Semasa kami sampai kedatangan ibu bapa masih tak ramai. Ibu bapa boikot acara ini ka? sebab tak dapat surat dari pihak tadika. Mungkin pihak tadika sedang menjalankan program GREEN.
Acara dimulai dengan bacaan doa oleh adik Arif Hilmi untuk memberkati majlis dipagi ini.
Selepas motivasi, acara diteruskan dengan alunan Azan oleh pelajar Pra-Tahfiz Cikal.
Ini adalah persembahan Taekwondo oleh anak-anak Cikal da juga oleh peserta luar.
Selesai sahaja persembaha taekwondo, acara penyampaian anugerah. Anugerah Pelajar Akhlak Mulia, Hafazan Terbaik, Berketerampilan, Harapan dan Anugerah Pelajar Khas. Anak aku dapat Hafazan Terbaik.
Selesai penyampaian anugerah, persembahan diteruskan dengan persembahan dari pelajar Pra-Tahfiz dengan tajuk Di Alam Barzakh. Siti Sarah ambil acara nyanyian.

Koir dari anak-anak K1 dan K2 pula menyusul. Muhammad Ammar ambil bahagian dengan penuh semangat menyanyi. Lelaki baju putih seluar hitam dan perempaun gaun merah. Baju-baju yang dipakai tu bukan sponser tau. Baju-baju tu mak bapa yang kena sediakan. Kalau tak ada anak tak boleh naik pentas. Ada mak bapa yang sanggup lihat anak tak naik pentas selepas sekian lama berlatih? 
Kami beli lah seluar hitam dengan baju sekolah, sekarang seluar hitam saja yang dipakai, baju putih lengan panjang simpan, pakai cepat kotor dan panas. Yang ada anak perempuan kena sediakan gaun merah, Gaun ditempah oleh tadika , mak bapa bayar saja kat tadika ( tak ingat berapa harga dia ). Nak tanya sikit anak siapa yang masih pakai gaun nie selepas pertunjukan??? Aku selalu kata kat anak aku " Mambazir itu amalan syaitan", jadi sekarang siapa yang membazir ??. Bayar mahal-mahal untuk keseronokan dan kebanggaan tak sampai setengah jam.
Lain kali kalau boleh pakaian-pakaian yang akan digunakan untuk pertunjukan disediakan oleh puihak tadika. Selepas pertunjukan disimpan untuk acara akan datang. Kasihan kepada ibu bapa yang tak berkemampuan. Memang kita berkehendakkan kepada kecantikan dan kesempurnaan tetapi biarlah berpada-pada.
Nasyid pula menyusul oleh penyanyi import. Suara boleh tahan.
Diteruskan dengan acara Penyampaian hadiah keseluruhan untuk K1, K2, Pra-Tahfiz dan Anugerah Cemerlang 2010. Siti Sarah dapat tempat kedua untuk Pra-Tahfiz.
Persembahan terakhir, nyanyi beramai-ramai.
Kami beli lah seluar hitam dengan baju sekolah, sekarang seluar hitam saja yang dipakai, baju putih lengan panjang simpan, pakai cepat kotor dan panas. Yang ada anak perempuan kena sediakan gaun merah, Gaun ditempah oleh tadika , mak bapa bayar saja kat tadika ( tak ingat berapa harga dia ). Nak tanya sikit anak siapa yang masih pakai gaun nie selepas pertunjukan??? Aku selalu kata kat anak aku " Mambazir itu amalan syaitan", jadi sekarang siapa yang membazir ??. Bayar mahal-mahal untuk keseronokan dan kebanggaan tak sampai setengah jam.
Lain kali kalau boleh pakaian-pakaian yang akan digunakan untuk pertunjukan disediakan oleh puihak tadika. Selepas pertunjukan disimpan untuk acara akan datang. Kasihan kepada ibu bapa yang tak berkemampuan. Memang kita berkehendakkan kepada kecantikan dan kesempurnaan tetapi biarlah berpada-pada.
Nasyid pula menyusul oleh penyanyi import. Suara boleh tahan.
Gambar lain boleh didapati dalam Photobucket aku.
No comments:
Post a Comment