Langkawi - Hari 1 dan 2 : Perjumpaan Anak Cucu Tok Minah & Tok Saad

Selepas rehat sekejap petang sikit kami berangkat ke rumah Tok Minah. Acara akan bermula malam nie. Segala persiapan untuk menyambut kedatangn anak cucu cicit giat disempurnakan.
Perhimpunan Keluarga Tok Minah dan Tok Saad.  Dengan tag line "Sireh pulang ke gangang" "Ikan pulang ke lubuk"
Penuh depan rumah dengan kereta.

Sementara menunggu maghrib, bawa nak-anak lewat Beras Terbakar. Entah berapa kali lawat tak tau lah. Jalan kaki saja.
Rumah yang pasti menadapat perhatian kat Beras Terbakar.

Beras terbakar.

Sebelum sampai rumah tok, terjumpa tok nek yang masih mengusahakan atap rembia. Atap-atap rembia nie banyak ditempah oleh hotel-hotel dan chelet. Warisan yang hampir pupus.

Malam nie acara bermula, selepas sembahynag maghrib diadakan bacaan Yasin dan Tahlil untuk arwah-arwah.

Selesai tahlil dan Yassin, masa masih panjang menunggu Isyak pula. Dan kebetulan berkumpul ramai-ramai jadilah acara tambahan. Pengkisahan sejarah Tok Minah dan Tok Saad.  Kisah dari Thai sampai ke Langkawi. Pakat-pakat kongsi cerita.
Bapak aku nie boleh tahan usaha cari salasilah keluarga. Cari adik beradik sampai ke Thailand.

Pengkisahan sejarah.


Selesai sembahyang Isyak, apa lagi makannn. Acara nie menjadi penutup untuk malam nie, tapi acara sembang dan persiapan untuk esok tetap berjalan.
Nasi kandar stail mamak, warna kuning.
~~~~***~~~~

Pagi hari kedua, 13hb Disember 2014 pakat-pakat berkumpul semula.
Pembesar suara kena ada. Kalau tak dak jenuh tempik buat pengumuman.

Tuuu dia berasap satu rumah, bakar segala jenis lauk.

Kalau sampai Langkawi satu makanan yang terkenal kat sini dan tak terdapat di negeri lain, kira eksotik la. Kat negeri lain pun ada tapi rakyat dia tak tau nak makan macam mana. Tapi kat sini dijadikan hidangan yang sedap, nie la namanya beronok. Ada juga yang sebut timun laut (sea cucumber). Sejenis haiwan la kot sebab hidup. Beronok nie ada musimnya dan akan naik dan terdampar kat pantai atau dalam air yang cetek.

Beronok.

Nak tau bagai mana hasil beronok nie? baca sampai habis. Sementara ibu dah ayah dok buat persiapan makan tengahari dan juga sembang-sembang, anak-anak meneroka kawasan. Berkenal-kenalan dengan adik beradik.

Masa nie la anak-anak dapat kenai sepupu sepapat mereka.

Acara untuk pagi nie ialah meneka bilangan cekelat dalam balang. Setiap keluarga isi satu borang dan teka bilangan cekelat.
Para juri teka bilangan cekelat sedang menjalankan tugas.

Cekelat dah dikira lepas nie baru tahu sapa yang kenaaaa.

Tuuu dia ada hadiah untuk yang teka bilangan cekalat hampir tepat. Mak Nyang sebelah kiri, tulang belakang program perjumpaan nie.

Bebudak maa nie la boleh main pasir. Aku masa kecik-kecik dah puas main pasir kat sini.


Selesai acara meneka bilangan cekelat dalam balang, tak berapa lama makan tengahari dah siap. Apa lagi balunnnn. Lihat kat bawah hasil dari beronok.
Makanan dah terhidang.

Nie dia hasil dari beronok. Kerabu beronok. Resepi buat kerabu nie ke na tanya otai-otai yang dok kat Langkawi.

Close Up sikit kerabu beronok. Beronok dimakan mentah. Kalau masak alamat jadi air lah. Mabelassss.

Acara terakhir sekali ialah bergambar beramai-ramai. Macam-macam susunan ada. Dari posing ikut famili sampai posing untuk sinior, taraf-taraf tok wan la tuuu.

Anak dan menantu arwah Tok Minah dan Tok Saad.

Bila lagilah nak dapat berkumpul sedara mara nie. Memang seronok dok berhimpun sekali sekala nie. Moga dimurahkan rezeki dan dipanjang usia dapt berjumpa lagi.

Walau acara dah selesai tapi tak balik lagi, banyak lagi agenda untuk anak-anak.


Pautan lain dalam siri Langkawi 12 - 15hb Disember 2014:

1. Langkawi : Roro atau Feri Biasa
2. Langkawi : Perjumpaan Anak Cucu Tok Minah Tok Saad
3. Langkawi : Kilim Geoforest Park
4. Langkawi : Pantai Cenang dan HIG Kompleks


Langkawi - Hari 1 : Langkawi Roro Atau Feri Biasa?

Lama juga bersusah payah mak penakan dan ipar duai aku merancang nak buat Perjumpaan Anak Cucu Tok Minah, nak merapat dan berkenal-kenalan balik antara cucu cicit. Yang menjadi ketua ialah Mak Nyang aku lah. La nie anak cucu cicit dok merata, kadang-kadang dah macam tak berapa nak kenai. Arwah Tok Minah nie adalah tok sebelah arwah mak aku, dok kat Beras Terbakar, Padang Maksirat. Pusing sana pusing sini maka dengan rasminya terpilihlah 12 dan 13hb Disember 2014 hari Jumaat untuk dibuat program. Boleh kata hampir semua bersetuju nak datang. Boleh tahan ramai juga kaum kerabat.


Dah alang-alang nak sampai Langkawi, apa lagi masuk sekalilah pekej jalan-jalan bersama keluarga ke sana. Jimat sikit tambahan pula anak-anak cuti sekolah akhir tahun. Jadi kami set dok Langkawi 4 hari 3 malam, 12 hingga 15 Disember 2014. Sekarang dah ada perkhidmatan bawa kenderaan bersama penumpang ke sana, kami baru tahu. Macam menarik juga. Oleh kerana perjalanan dengan bala tentera seramai 6 orang dok congak-congak untuk kesana dengan bawa kereta sekali atau naik feri biasa saja.

Search kat internet, dapatlah syarikat Langkawi Roro menyediakan perkhidmatan tersebut. Boleh booking online. Tak silap aku return ticket dalam RM360.00. Driver naik percuma tapi setiap penumpang dewasa kena RM36 dan kanak-kanak RM26 dan bayi RM6 (lihat gambar kat atas). Kena buat matematik la pulak.
Harga perkhidmatan Langkawi Roro. Gambar dari blog sumijelly.com

  • MPV = RM360.00
  • Driver = RM0 - aku lah tu, percuma
  • Isteri = RM36.00 - dah tentu terlebih umuq
  • Anak-anak = RM26.00 x 4 orang = RM104.00
  • Jumlah semua = RM 500.00

Tak pa lah lepas tu cari pula feri biasa. Abang aku telah beli tiket online saja. Jadi aku pun rasanya kena cari yang online juga lah sebab masa cuti sekolah orang ramai. Nak beli on the spot kadang-kadang kena beratur panjang. Langkawi Ferry Line Venture menyediakan booking feri online. Dok tengok jalan sehala saja. Nanti balik beli lainlah. Mana tau kot-kot nak tambah hari lagi. Mathematik lagi...

  • Dewasa = RM 18.00 x 2 orang = RM 36.00
  • Kanak-kanak = RM 13.00 x 4 orang = RM 52.00
  • Convenience fee = RM 22.00 (Nie kad kredit punya untung)
  • Sewa kereta 3 hari = RM 300.00 (Anggaran saja. Hari pertama tak ambil. )
  • Jangan lupa parking kat Kuala Perlis kena bayar, anggaran 4 hari = RM 40.00
  • Tiket balik untuk sekeluarga = RM 88.00 (Bayar tunai tak perlu convenience fee)
  • Jumlah semua = RM 538.00

Jumlah bayaran hampir sama. Sekali lagi dok congak sana congak sini baik buruk antara kedua kaedah tu.

Kebaikan Roro:
  1. Dapat bawa kereta dan penumpang terus ke Langkawi jadi tak perlulah kalut-kalaut punggah barang sana sini.
  2. Tak perlu kalut cari kereta sewa. Musim cuti sekolah harga kereta sewa berlipat harganya.

Manakala keburukan menaiki Roro ialah:
  1. Kena  berada di jeti 2 jam awal. Dalam percutian, masa amat berharga.
  2. Kena buat booking sekurang-kurannya 3 hari awal (bukan boleh beli on the spot). 
  3. Perjalanan yang lama di dalam Feri. Kalau ada anak kecil bawalah apa-apa yang patut.
  4. Sesuai jika yang nak bermalam lebih dari 4 hari.
  5. Setiap hari ada satu trip saja. Kalau terlepas alamat dok lah semalam dua smentara nak dapat yang lain.

Kebaikan guna feri:
  1. Bilangan perjalanan yang banyak setiap hari. Boleh pilih tarikh dan masa yang sesuai.
  2. Tiket boleh dibeli di jeti atau secara talian.
  3. Tak perlu berada sangat awal di jeti sebelum berlepas.
  4. Masa perjalana yang singkat lebih kurang 30 minit saja.

Manakala keburukan jika menggunakan feri biasa:
  1. Kenderaan terpaksa parking di jeti Kuala Perlis/Kuala Kedah. Harga ketika musim cuti boleh tahan mahal.
  2. Tempat menunggu feri kadang-kadang sesak terutama musim cuti. Kadang-kadang terpaksa berdiri sebab manusia lebih ramai dari kerusi.
  3. Barang-barang yang nak dibawa kena angkut naik turun feri. Yang nie memenatkan tambahan dengan bebudak kecil.
  4. Sampai Lnagkawi terpaksa cari teksi atau kereta sewa. Serupa juga musim cuti sekolah harga boleh tahan mahal.
Cetakan tiket feri.

Campur sini tolak sana kami pilih feri biasa saja sebab masa. Kena berada di jeti dua jam awal dan juga masa berada dalam feri yang agak lama. Lagi pun kalau nak sambung cuti sukar nak tukar tarikh. Sebelum bertolak juga kami dah cari kat internet syarikat-syarikat dan orang-orang yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Nanti sampai sana boleh hubungi.

 Jadi awal pagi 12hb Disember kami ke Jeti Kuala Perlis. Tiket sehala sahaja dah di booking dua hari sebelum bertolak dan dah di cetak tiketnya.
Sarapan pagi kat Kuala Perlis, boleh tahan mahal.

Sesampai di Jeti, macam biasa ada tonto jaga parking yang menyapa, suruh parking tempat mereka. Ikut sajalah, musim cuti sekolah harga parking bukan boleh tawar manawar sangat. Lepas hantar isteri ngan anak-anak ke jeti aku pandu ikut tonto ke tempat parking. Tak jauh pun, dekat sebuah hotel berhadapan jeti saja.
Park kereta kat belakang Kuala Perlis Seaview Hotel.

Orang boleh tahan ramai, nasib baik beli tiket online, tak payah nak beratur beli tiket. Nie pertama kali beli dalam talian jadi pi ke kaunter tanya dulu macam mana nak guna tiket yang kami print tu. Dia kata tunggu saja feri tu datang dan tunjuk saja kertas tu, senang.
Langkawi Ferry Line Venture, syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembelian tiket secara online. Boleh beli tiket secara dalam talian atau terus saja ke kaunter.

Kat dalam ruang menunggu, manusia boleh kata ramai juga tapi tempat duduk masih ada yang kosong. Sampai sini serupa berjanji, jumpa sepupu yang bertujuan yang sama dan naik bot yang sama ke Langkawi.
Ruang menunggu feri.

Bot yang kami nak naik tu sampai boleh kata tepat mengikut masa yang kami booking. Tak perlu tunggu lama-lama. Paham-paham je la bawak bebudak kecik Fatini dan Firas. Dah jemu macam-macam idea kreatif datang. Jadi bila nak naik bot kami tunjukkan saja cetakan tiket saja.
Cetakan tiket di gunting. Terasa macam VIP potong riben merasmikan majlis pulak.


Sampai Jeti Kuah, terus saja cari teksi ke Padang Matsirat. Kat sini kami ambil homestay. Mula-mula nak tidur rumah tok saja tapi memandangkan ramai yang akan hadir, kami rasa untuk tidur kat rumah tok tak berapa sesuai. Jadi sebelum nie dah minta tolong Mak Teh untuk cari homestay yang dekat-dekat.

Hari pertama dengan kedua tak payah sewa kereta, jalan kaki saja lah.  Nanti petang hari kedua baru pikiaq nak cari kereta sewa. Nombor telefon penyewa-penyewa kereta aku dah dapatkan kat internet sebelum datang sini. Tapi dalam dok jalan-jalan tu ada dua tiga orang yang ofer kereta sawa, kami ambil jugalah no telefon mereka. Mana tau kot-kot berguna.

Alhamdulillah dah sampai ke Jeti Kuah, Langkawi.

Ada lagi ka orang yang dok beli banyak-banyak kain batik?  Zaman dulu-dulu memang banyak.

Dalam jam 1 tengahari kami sampai ke Padang Matsirat. Adik beradik sepupu-sepapat dah ramai ada kat sini. Acara akan bermula malam nie dengan tahlil dan yasin, jadi siangnya pakat sebok memasak apa yang patut. Hari nie hari Jumaat, apa lagi gegas ke masjid sembahyang dulu lah.


Selesai solat Jumaat, minta tolong sepupu untuk tunjuk jalan ke homestay. Ingat boleh jalan kaki, rupanya jauh juga kena naik kenderaan. Kalau macam nie kena cari kereta sewa jugalah. Ramai adik beradik yang biasa kat sini cakap harga kereta sewa kat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi lebih murah dari kat Jeti.

Apa-apa pun kami ke homestay dulu untuk simpan barang-barang. Naik kereta tak berapa minit pun dah sampai. Nie dia Teratak Sireh Lagenda. Homestay nie berkonsep seperti rumah tradisonal Melayu bersesuaian dengan pemandangan dibelakannya sawah padi. Terasa seperti dok kat kampung, tenanggg saja dok kat sini. Nanti aku letakkan gambar Homestay kat entry akan datang.
Penginapan Teratak Sireh Lagenda, Mukim Bohor.

Selesai punggah semua barang-barang, aku dan sepupu ke komplek lapangan terbang, dekat saja. Masuk dalam komplek, dok tercangak-cangak cari kot-kot ada kaunter sewa kereta, tapi tak jumpa ~ tak maulah yang kereta ada cop airport,  mahal. Nampak dua tiga orang mamat yang dok lepak-lepak kat situ. Tanya kat mereka, kat mana boleh dapat kereta sewa. Memang tak salah, dia lah yang aku dok cari. Dia buat perkhidmatan kereta sewa. Nama dia Bang Cik (rupanya dia salah seorang dari senarai nama pemilik kereta sewa yang aku cari kat internet).

Bla...bla...bla.. dia ofer kereta Nisan Sentra lama. OKlah malas nak pilih-pilih, lagi pun harga dah OK. Pi tengok dan test, kira jadi. Dapat untuk empat hari tiga malam sebanyak RM 270.00. Nak hantar balik jam berapa pun tak pa. Masa nak pulangkan tak perlu hantar ke airport, hantar ke jeti pun boleh, cuma talifon dia saja. Alhamdulillah dapat dah kereta sewa. Balik semula ke Homestay, mandi apa yang patut dulu baru ke rumah tok semula.


Pautan lain dalam siri Langkawi 12 - 15hb Disember 2014:

1. Langkawi : Roro atau Feri Biasa
2. Langkawi : Perjumpaan Anak Cucu Tok Minah Tok Saad
3. Langkawi : Kilim Geoforest Park
4. Langkawi : Pantai Cenang dan HIG Kompleks


10 Langkah Elak Panahan Petir

Pagi tadi, bangun saja dari tidur hujan dah kedengaran. Lepas tu diikuti dengan kilat dan guruh, boleh tahan la. Teringat satu artikel usaha untuk elak dari di panah petir. Nie usaha saja, kalau dah di takdirkan kena. Yang tu kuasa Allah la.

Sekadar hiasan. Sumber internet.

Artikel nie menggariskan 10 langkah untuk elak panahan petir menurut pandangan pakar petir, Hartono Zainal Abidin yang disiarkan dalam Astro Awani.

1. HENTIKAN semua aktiviti luar dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!

2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.

3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.

4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.

5. CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.

6. Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang kering.

7. SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).

8. JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.

9. DI DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik. JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.

10. Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.


Kenapa 16 Mei Dipilih Sebagai Hari Guru?

Dah sambut hari guru tiap-tiap tahun, tapi tahu tak kenapa 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia? Tahu dak negara-negara lain kat dunia nie pun menyambut Hari Guru tetapi pada tarikh-tarikh yang berbeza? Tarikh sambutan Hari Guru di setiap negara ditentukan oleh mereka sendiri berdasarkan sejarah atau peristiwa-peristiwa tertentu (rujuk Wikipedia). Jadi kenapa Malaysia memilih 16 Mei untuk menyambutnya?

Maklumat dari http://www.moe.gov.my/v/hariguru:

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. 

  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 

  •  Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

LOGO HARI GURU

Putih
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.


Apa kandungan LAPORAN RAZAK tu???

Antara yang terkandung dalam Penyata Razak ialah:

  1. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah

  2. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu

  3. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan

  4. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

  5. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan

  6. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif

  7. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.

Selepas Laporan Razak, ada beberapa fasa penambah baikan sistem pendidikan di Malaysia seperti Laporan Rahman Taib.

Dah cut paste maklumat kat atas terlupa nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru aku dan guru-guru yang telah mendidik anak-anak aku dari lahir sehingga kini.



Ayam Penyet Cak Nga

Kita ke Indonedia pulak kali nie. Kali nie pekena ala-ala Indon pulak. Tak payah pi jauh-jauh, kat area Bertam juga. Bertam nie boleh diistihar sebagai Bertam Darul Makan, restoran berlambak yang hairan orang pun berlambak entah dari mana mai. Nie dia Restoran Cak Nga Ayam Penyet.
Restoran Ayam Penyet Cak Nga


Macam biasalah untuk makan malam. Sampai ke restoran, cuaca pun OK, kami pilih dok kat luar ja. Sampai saja pelayan dah tunggu. Layanan kat sini memang terbaik. Menu pun sampai.  Pilihan makanan kebanyakan rasa indon, dah memang kedai ala indon. Tapi ada juga nasi ayam dan char koew teow.

Menu Restoran Ayam Penyet Cak Nga.


Dah sampai ke restoran Ala Indonesia apa lagi, pilih menu indon lah dan yang pastinya kena cuba menu yang menjadi papan tanda restoran, Ayam Penyet. Hidangan boleh kata cepat sampai terutama char koew teow tak pedas untuk si kecil, A Firas dan N Fatini dan yang besar S Sarah.
Char Koey Teow

Tak berapa lama ayam penyet dan asam pedas daging tetel pula menyusul. Ayam penyet datang dengan 2 saiz, M dan L. Aku pilih ayam penyet saiz L, boleh tahan besar ayam yang diberi, rasanya ayam potong empat kot. Kira nasi dah habis, ayam masih banyak lagi lah.
Ayam penyet

Ammar ambil ayam penyet juga tapi saiz M, ayam mungkin dah potong lapan. Saiz M dan L beza cuma saiz ayam, yang lain seperti tempe, sambal Madura, sedikit kubis dan sup sama saja. Citarasa bagi setiap orang berlainan tapi bagi lidah aku ayam bersama sambal madura tak berapa menjadi, tapi memang kenyang. Berbaloi dengan harganya.
Asam pedas deging tetel.


Isteri aku oder asam pedas daging tetel. Daging tetel tu ialah daging yang ada sedikit lemak dengan urat. Daging lembut, boleh tahan sedap juga daging nie.

Suasana dalam dan luar kedai memang selesa, kemas dan bersih



Keseluruhan makan kat sini boleh kata berbaloi sebab saiz yang padan dengan harganya. Restoran nie dibuka dari jam 12 tengahari hingga 11.30 malam setiap hari dan cuti hari Isnin. Lokasi di belakang McD. Lihat kat google map kat bawah.

GPS: 5.517186, 100.450094
 


Kuliah Ilmu Mei 2015

Lepas GST, timbul pula cerita 1MDB dan Tabung Haji lepas tu merawit dengan Kumpulan Wang Pencen. Macam-macam yang dok pusing kat Malaysia nie. Apa-apa pun jom tambah ilmu di dada. Jom pakat ramai-ramai menambah ilmu di masjid dan surau sekitar Bertam Kepala Batas. Moga apa yang berlaku menjadikan kita lebih tabah dan dipermudahkan.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:




Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:




Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam, Kepala Batas:





Surau Al-Husna Bertam Perdana, Kepala Batas:


#supportlocaldakwah #janggutsyndicate #jommengaji #jomshare
Posted by Surau Al Husna Bertam Perdana on Friday, May 1, 2015

Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Kunjungilah Aku

Masjid, terutama masjid yang cantik sering kali diletakkan dalam senarai lokasi untuk menjadi latar belalang photo terutama pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Jadi aku berpesan pada diri aku dan juga pembaca supaya jangan menjadikan madjid sebagai prop photo shoot sahaja tetapi menjadi tempat yang sentiasa untuk dikunjungi.