disini-sana bersama dengan pasir biasa.

Ada cerita dongeng mengenai kenapa pasir disini berwarna hitam. Aku ambil dari info yang telah di letakkan berdekatan pantai.

" Menurut satu dongeng tempatan, kewujudan pantai dengan pasir berwarna hitam ini adalah berpunca daripada perang saudara di antara Kerajaan Darat dan Kerajaan Laut. Peperangan ini berpunca daripada puteri duyung dari Kerajaan Laut telah jatuh cinta dan melarikan diri bersama putera raja Kerajaan Darat. Perang ini ternyata berat sebelah kerana Kerajaan Laut mempunyai bala tentera yang lebih ramai berbanding Kerajaan Darat.

Walaupun begitu, Kerajaan Darat sangat beruntung kerana mempunyai seorang pendeta yang mencadangkan satu rancangan untuk memenangi peperangan tersebut.

Sang pendeta telah mengarahklan rakyat untuk mengumpul kayu api sebanyak mungkin  di sepanjang pantai. Menjelang senja, kayu api yang sangat banyak ini telah di bakar sehingga apinya dapat di lihat dari kejauhan. Tentera Kerajaan Laut menyangka api tersebut adalah api obor yang di bawa oleh ribuan tentera Kerajaan Darat. Mereka pun melarikan diri.

Pasir pantai telah dikatakan terbakar bersama-sama kayu api dan kesannya terus kekal sehingga kini. Bagaimanapun kehitamannya tidak sama warna arang. Sekiranya anda menggali beberapa sentimeter ke dalam, anda akan dapat meliuhat pasir pantai biasa. "

Pasir yang hitam bercampur pasir biasa
Pantai nie aku lihat tak ada orang yang mandi, lagi pun air tak berapa jernih.  Ada jeti kayu, banyak bot dan sampan nelayan yang berlabuh. Mungkin pantai ini tempat ikan mendarat sebab ada bau ikan yang kuat di sini.
Masa aku sampai dah petang dapatlah lihat matahari terbenam kat sini.
matahari hampir terbenam
Matahari terbenam menarik kat sini tapi bawa anak kecil Ahmad Firas kena balik awai. Nanti tak pasal-pasal kena sampuk benda-benda yang tak elok orang tua-tua kata. Muhammad Ammar dan Siti Sarah tak puas lagi main pasir.

Dalam perjalana nak ke kereta, melalui kedai-kedai cenderamata. Dapat di lihat ada sesetengah kedai itu membotolkan pasir hitam untuk dijual. Botol kecil saja adalah sebesar botol minyak attar.

Lokasi dari google.

View Larger Map

Pautan lain dalam siri Langkawi 3-6hb Jan 2011:

1. Langkawi Hari 1 : Perjalanan Pergi
2. Langkawi Hari 1 : Pantai Cenang
3. Langkawi Hari 1 : Restoran Hj Ramli
4. Langkawi Hari 2 : Pantai Cenang
5. Langkawi Hari 2 : Makam Mahsuri
6. Langkawi Hari 3 : Beras Terbakar
7. Langkawi Hari 3 : Galeria Perdana
8. Langkawi Hari 3 : Kompleks Kraf Langkawi
9. Langkawi Hari 3 : Pantai Pasir Hitam
10. Langkawi : Shopping...shopping...shopping

Langkawi - Hari 3: Kompleks Kraf Langkawi

Dalam perjalanan ke Galeria Perdana ada ternampak di tepi jalan papan tanda Kompleks Kraf Langkawi. Nampak macam menarik saja. Jadi lepas habis melawat Galeria kami terus ke kompleks kraf, menggunakan jalan yang sama menghala ke jalan Teluk Yu.

Dalam perjalanan lintas di hadapan Pantai Pasir Hitam. Mula-mula nak berhenti. Tapi memandangkan dah petang takut Kompleks Kraf tutup, jadi kami teruskan perjalanan ke sana dulu. Nanti kalau ada masa semasa nak balik kami akan singgah.
Kompleks Kraf Langkawi ialah 'One Stop Craft Centre' yang telah ditubuhkan di Langkawi pada tahun 1996 untuk memudahkan para pelawat mengenali dan membeli produk Kraftangan Malaysia. Maklumat lanjut : http://langkawicraftcomplex.blogspot.com/
Masa aku sampai dah lewat, hampir 5.30 petang. Tak ada lagi aktiviti demontrasi atau pertunjukan ( atau memang tak ada hari tu ). Pelawat pun sangat sedikit.
Kompleks yang luas. Banyak hasil kraftangan yang di jual seperti barangan berasaskan batik seperti baju, kain dan bekas alat tulis, anyaman, bakul dari kertas terpakai, perhiasan manik, seramik, lukisan dan berbagai cenderamata lagi.

Habis melawat, beli la serba sedikit cenderamata. Kat luar pi bilik air salin pempes Ahmad Firas dan masih ada masa lagi lalu kami ke Pantai Pasir Hitam pula.

Lokasi : Teluk Yu, Mukim Bohor
Masa lawatan :
Bayaran : Percuma, beli kena bayar.
Peta :

View Larger Map

Pautan lain dalam siri Langkawi 3-6hb Jan 2011:

1. Langkawi Hari 1 : Perjalanan Pergi
2. Langkawi Hari 1 : Pantai Cenang
3. Langkawi Hari 1 : Restoran Hj Ramli
4. Langkawi Hari 2 : Pantai Cenang
5. Langkawi Hari 2 : Makam Mahsuri
6. Langkawi Hari 3 : Beras Terbakar
7. Langkawi Hari 3 : Galeria Perdana
8. Langkawi Hari 3 : Kompleks Kraf Langkawi
9. Langkawi Hari 3 : Pantai Pasir Hitam
10. Langkawi : Shopping...shopping...shopping

Langkawi - Hari 3 : Galeria Perdana

Petang nie kami keluar menuju ke Galeria Perdana. Tempat di kumpulkan hadiah-hadiah yang Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang memerintah selama 22 tahun iaitu dari 1981 hingga 2003. Oleh kerana lamanya memerintah lalu berbagailah hadiah yang di perolehi dari berbagai sumber dari dalam dan luar negara.
Galeria Perdana
Dalam perjalanan, kami ke pekan Kuah dahulu dan ambil simpang melalui Jalan Air Hangat. Sampai di situ, lengang, tak ramai orang pun, parking sekitar kompleks banyak. Masuk dalam Geleria Perdana serupa masuk hotel, suram.
Tembikar
Koleksi kereta



Tak tau apa nak tulis sebab bukan tempat sejarah, cuma tempat simpan hadiah yang diterima oleh Tun Dr Mahathir. Dari sekecil-kecilnya ( aku pun tak tau apa yang kecil ) sehingga yang besar, kereta. Bangunan nie memang cantik, cuba tengok silingnya.

Siling penuh ukiran seperti dalam masjid


Lokasi : Kilim, Mukim Air Hangat
Masa Lawatan: Setiap hari, 8.30 pagi - 5.30 petang
Bayaran : Dewasa RM 5.00 ; Kanak-kanak RM 2.00; Warga emas RM 3.00, Kamera RM 2.00
Peta: En. google

View Larger Map

Pautan lain dalam siri Langkawi 3-6hb Jan 2011:

1. Langkawi Hari 1 : Perjalanan Pergi
2. Langkawi Hari 1 : Pantai Cenang
3. Langkawi Hari 1 : Restoran Hj Ramli
4. Langkawi Hari 2 : Pantai Cenang
5. Langkawi Hari 2 : Makam Mahsuri
6. Langkawi Hari 3 : Beras Terbakar
7. Langkawi Hari 3 : Galeria Perdana
8. Langkawi Hari 3 : Kompleks Kraf Langkawi
9. Langkawi Hari 3 : Pantai Pasir Hitam
10. Langkawi : Shopping...shopping...shopping

Langkawi - Hari 3: Beras Terbakar

Tempat ini dekat saja dengan rumah arwah tok aku. Jalan kaki saja dah sampai. Beras Terbakar satu kawasan yang kecil yang menyimpan sejarah. Terletak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. Kampung Raja waktu dahulu merupakan pusat pemerintahan Langkawi sehingga kurun ke-19. Sejarah terjadinya peristiwa beras terbakar bermula sekitar 200 tahun dahulu dimana Dato' Karma Jaya telah memerintah penduduk untuk menanam beras simpanan dan dibakar ketika mendapati Langkawi akan kalah dengan Siam.  Layari laman web kat bawah ini untuk cerita yang panjang.
 http://sasterarakyat-kedah.com/?cat=21

Luas kawasan beras terbakar ini 30 kaki persegi dan sedalam 3 kaki. Kawasan ini telah berpagar. Dulu tak dipagar, pelancong boleh mengutip beras di situ. Di ceritakan bila hujan turun beras-beras ini akan timbul.
Pasir kawasan tu ada kesan-kesan hitam, tak pasti beras atau sekadar tanah sahaja. Beras terbakar ada di letakkan dalam bekas kaca untuk tatapan di penjuru pagar. Peristiwa beras terbakar ini juga ada kena mengena dengan sumpahan Mahsuri.
Membaca kisah Beras Terbakar dan melihat Beras Terbakar yang diletakkan dalam bekas kaca.
Kawasan beras terbakar terletak di kawasan rumah seorang penduduk kampung. Rumah dia memang cantik, terutama tangganya.


Macam biasa kawasan jalan untuk menuju ke kawasan Beras Terbakar berderet kedai yang menjual cendrahati, minyak gamat, kain pelikat / batik dan macam-macam lagilah.

Lokasi : Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat
Masa lawatan: Datanglah bila-bila masa, jangan ganggu orang kampung sudah.
Bayaran : Dermalah seikhlas hati.
Peta : En Google.

View Larger Map

Pautan lain dalam siri Langkawi 3-6hb Jan 2011:

1. Langkawi Hari 1 : Perjalanan Pergi
2. Langkawi Hari 1 : Pantai Cenang
3. Langkawi Hari 1 : Restoran Hj Ramli
4. Langkawi Hari 2 : Pantai Cenang
5. Langkawi Hari 2 : Makam Mahsuri
6. Langkawi Hari 3 : Beras Terbakar
7. Langkawi Hari 3 : Galeria Perdana
8. Langkawi Hari 3 : Kompleks Kraf Langkawi
9. Langkawi Hari 3 : Pantai Pasir Hitam
10. Langkawi : Shopping...shopping...shopping