Motor Besar

Petang, sebelum sampai kerumah singgah di gerai Mak Cik jual lauk di Bertam Indah. Bungkus lauk nak bawa balik. Sampai di gerai itu parking lah kereta tak berapa jauh dari gerai tersebut sebab di hadapan gerai ada beberapa kenderaan sudah parking disitu. Di hadapan gerai tersebut ada lah beberapa kereta dan motor. Aku tertarik dengan sebuah motor besar ( orang panggil super bike la tu, tayar besar, tangki minyak besar, enjin besar) jenis Kawasaki. Tak ingat nombor pulak, kalau ingat pun aku tak tulis kat sini. Memang ganas la, mungkin harganya pun sama dengan kereta aku.

Macam biasa aku pun bungkus lah lauk. Di sebelah aku ada seorang Bang Mat (nama kan saja Bang Mat, sebab aku pun tak tahu nama dia ) sedang bungkus lauk juga, siap pakai pakaian mat motor lengkap dengan jekat, seluar, kasut.... boleh kata complete set lah dia pakai. Mungkin dia naik motor besar tu kot. Biarkan lah. Aku terus ambil lauk.

Dalam dok tengah ambil lauk tu, ada lah terdengar perbualan Mak Cik gerai dangan Bang Mat tadi. " Boleh ka bawak bungkus nie?". Dia balas balik nak cuba dulu. Aku lihat sebelah, oooo... dia lah yang empunya motor besar tu. Dia dok cuba pegang bungkusan tu. Mak Cik tu tanya lagi, soalan lebih kurang macam tadi juga. Bang Mat nie rasa tak boleh bawa kot, lalu di beritahu Mak Cik tu, "Saya bawa balik satu dulu sat gi saya mai ambik lain" lebih kurang lah dia cakap macam tu. Lalu dia naik motor terus balik. Untuk tak menyusahkan pelanggan tadi, Mak Cik tadi suruh anaknya bawa sebugkus lagi makanan ke rumah Bang Mat tadi. Di capainya moto cub chai di tunggang mengekori Bang Mat tadi.

Moral dari cerita tersebut...... lu pikir la sendiri.

Berkhatan - Ammar

3/12/2010 (malam) terima panggilan dari Klinik Bestari, temujanji yang dibuat untuk berkhatan Muhammad Ammar terpaksa di tunda ke petang lebih kurang jam tiga petang. Sebelum itu kami dah buat temujanji dah lama, hampir 3 minggu. Klinik ini dipilih sebab dapat memilih tarikh dan masa. Kami telah tempah untuk berkhatan pada 4/12/2010 , Sabtu ( tak ada apa-apa makna dalam tarikh ini cuma untuk perancangan cuti panjang sebab boleh di sambung dengan cuti Awal Muharram ) jam yang seawal mungkin dan nombor satu sebab tak mahu dia dengar apa yang tak sepatutnya dengar, macam bunyi budak lain menangis atau menjerit. Lalu dapatlah jam 10.00 pg jadi orang pertama.

Diberitahu ditunda sebab doktor ada kematian di Pauh Jaya. Kami tak mau la tunda sebab takut Ammar berubah fikiran dan juga menganggu persiapan kenduri kesyukuran yang akan diadakan lepas Isyak. Jadi talifon balik Klinik Bestari supaya dapat buat pagi itu juga. Lalu diberitahu dia akan berbincang dengan doktor dahulu dan akan hubungi kami semula. Ok lah. Tunggu-tunggu tak ada panggilan, jadi kami talifon semula klinik. Diberitahu doktor sedang berkhatan di Pauh Jaya. Aikkk...kata ada kematian selepas itu kata sedang buat khatan disana pula. Tanya lagi, kenapa tak boleh buat pagi esok?. Dia cakap doktor buat khatan di Pauh Jaya dahulu dan temujanji di Klinik Besari Bertam Indah di tunda ke petang. Macam mana boleh jadi macam nie. Tak puas hati dengan jawapan dia, minta dibuat juga awal. Lalu setelah dia berbincang dengan doktor, di beritahu kalau nak jam 9pag. Kami OK saja. Lagi cepat lagi bagus.

Keesokkannya awal pagi seperti yang dijanjikan, acara pertama mandi kolam. Kira macam yang selalu masuk berita TV tuuu...tapi mereka kena sembur air bomba tapi aku sembur air paip dah la dan tak ada la VIP yang datang.

Selepas bersiap terus ke klinik Bestari. Dalam kereta memang ceria dan penuh minat nak berkhatan.

Ada lah dalam jam 9.20 pg masuk kedalam bilik pembedahan. OK lagi. Doktor cubit paha bagi tahu rasa berkhatan macam tu. Ammar kata OK boleh tahan. Lalu diletakkan kain diatas dada Ammar supaya dia tak dapat lihat apa yang berlaku. Doktor buat persiapan seperti ubat bius dan sebagainya. Kami pun layan la dia sembang.

Sampai bahagian kena cucuk dengan ubat bius, apa lagi meraung la. Kami dan juga pembantu kat situ terpaksa pegang kaki dan tangan dia. Bius dicucuk ada la dalam 3 ke 4 jarum. Macam-macam ayat keluar dari mulut budak ni. Doktor jahat la, sakit gila, tak mau mai klinik nie dah, entah macam-macam yang keluar. Bagi la main apa dia nak, bagi handphone lah lepas jemu bagi kamera pula. Dalam dia dok ambil gambar tu dok tengok dia jangan ambil gambar tempat doktor sedang proses. Nie salah satu yang dia ambil.

Tiba-tiba dia kata sakit balik. Kena pegang kaki dan tangan dia balik. Katanya sakit. Mungkin ada ubat bius yang masuk tak cukup masa dia meronta tadi. Doktor kena bagi sejarum lagi. Kelupur lagiii. Teriak tok sah cakap la. Ayat power " Doktor Bodohhh" pun keluar. Masa dia kelupur tadi kain atas dada dia tertepis ketepi lalu rasanya dia nampak apa yang doktor buat. Lagi kuat dia meraung. Jenuh kena pujuk. Cadangan aku lah klinik yang menjalankan berkhatan perlu buat satu tempat atau hadangan yang lebih sempurna supaya budak-budak tak boleh lihat apa yang berlaku, bukan letakkan kain di dada sahaja.

Habis di gunting dijahit pula. Masa ini dia dah sedar apa yang doktor sedang buat jadi susah juga nak pujuk. Dia kata sakit, tak tahu lah perasaan saja atau betul-betul. Kena pegang kuat-kuat. Ada orang kata ada cara mudah dan tak sakit, cara laser. Tapi kat sini mungkin cara ini sahaja kot macam cara doktor dulu-dulu. Aku pun tak tanya cara apa yang mereka nak guna kat klinik ini ketika pendaftaran.

Adalah dalam setengan jam, Alhamdulillah siap. Anak aku bangkit kena pegang sikit tapi tak nampak teruk pun dia jalan. Mungkin ubat bius ada lagi. Kena pakai kain pelikat lah supaya tak kena tempat luka. Terima kasih kepada doktor yang melakukan khatan.

Sampai di rumah, macam biasa orang berkhatan, kena gantung kain. Seperti yang dijanjikan kereta kawalan jauh Flash adn Dash. Senyum balik dia.
Satu untuk dia dan satu lagi untuk kakak dia. Kakak yang selalu memberi semangat dan menolong adik dia.
Sebelum berkhatan, ada lah dalam 2 ke 3 bulan lepas. Dia memang nak sangat berkhatan. Diceritakannya bahawa kawan dia cerita berkhatan tu sangat mudah cuma buang kulit kat luar tu saja. Jadi boleh dikatakan hari-hari dia cerita nak berkhatan. Siap minta ibu dia potong. Ishhh... kira kemaruk nak berkhatan la nie. Jadi kami pun daftarkanlah pada musim cuti sekolah tahun ni. Jadi sampai ke hari nak berkhatan pun dia masih tak tahu proses sebenar berkhatan. Kami pun tak mahu cerita lebih-lebih nanti tak mau pulak dia. Dia tak tahu cara sebenar lagi mudah. Jika dia tahu nanti nak kena pujuk pula. Hari ini alhamdulillah selesai.

Pada malamnya selepas Isyak di adakan bacaan yasin yang di ketuai oleh Ustaz Sohail dan kenduri kesyukuran. Tamat lah satu hari yang penuh bermakna dan letih. Semoga anak aku menjadi seorang anak yang soleh dan beriman kepada Allah SWT, aminn.

Restoran Garden Seafood

Hari ini aku berpeluang ke Tanjung Malim lebih tepat ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI ), lihat sistem AV mereka, dah tengahari. Kami dibawa ke sebuah restoran berhampiran katanya Restoran Ayam Kampung. Katanya memang sedap dan dia buka hanya dari jam 12 tengahari samapi jam 3 petang sahaja. Kalau lewat makanan habis. Kami sampai ada lah dalam jam 2 petang lebih sikit. Tak ada pula papan tanda nama restoran tu dan keadaan restoran tu pun macam dah uzur sikit. Hampir dah nak masuk, keluar balik, makanan dah nak habis.

Dicadang pula sebuah restoran. Lalu mereka bawa kami melalui jalan yang sama ke sederet rumah kedai. Berhenti kat sebuah kedai makan Cina. Yang ini nampak kat luar dah tahu bukan Cina muslim tapi Cina kapir tak macam aku masuk hari itu Restoran Cina Muslim Mohd Chan. Restoran Garden Seafood.

Dalam kumpulan kami ada staf UPSI beragama Islam, selamba saja masuk. OK la tu. Aku pun masuk sekali. Kat pintu kaca ada logo halal. Dalam restoran ini boleh kata ramai juga pengunjung termasuklah yang Islam. Maksudnya memang dah dikenalilah dengan kehalalannya.

Didalam Diletakkan meja bulat bersama kerusi kayu. Dinding pula dihiasi dengan jam-jam lama. Suasana suram seperti berada dizaman lampau.

Ada sebuah meja diletakkan gambar mungkin gambar diawal pembukaan kedai itu bersama dengan beberapa gambar artis rasanya.

Menu yang diberikan ada dalam 2 bahasa, Ingeris dan Cina. Order diambil oleh pelayan berbagsa cina dan makanan datang boleh dikatakan cepat dan panas-panas.

Selapas mengambil menu, cabai melaka ( cili padi) hancur bersama bawang putih hancur dihidangkan diatas meja dulu.
Mereka kata cili dan bawang putih ini adalah cara cina makan. Mereka akan campurkan cabai dengan bawang putih bersama kicap masin yang telah diletakkan diatas meja tersebut.

Mula-mula sekali tom yam datang. Rasa ok sahaja, maklumlah ini bukan restoran thai jadi jangan complain.
Tauhu goreng bersama sos kacang, fuhhhh sedappp, datang berasap.

Ayam masak apa entah. tapi memang sedap

Makanan kesihatan, sayur kangkong goreng.

Udang goreng mentega.

Ikan kerapu masak apa aku pun tak tahu. Bukan masam manis atau tiga rasa. Ikan garing, ini yang aku suka dan sos memang sedap tapi sedikit.

Staf UPSI yang ada bersama kami beritahu bahawa premis ini sentiasa dipantau oleh Jabatan Agama Islam dan beiau pernah melihat pegawai dari pejabat agama datang. Bersebelahan kaunter bayaran dilekatkan sijil-sijil dari kementerian.

Tempat masak di buat dinding kaca jadi pengunjung boleh melihat aktiviti didalam dapur. Ada juga pekarja Islam yang bertugas.

Restoran ini terbahagi kepada 2 bahagian, satu berhawa dingin dan satu lagi tidak untuk sesiapa yang merokok. Kebersihan dijaga dengan baik.

Dengar cerita Tanjung Malim kekurangan kedai makan yang diusahakan oleh orang Islam diwaktu siang. Betul kah???

Kepada yang meminati masakan cina dan halal ini alamatnya.

Alamat :
Restoran Garden Seafood
7 & 8 Jalan Wangsa Utama
Taman Wangsa
35900 Tanjung Malim

Tel: 05- 4583398

Update sikit.
Peta nak ke restoran nie, lihat Google Map kat bawah:

Hari Ihtifal 2010

Hari ini merupakan hari yang bersemangat untuk kedua-dua anak aku. Mereka akan buat persembahan dan juga terima hadiah diatas pencapaian ketika berada di Tadika Kahlifah Intelek dan Pra-Tahfiz Cikal.

Seawal 7.30 pagi makan apa yang patut sebab kat sana diberitahu tak disediakan makan pagi. Jam 8.00 pagi kami sampai di Sekeolah Menengah Sains Kepala Batas. Acara akan diadakan didalam Dewan Besar disitu.

Semasa kami sampai kedatangan ibu bapa masih tak ramai. Ibu bapa boikot acara ini ka? sebab tak dapat surat dari pihak tadika. Mungkin pihak tadika sedang menjalankan program GREEN.

Acara dimulai dengan bacaan doa oleh adik Arif Hilmi untuk memberkati majlis dipagi ini.
Program diteruskan denga bacaan bacaan ayat Al-Quran dan terjemahan oleh adik Nur Aqilah dan Muhammad Irfan.
Diterusaka lagi acara denga diperdengarka hafazan yasin.

Untuk menghangatkan majlis, ceramah motivasi.


Selepas motivasi, acara diteruskan dengan alunan Azan oleh pelajar Pra-Tahfiz Cikal.
Persembahan pergerakan pelajar PG. Anak-anak 4 tahun. Meriah.

Lakonan pelajar K2. Mengisahkan perjalanan hidup Sheikh Kadir Jalani.
Pelajar K1 pula mengambil bahagian dengan Tarian Bunga.

persembahan ini muhammad Ammar ambil bahagian sebagai katak. Katak pisang....hijau.

Diantara persembahan ini diadakan penyampaian hadiah untuk anak-aak Pg dan juga cabutan bertuah. Tapi aku tak berapa betuah. tengok orang lain dapat saja la.
 
Ini adalah persembahan Taekwondo oleh anak-anak Cikal da juga oleh peserta luar.

Selesai sahaja persembaha taekwondo, acara penyampaian anugerah. Anugerah Pelajar Akhlak Mulia, Hafazan Terbaik, Berketerampilan, Harapan dan Anugerah Pelajar Khas. Anak aku dapat Hafazan Terbaik.
Selesai penyampaian anugerah, persembahan diteruskan dengan persembahan dari pelajar Pra-Tahfiz dengan tajuk Di Alam Barzakh. Siti Sarah ambil acara nyanyian.


Koir dari anak-anak K1 dan K2 pula menyusul. Muhammad Ammar ambil bahagian dengan penuh semangat menyanyi. Lelaki baju putih seluar hitam dan perempaun gaun merah. Baju-baju yang dipakai tu bukan sponser tau. Baju-baju tu mak bapa yang kena sediakan. Kalau tak ada anak tak boleh naik pentas. Ada  mak bapa yang sanggup lihat anak tak naik pentas selepas sekian lama berlatih?
Kami beli lah seluar hitam dengan baju sekolah, sekarang seluar hitam saja yang dipakai, baju putih lengan panjang simpan, pakai cepat kotor dan panas. Yang ada anak perempuan kena sediakan gaun merah,  Gaun ditempah oleh tadika , mak bapa bayar saja  kat tadika ( tak ingat berapa harga dia ).  Nak tanya sikit anak siapa yang masih pakai gaun nie selepas pertunjukan??? Aku selalu kata kat anak aku " Mambazir itu amalan syaitan", jadi sekarang siapa yang membazir ??. Bayar mahal-mahal untuk keseronokan dan kebanggaan tak sampai setengah jam.

Lain kali kalau boleh pakaian-pakaian yang akan digunakan untuk pertunjukan disediakan oleh puihak tadika. Selepas pertunjukan disimpan untuk acara akan datang. Kasihan kepada ibu bapa yang tak berkemampuan. Memang kita berkehendakkan kepada kecantikan dan kesempurnaan tetapi biarlah berpada-pada.

Nasyid pula menyusul oleh penyanyi import. Suara boleh tahan.

Diteruskan dengan acara Penyampaian hadiah keseluruhan untuk K1, K2, Pra-Tahfiz dan Anugerah Cemerlang 2010. Siti Sarah dapat tempat kedua untuk Pra-Tahfiz.
Persembahan terakhir, nyanyi beramai-ramai.
Tammatttt....acara terakhir...makannnnn.
Habis saja makan, cik gu dok berbaris nak ambil gambar. nak-anak aku menempek bergambar denga guru-guru.
Cikgu pun nak rasa juga jadi kanak-kanak main belon. Cikgu Atikah sedang buka belon untuk diberi kepada kanak-kanak.

Ibu kanak-kanak juga nak bergambar denga guru-guru.

Acara tamat lebih kurang jam 1 tengahari. Ini slide show acara pagi ini.



Gambar lain boleh didapati dalam Photobucket aku.

Dah Pakai Spek Mata

Muhammad Ammar dah pakai spek. Sebelum ini dok tengok dia selalu tengok dok dekat nonton TV. Ingat OK kot, mungkin dia suka nonton dekat. Yang selalu kami syak ada masalh mata kakak dia siti sarah sebab bila berada di kawasan cerah dia selalu mengadu silau.

Adalah dua ke tiga kali pergi kat kedai kaca mata suruh mereka periksa mata siti sarah. Kebanyakan kata masih diperingkat normal walau ada sedikit silau, jadi tak perlu spek mata. Dah sampai situ, Muhammad Ammar juga diperiksa dan mereka kata silau dia tinggi dan ada rabun jauh. Masa kami ke kedai kaca mata ada yang pekedai itu kata kena buat spek sebab ini akan bertambah teruk jika biar lama-lama. Ada juga yang kata tak boleh periksa sebab dia masih kanak-kanak dan perkembangan mata belum sempurna. Mereka nasihat jumpa pakar.

Isnin lepas kami ke kedai spek mata yang kat Pusat Bandar Bertam Perdana, Matahari Optometri. Sebuah syarikat bumiputra. Selepas dia periksa Muhammad Ammar dia juga nasihat pakai spek mata. Dia pun macam suka saja nak pakai spek, jadi terus buat. Pilih la bingkai yang ada sale kat situ. Tak boleh pilih yang mahal-mahal, tak tau apa nak jadi lagi selepas ini. Biar dia biasa pakai dulu.
Hari ini terima panggilan talifon dari Matahari optometri dia kata spek dah siap. Tak mau pi ambil lagi. Balik ajak Muhammad Ammar pi sekali, baru best tengok dia punya gaya.

Dia punya suka pakai spek, katanya lebih cerah dan nampak lebih jauh. Nie dok tengah test spek baruu.

Gigi Pertama Hilang

Ini dia gigi pertamaMuhammad Ammar telah dicabut oleh dR Adi.