Langkawi - Hari 3: Kilim Geoforest Park

Semlam semasa masih di rumah tok, dalam dok sembang-sembang terkeluar program apa nak buat esok. Dalam perancangan nak naik bot melawat Geopark. Lagi pun memang tak tau jalan bolehlah tanya-tanya sedara mara yang memang dok langkawi. Kebetulan Pak Nyang tahu jalan ke sana dan berminat nak pi juga, maklumlah sama-sama tak pernah sampai lagi. Jadi esok pagi akan berkumpul kat rumah tok dulu sebelum ke sana.
Matahari naik di belakang Teratak Sireh Lagenda.

Dok sebut Geopark tapi sebenarnya Geopark merujuk kepada lokasi-lokasi yang diiktiraf oleh UNIESCO yang mempunyai keunikan geologi tertentu termasuk gunung, batu-batan, sungai, paya bakau, gua, tasik, haiwan liar dan sebagainya. Di Langkawi terdapat 3 lokasi Geopark yang diiktiraf oleh UNESCO iaitu:
  • Kilim Geoforest Park 
  • Gunung Machinchang Geoforest Park 
  • Tasik Dayang Bunting Geoforest Park 
Apa yang kami sembang tadi merujuk kepada Kilim Geoforest Park. Nak pi semua boleh tahan la ongkosnya. Pilih satu cukuplah.

Awal pagi kami berkemas, check out dan mengucapkan selamat tinggal kat chelet Teratak Sireh Lagenda dan lepas nie nak check in tempat lain pulak. Destinasi pertama ke rumah Tok Minah. Kat sini ada dua perkara nak buat, yang pertama nak bersalam dan bermaafan sebab lepas nie kami tak patah balik dah (insyaallah lain kali jumpa lagi) dan yang kedua seperti yang dirancang semalam untuk ke Kilim Geoforest Park dangan Pak Nyang.

Kami dengan keluarga Pak Nyang bertolak dengan dua biji kereta ke Jeti Kilim. Lokasi untuk menaiki bot. Sampai di lokasi orang boleh kata ramai juga, maklumlah cuti sekolah. Tapi parking kereta tak ada masalah sebab kawasan luas.
Jeti Koperasi Komuniti Kampung Kilim

Sesampai saja di situ terus ke kaunter. Projek untuk melawat Geoforest Park ini di usahakan oleh Koperasi Komuniti Kampung Kilim. Untuk menjelajah paya bakau dan juga melihat keindahan pulau-pulau nie terdapat beberapa pekej mangrove tour yang ditawarkan. Kami ambil pekej untuk 2 jam dengan bot yang boleh muat 10 orang.

Pakej 2 jam melawat Kilim Geoforest Park, RM 250.00

Pekej nie termasuk melawat sangkar ikan, melihat keindahan hutan bakau, melihat helang, Gua Kelawar, Gua Langsir, Gua Buaya dan Laut Andaman dan dapat lihat ikon KILIM GEOFOREST PARK dari laut. Selain tu untuk pakej lain ada tambahan ke Pulau Anak Tikus, memberi makan ikan dan mandi di pantai pantai. Nak mandi cam mana, baju salin apa pun tak bawa.

Bayar saja tiket, terus saja driver bot datang ~ driver la kot nooo. Tak payah tunggu lama-lama. Bot boleh tahan besar berbanding kami yang lima dewasa dan empat kanak-kanak. OKlah pelayaran bermula.
Bersedia untuk pelayaran

Keluar sikit saja dari jeti, berdesup brader driver bot memecut menyusuri sungai. Kacau betul, ingat nak bawa slow-slow dapat kami feeling-feeling menikmati keindahan hutan bakau. Apa-apa pun dapat lah melihat sedikit keindahan bakau yang ada di kiri kanan.


Hutan bakau.

Semakin keluar, semakin indah pemandagan sekeliling dengan bukit-bukit dan pulau-pulau. Kepada peminat batu batan flora dan fauna memang terbaiklah datang kesini.

Ingat lagi lagu naik tikar terbang filem Laksamana Do Re Mi

miyo tokai no sora akete
kyokujitsu takaku kagayakeba
 tenchi no seiki hatsuratsu to
kibo wa odoru oyamashima

Kami tiba di suatu tempat yang terdapat banyak rumah-rumah terapung. Driver bot singgah di salah satu rumah terapung nie. Rupanya rumah-rumah nie ialah sangkar ikan. Kat sini ada beberapa sangkar ikan.
Rumah terapung


Ada banyak sangkar kat sini. Dalam sangkar kat sini bukan setakat ikan saja tetapi ada macam-macam hidupan laut yang di pelihara seperti ketam, udang dan siput.
Tokey sangkar memberi makan ikan sambil menerangkan jenis-jenis ikan yang ada.


Disini juga bukan sekadar melihat ikan yang di bela sahaja tetapi juga disediakan tempat makan, sebab itu dibuat seperti rumah. Jadi boleh pilih makanan yang eksotik kat sini dan mereka akan masak. Driver bot cakap sementara makanan nak masak dia akan bawak dulu melawat tempat-tempat lain dan akan singgah sini semula untuk makan. Kami tak makan pun kat sini. Lupa pula nak tanya harga masakan kat sini.

Siput pun ada.

Perjalanan diteruskan ke Gua Buaya atau Crocodile Cave. Gua nie seperti lorong yang menembusi pulau. Sebab apa dapat nama buaya, mungkin ada buaya kot kat gua nie, entahlah. Gua nie tak berapa luas tetapi bot boleh menyusurinya mengikut keadaan air. Kalau air pasang, bot yang tinggi tak boleh masuk, nanti bumbung sangkut.
Tuuu dia sikit punya laju, macam nak terbang.
Gua Buaya

Mula-mula driver bot macam tak yakin boleh masuk, tapi dia cuma masuk sikit. Sampai sekerat jalan bumbung bot tersangkut siling gua. Jadi kami patah balik.

Selapas melalui Gua Buaya. Kami ke lokasi melihat burung helang pula. Bot menyusur  ke suatu kawasan seperti lagon yang dikelilingi pulau.

Sesampai di lokasi, dah banyak bot pelancong yang telah berada di situ. Helang pun memang banyak berterbangan kat atas. Bot kami menghala ke suatu kawasan yang jauh sikit dari bot-bot lain.

Bot berhenti, driver bot telah mengeluarkan kulit ayam dan dicampak ke air. Selepas itu dia menekan minyak supaya supaya air berkocak dan menyelerakkan kulit ayam. Selapas itu kami beredar jauh sikit. Mencari tempat untuk melihat helang menyambar makanan tadi.
Kulit ayam dicampak kedalam air untuk menarik burung helang datang.

Tak berapa lama, beberapa ekor helang berterbangan diatas kawasan kulit ayam tersebut. Bahagian nie yang aku terasa rugi bawa kamera kompak, zoom ciput dan fokus lambat. Kalau bawa SLR dengan zoom panjang memang berbaloi. Baru boleh dapat gambar helang menjunam menangkap makanan.



Destinasi seterusnya Gua Langsir. Gua ini menghubunghkan lautan dan juga tasik di sebalik bukit bukau di pulau ini. Ketika air pasang, air akan masuk malalui gua ini dan akan memenuhi tasik tersebut dan terjadilah tasik air masin.
Gua Langsir

Untuk sampai ke gua ini disediakan sebuah pelantar konkrit panjang sebagai tempat bot berlabuh dan menghubungkan ke kaki tangga untuk ke tasik.

Untuk sampai ke tasik, sebuah tangga telah disediakan tetapi boleh tahanlah kena panjat tinggi juga.

Untuk sampai ke tasik boleh tahan juga kena panjat tangga ke sebelah sana bukit.

Ketika kami sampai air surut. Jika air pasang, boleh kata seluruh kawasan tasik ini dipenuhi air dan pelantar yang disediakan seolah-olah terapung atas air.
Platform untuk melihat keindahan tasik air masin. Ketika sampai air surut.
Melihat tasik kering.

Ikon yang mesti ada ketika melawat Kilim Geoforest Park. Kalau tak ambil gambar nie kira serupa tak sampai lagilah ke sini.
Gambar yang perlu ada jika sampai ke Kilim Geoforest Park.Kalau tak dak nanti orang kampung kata tak sampai lagi sini.



Ikon tulisan KILIM GEOFOREST PARK menjadi lokasi terakhir di Laut Andaman, perjalanan bot menyusur balik ke jeti Kilim.
Betulkah nama pulau nie Pulau Ayam sebab puncak bukit yang menyerupai kepala ayam?


Berhampiran jeti Kilim satu lagi tempat untuk dilawati iaitu Gua Kelawar.
Pelantar untuk memasuki Gua Kelawar.

Kat sini disediakan torch light untuk disewakan untuk digunakan ketika berada dalam gua. Bolehlah guna untuk suluh kelawar yang bergayut dalam gua nie dan juga suluh jalan.
Gua Kelawar. Kat siling gua terdapat banyak kelawar bergantungan. Gambar gelap sajalah sebab dalam gua tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan flash.

Bukan setakat kelawar sahaja yang menjadi tarikan tetapi bentuk gua dengan stalaghmite dan stalactite dan juga paya bakau menjadi tarikan.
Hutan bakau


Suatu yang tak boleh dilepaskan ialah dua batang pokok purba yang masih ada. Pokok bogak, bentuk seperti pokok nyoq yang terbantu yang bertenggek di batu. Terrerrnya aku nie, dapat kenai benda tu. Maklumat tentang stalagmite, stalactite, kelawar dan pokok-pokok dipaparkan disepanjang laluan. Jadi rajin-rajinlah menbaca.
Pokok purba yang telah ujud 200 juta tahun yang lalu. Pokok Bogak.


Gua Kelawar menjadi penutup kepada menjelajah Kilim Geoforest Park. Sangat menarik tetapi maklumat setiap tempat dilawati kami kena baca sendiri jika ada dipaparkan tapi kalau tak ada kami cuma dapat melihat keindahan saja. Mungkin untuk penggemar batu bata dan juga flora dan fauna memahami apa yang dilihat. Untuk pelawat seperti kami rasanya lebih menarik driver bot atau ada juru cakap yang dapat menceritakan serba sedikit tempat-tempat yang dilawati.

Kepada yang nak ke Jeti Kilim Geoforest nie, lihat dalam google map kat bawah. Jeti tu di namakan "Mangrove Tour Langkawi".

GPS:
6.404937, 99.858208
6°24'17.8"N 99°51'29.6"E



Sebelum makan tengahari, satu destinasi yang memang nostalgia dekat aku. Dulu masa aku kecik-kecik, kami sekeluarga dengan arwah mak kalau datang Langkawi mesti datang ke sini berkelah. Pantai Tanjung Rhu
Perjalana yang agak jauh dan juga amat terpencil. Dikiri kanan jalan dipenuhi semak dan pokok rhu.

Berkelah siap bawa bekal lagi. Hampar tikar bawah pokok-pokok rhu yang banyak ditepi pantai. Memang best mandi disini, air pun tak berapa dalam tapi jernih. Dah lama tak datang sini. Kali nie kami sampai, tapi dah banyak berubah cuma yang pasti pantai tetap putih bersih.

Pantai Tanjung Rhu

Di pantai nie juga ada berbagai aktiviti seperti parasailing. Disini juga ada disediakan perkhidmatan membawa pelawat untuk menjelajah Kilim Geoforest Park dengan bayaran tertentu.

 Dok pasang angan-angan kalau ke Langkawi lagi mesti salah satu agenda ialah berkelah di Pantai Tanjung Rhu nie.


Pautan lain dalam siri Langkawi 12 - 15hb Disember 2014:

1. Langkawi : Roro atau Feri Biasa
2. Langkawi : Perjumpaan Anak Cucu Tok Minah Tok Saad
3. Langkawi : Kilim Geoforest Park
4. Langkawi : Pantai Cenang dan HIG Kompleks


8 comments:

  1. ergh.. bot tu tak singgah gua cerita ke? nak ke gua cerita macam mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sampai pun... mungkin kena tanya driver bot sebab baca dari internet driver bot yg mahir saja boleh sampai sebab ombak kuat. TQ singgah sini.

      Delete
  2. gua cherita dalam pakej yang berlainan sis. kalau x silap abg ni amik pakej 2 jam. kalau ke gua cherita kena amik pakej 3jam :-)
    kalau nak pegi boleh contact saya 0199918036. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... info berguna.. siapa yg nak pi sana boleh contact pn Mama Haris

      Delete
  3. gua cherita dalam pakej yang berlainan sis. kalau x silap abg ni amik pakej 2 jam. kalau ke gua cherita kena amik pakej 3jam :-)
    kalau nak pegi boleh contact saya 0199918036. tq

    ReplyDelete