Kenali Rokok Anda

Hiasan

Kenali rokok (9 Trivia)

1.       Rokok ialah sejenis produk dagangan yang sangat berbahaya di dunia, namun ia sah di sisi undang-undang.

Cigarettes are the most dangerous products in the world yet legally traded.

Buku Jeritan Batinku 2 (pg 5)



2.       Tahukah anda, terdapat lebih daripada 7000 bahan toksik di dalam asap rokok?

Do you know there are more than 7,000 toxic substances in cigarette smokes?

Buku Jeritan Batinku 2 (pg 10)



3.       Tahukah anda, rokok gulung mengandungi purata 5 kali lebih tar berbanding rokok biasa?

Do you know hand-rolled cigarettes contain 5 times more tar than regular cigarettes ?

http://smoking.ygoy.com/is-smoking-bidis-safe/



4.       Mereka yang menghisap rokok gulung lebih berisiko menghidap penyakit jantung koronari dan kanser paru-paru.

Smoking hand-rolled cigarettes increase the risks of coronary diseases and lung cancer.

http://www.gethealthyclarkcounty.org/live-tobacco-free/other-bidis-kreteks.php



5.       Perokok kretek tegar berisiko 13-20 kali mengalami masalah fungsi paru-paru berbanding bukan perokok.

Heavy smokers of kretek are at risk 13-20 times more to lung function problems compared to non-smokers.

http://www.gethealthyclarkcounty.org/live-tobacco-free/other-bidis-kreteks.php



6.       Tahukah anda, sejam menghisap shisha menghasilkan 100 – 200 lebih asap toksik berbanding rokok biasa?

Do you know smoking shisha (water-pipe) produces 100-200 more toxic smoke compared to the   regular cigarettes?

http://en.wikipedia.org/wiki/Hookah



7.       Penghisap shisha berisiko mengidap penyakit berjangkit seperti tibi dan hepatitis melalui perkongsian paip

Shisha (water pipe) smokers are at risk of suffering from infectious diseases such as tuberculosis and hepatitis through sharing of pipes.

http://www.cancer.org/cancer/news/expertvoices/post/2012/05/29/hookahs-are-trendy-but-are-they-safe.aspx

8.       Tar daripada asap rokok boleh melekat pada paru-paru hingga menyebabkan paru-paru perokok menjadi hitam dan keras setelah suatu tempoh yang lama.

Tar from cigarette smokes can stick to the lungs, causing a smoker’s lungs to become black and hardened  over time.

http://www.squidoo.com/getting-cigarette-tar-out-of-the-lungs



9.       Tahukah anda, 60 mg nikotin boleh membunuh seorang perokok dewasa?

Do you know 60 mg nicotine is enough to kill an adult smoker?

http://en.wikipedia.org/wiki/Nicotine



Tipu Daya Syarikat Tembakau (6 Trivia)

1.       Tahukah anda, penapis memudahkan perokok menghisap dengan lebih dalam dan kuat pelbagai bahan beracun.

Do you know cigarette filters actually make a smoker inhale more deeply resulting in  more   poisonous substances being absorbed.

http://tobaccocontrol.bmj.com/content/11/suppl_1/i40.full



2.       Gentian penapis boleh terkeluar dan menyebabkan perokok menyedut partikel gentian ke dalam paru-paru.

Fibers from filters can come off and cause smokers to inhale particles of fibers into the lungs.

http://cancerres.aacrjournals.org/content/55/2/253.full.pdf



3.       Eksekutif R.J. Reynolds pernah memberitahu seorang model Winston: “Kami tidak menghisapnya, kami hanya menjual kepada orang yang MUDA, HITAM, MISKIN dan BODOH”.

R.J. Reynolds executives once told one of their Winston models: “We don't smoke it, we sell it.  We reserve that right for the YOUNG, the BLACK, the POOR and the STUPID."

http://www.tobaccofreeschools.ca/tobacco_industry_quotes.shtml



4.       “Jika syarikat kami ingin terus hidup dan berjaya, dalam jangka masa panjang, kami mesti memasarkan produk kami kepada golongan remaja”. (Saintis R.J. Reynolds, Claud Teague 1973)

“Realistically, if our company is to survive and prosper, over the long term, we must get our share of the youth market”. (Scientist of R.J. Reynolds, Claud Teague 1973)

http://www.tobaccofreeschools.ca/tobacco_industry_quotes.shtml



5.       Tahukah anda, setelah kerajaan mengharamkan pelbagai bentuk promosi rokok, syarikat tembakau kini beralih kepada promosi pada kotak rokok dan kaunter jualan.

Do you know after the government banned various forms of cigarette promotion, tobacco companies turned to promoting their products on cigarette packs and point-of-sales.

Buku Jeritan Batinku 2 (pg 39)



6.       Kajian telah menunjukkan bahawa rokok rendah tar mempunyai tahap nitrosamine khusus tembakau (TSNA) lebih tinggi, sejenis karsinogen berbahaya yang terdapat dalam asap rokok.

Studies have shown that “low-tar” cigarettes have higher levels of tobacco specific nitrosamines (TSNAs), the deadliest of carcinogens found in cigarette smoke.

http://www.in.gov/isdh/tpc/files/Industry_Manipulation_of_Cig_and_OTP_Feb09.pdf

p/s: TQ kepada yang email mengenai rokok nie.

Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park

[ 6hb Disember 2012, Khamis - Petang ]

Semakin petang cuaca di Kundasang semakin dingin. Selepas melihat lembu, turun balik ke jalan besar dan perjalanan diteruskan ke tempat yang mesti dilawati jika sampai ke Sabah. Kalau sampai Sabah tak sampai ke sini maka lawatan anda tak sah. Apa tu?? Tak lain dan tak bukan Gunung Kinabalu. Jom panjat. Ada akai ka dengan berengkei bebudak kecik nak daki Gunung Kinabalu. Kaki gunung ja, Kinabalu Park dimana tempat bermulanya pendakian.

Sampai pintu masuk ke Kinabalu Park seperti biasa tol dulu, bayar tiket masuk. Selepas bayar tak sampai lagi, kena masuk dalam beberapa kilometer. Jalan ke sana bengkang bengkok dan sempit melalui lereng bukit untuk sampai ke tempat permulaan pendakian. Nak jalan kaki pun boleh tetapi kami naik van memandangkan hari semakin petang ( cover sikit). Cuaca pula semakin redup dan berkabus dan basah sebab hujan. Sujukkk.

Dalam perjalanan berselisish denagn beberapa kenderaan. Ada yang laju, tak sayang nyawa kot. Tak kisahlah nyawa dia tapi sayang nyawa kami. Sebelum sampai ke destinasi ada satu tempat yang dibuat pelantar untuk melihat keindahan lereng bukit. Boleh layan pemandangan lembah dan bukit bukau. Boleh bersajak kat sini.

Perjalanan diteruskan ke lagi dan berhenti di deatinasi terakhir van boleh naik dah. Pintu gerbang tempat permulaan pendakian.
Tempat permulaan pendakian.

Kat sebelah jalan ada papan tanda maklumat pemenang Pendakian Antarabangsa Gunung Kinabalu ke 25 ( tiap-tiap tahun depa tukar kot). Veteran dapat daki dalam 3 jam 9 minit ja. Kalau aku mungkin 3 bulan 9 hari kot.
25th Mt. Kinabalu International Climbathon 2011.
 Kita boleh masuk jalan kaki kedalam dan ada sekali lagi pelantar untuk melihat keindahan gunung dan trek permulaan pendakian. Kami tengok dari pelantar ja. Ramai juga yang mendaki. Pendakian ini ada berbagai pekej. Pekej nie kena buat tempahan dulu dan ada bayaran.

Lepak-lepak kejap saja, cuaca pun semakin sejuk dan redup. Kami turun semula ke tempat tol tadi. Malang sekali kedai cenderamata dah tutup. Diberitahu juga disitu kita boleh dapat sijil kepada yang telah menjejak kaki ke pintu gerbang permulaan pendakian. Tak dapatlah sijil. Kalau dapat bolehlah masuk resume buat minta kerja atau naik pangkat.

Dahhh cukup untuk hari nie. Balik semula ke Celyn Resort. Sebelum sampai resort beli dulu makan malam. Kalau dah sampai ke resort rasa tak keluar dah. Jalan naik ke resort menakutkan.
KFC Kundasang

Beli bawa balik  KFC Kundasang, satu-satunya KFC yang ada kat sini.

Tiket untuk sampai ke tempat permulaan pendakian:
Dewasa : RM 3.00; Kanak-kanak : percuma.

Lokasi dari google map.

View Larger Map

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ~ Ala-ala New Zealand

[ 6hb Disember 2012, Khamis - Petang ]

Perjalanan sambung balik. Kali ni ke Poring Hot Spring di Ranau pula. Perjalanan ambil masa lebih kurang satu jam. Sampai sana kena isi perut dulu, makan tengahari. Singgah ke gerai makan tepi jalan depan pintu masuk. Cakap loghat utara apa lagi harga pun naik kapal terbang la ( tak pasti pulak kot-kot tuu harga standard dia ).

Lepas makan terus ke pintu masuk Poring Hot Spring tapi masa hujan renyai-renyai jadi keputusan diambil untuk membatalkan lawatan. Maklumlah bawa bebudak kecil. Jadi perjalanan diteruskan ke New Zealand. Uihhh hebat tu naik van ja. Dalam perjalanan ( macam lagu 10 budak hitam ) singgah ke gerai buah. Balun durian. La nie kat Sabah musim durian. Boleh tahan sedap ( nie bukan durian original Sabah, durian dalit atau durian bukit~ nanti aku tulis kat entry yang lain ).
Durian duluuu

Errrrr... bau durian. Naik van semula, ada dalam sejam dah sampai ke New Zealand. Kena ambil tiket dulu. Mudah ja pi New Zealand.
Ambil tiket

Nie lah ladang lembu milik Desa Cattle Dairy Farm. Terletak di Mesilau Highland, Kundasang. Dengan cuaca yang sejuk, ladang rumput yang luas dan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu perghhhh... memang macam dok kat New Zealand ( sekadar nonton iklan susu ). Tapi malang sikit sebab Gunung Kinabalu telah menyembunyikan diri di balik awan ( selalunya gunung kinabalu nampak jelas waktu pagi ja, tak berkabus )
saja posing sikit
Sampai ke sebuah bangunan van berhenti, jadi bolehlah masuk ke dalam untuk melihat proses memerah susu lembu. Ada sebuah ruang dibelakang dikhaskan untuk menonton, berdinding kaca. Orang bukan main ramai. Jadi kalau nak tengok cara memerah kena menyelit ke depan.
Berebut lihat lembu kena perah susu.

Lembu-lembu yang akan di perah susunya di letakkan dalam kandang. Mereka nie macam tahu ja apa perlu buat. Macam suka ja.
Lembu dalam kandang tunggu diperah.
Berbaris nak masuk
 Setelah tempat memerah dibuka, beberape ekor lembu masuk kedalam dan di susun dalam dua barisan untuk diperah susunya sambil makan. Makanan disediakan untuk setiap lembu-lembu tu. Patutlah lembu-lembu tu macam seronok nak kena perah ja, rasuah.
Sambil perah, sambil makan.

Cukuplah tengok dua tiga ekor kena perah. Kami keluar dari bangunan dan berjalan keladang. Ada sebuah bangal yang menempatkan anak-anak lembu dan kambing. Disini kita boleh memberi makan haiwan-haiwan tu. Tak boleh bagi makan sesuka hati, cuma boleh beri makanan yang disediakan. Susu untuk lembu dan rumput untuk kambing. Boleh beli kat situ.
Ermmmm sedap

Muka Siti Sarah yang gabra.

Seronok bebudak memberi makan. Zaman sekarang mana ada benda-benda cam tu kat taman perumahan.
Posing dihadapan Desa Dairy Cattle.

Nak tahu mengenai ladang nie layari FB : http://www.facebook.com/desacattlefarm. Kat Desa Cattle Farm nie juga dijual susu segar dan berperisa dan juga cenderahati.

Kalau nak rasa seperti dok luar negeri boleh datang sini, dapatlah rasa ala-ala New Zealand sambil melihat Gunung Kinabalu. Kawasan nie juga terdapat resort, cari sendirilah. Tempat nie dibuka setiap hari dari jam 8 pagi - 5 petang. Harga tiket : Dewasa RM4.00; Kanak-kanak RM2.00.

Lokasi lebih kurang seperti kat google map kat bawah.


View Desa Cattle Dairy Farm in a larger map

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

Pakar IT, Azli Paat Meninggal Dunia


Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun, telah meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam tadi.
Allahyarham Azli Paat. Gambar dari MStar online.

Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan. Jenazahnya akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi nanti.

Azli merupakan pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain. Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.

Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24.
 
Salam takziah buat keluarga beliau dan semoga rohnya di letakkan bersama orang-orang yang beriman disisiNya. 

Aku dok cari kat internet tak dapat kisah hidup insan hebat ini tapi ada sedikit biodata beliau yang diterjemahkan dari http://www.azlipaat.com/ ( terjemahan guna google translate ~ mungkin ada sedikit kekeliruan ).

Azli Paat - Profil 

Azli Paat, adalah seorang usahawan bersiri dan telah bermula dan dipupuk sejak beberapa perniagaan yang berasingan dalam bidang telecommuniations dan IT. Perniagaan Azli paling terkini adalah sebagai Pengasas & VicePresident BOLEH Vista Sdn. Bhd., Berlesen pemberi perkhidmatan aplikasi yang terlibat dalam perniagaan menyediakan permesejan sms atau kodpendek bagi sektor kerajaan dan swasta di Malaysia. Syarikat itu telah dibeli oleh syarikat awam, Hi-Tech Padu Berhad pada tahun 2010. 

Walaupun di DAPAT Vista Sdn. Bhd., En. Azli mengasaskan DAPAT perkhidmatan, sms mesej kodpendek perniagaan pengendali yang dimiliki kodpendek 32728 SMS yang telah merevolusikan sms perniagaan kandungan tempatan dengan menggunakan inovatif perkhidmatan mereka, khususnya dalam sektor kerajaan. Beliau juga memainkan peranan penting dalam penciptaan mySMS 15888 iaitu kodpendek bagi kerajaan Malaysia, yang membolehkan mesej yang sama untuk semua syarikat telekomunikasi untuk perkhidmatan awam di Malaysia. Hari ini, perkhidmatan mySMS masih meluas digunakan oleh lebih 500 agensi kerajaan untuk komunikasi teras mereka dan antara muka dengan rakyat Malaysia. 

Azli adalah pengasas perkhidmatan berasaskan komuniti, RAKANCOP ™ (atau "rakan-rakan polis") masyarakat lebih 650,000 pengguna berdaftar yang memenangi anugerah Best of the Best in 2009 Asian APICTA IT. Perkhidmatan ini telah digunakan dalam komuniti polis sokongan rangkaian berasaskan serupa dengan menonton kejiranan, tetapi menggunakan rangkaian mudah alih sms. 

Beliau kini merupakan pemegang saham dan Pengarah ADA Vista Sdn Bhd dan ADAcode Systems, syarikat pemasaran teknologi mudah alih. Syarikat mencipta ADAcode ™ teknologi platform pemasaran mudah alih yang merevolusikan bagaimana syarikat akan memantau, menyampaikan dan mengiklankan produk mereka dengan keupayaan untuk meningkatkan pengesanan & mendekati kepada pelanggan mereka. 

Azli Paat merupakan ahli yang aktif IT & komuniti telekomunikasi di Malaysia.

 Beliau adalah Presiden (2009-2012) Malaysian Mobile Content Providers Association dan menganggotai pelbagai jawatankuasa kecil yang mewakili sektor swasta dalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Beliau juga adalah penasihat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pengasas bagi program RakanCop. 

Sejak 1990-an, Azli telah menjadi personaliti radio dan TV. Beliau kini muncul setiap hari pada pukul 7:30 pagi di Bernama Radio24 "Azli di Air" program di mana beliau berkongsi pandangan beliau mengenai dunia IT dan komunikasi. Beliau juga kerap muncul tempatan RTM, TV3, tempatan dan Astro saluran satelit sebagai jurucakap dan tetamu sebagai penceramah mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan telekomunikasi, internet dan IT. 

Beliau adalah seorang ahli aktif Bulan Sabit Merah Malaysia, komponen tempatan Palang Merah Antarabangsa berkhidmat sebagai ketua unit sukarelawan pasukan CORE comms untuk kontinjen Malaysia. Sejak 2009, beliau adalah pengasas dan penaja Hamfest Malaysia (kini dalam tahun ke-3), perhimpunan tahunan peminat Radio Amatur yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. 

Beliau telah menerima pelbagai anugerah dari kerajaan Malaysia dan agensi-agensi kerajaan untuk sumbangan beliau dalam khidmat masyarakat. Beliau adalah penceramah pada persidangan serminar dan banyak berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang IT dan telekomunikasi. Azli telah dipaparkan dalam pelbagai penerbitan, paling baru-baru ini muncul dalam majalah SUKESS (Feb 2012). Beliau memegang paten dalam namanya bagi teknologi inovatif terbaru bimbit pemasaran platform, ADAcode ™.

Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation

[ 6hb Disember 2012, Khamis - Tengahari ]

Naik van semula, tak sempat nak panas pungkok dah sampai. Dalam 10 minit sahaja. Sampai ke Sabah Tea Plantation, Ranau. Dalam perjalanan dikiri kanan lereng bukit ditanam pokok tea. Suasana sejuk macam ke ladang Boh Sungai Palas, Cameron Highlands.


Sampai kesana boleh lihat-lihat ladang teh atau boleh juga ambil beberapa pakej lawatan yang disediakan. Pekej berbayar bukan free nooo.
Nonton video dulu

Kami ambil pekej 45 minit lawat dalam kilang. Mula-mula tengok video dulu. Ditunjukkan sejarah teh kat sabah nie. Lepas tu baru dibawa melawat dalam kilang. Tak boleh ambil gambar ~ entah apa rahsia dalam tu tak tau la.
Pintu masuk kilang. No Camera.

Pemandu pelancong nie ceritalah proses bagaimana pemilihan daun teh untuk dipetik sampai menjadi serbuk teh dan di bungkus dalam kilang tersebut. Diceritakan juga mesin-mesin yang digunakan untuk proses daun tu. Nak tau lebih lagi kena pi sana.

Habis masuk kilang dibawa kesatu bilik ditunjuk cara-cara mengenal teh ketegori teh dan mengenal teah asli dan tiruan. Teh tiruan pun ada. Diberitahu teh tak boleh direndam dalam air yang mendidih, cukup air panas yang 80C. Jika terlampau panas khasiat teh akan hilang. Nak kenal teh asli dan tiruan cuma letakkan teh ke atas air ( jangan kacau) dan biarkan. Jika daun teh lambat tenggelam itu menunjukkan teh tiruan ( tak sangka ada teh tiruan).

Habis sahaja sesi dalam kilang semua pelawat dibawa ke pinggir ladang. Sejuk mata memandang walau ladang sedikit semak.


Habis lawatan semua boleh ke kedai cenderahati dan dapatkan 50g teh percuma (termasuk dalam pekej). Bolehlah beli Teh Sabah.

Keseluruhan lawatan kat sini memang memberi banyak maklumat terutama untuk yang masih belajar.

Jika dibandingkan dengan Ladang Boh Sg Palas rasanya ladang Boh lebih menarik dari segi pemandangan sekeliling yang teratur, prasarana seperti cafe dan juga lawatan pun percuma.
Pakej lawatan yang disediakan.

Untuk pekej yang kami ambil, nie dia:
Lawatan Kilang (45 minit) dibuka dari 8 pagi - 12 tengahari. Aturcara: Tayangan video, lawatan dalam kilang, ujian warna, pengenalan kepada ladang dan diberi sehelai handout dan 50g teh. Harga RM 12 seorang ( tak pasti kanak-kanak dikira macam mana sebab bukan aku bayar).Pakej-pakej lain lihat gambar kat atas.

Malumat lanjut boleh layari http://www.sabahtea.net/. Lokasi dari Google Map:


View Larger Map

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

Sabah - Hari 4 : Spa Ikan di Sg Moroli

[ 6hb Disember 2012, Khamis - Pagi ]

Dah duduk resort depan Gunung Kinabalu tak kan nak tengok gunung tu ja. Aktiviti pertama ramai-ramai di Celyn Resort mestilah makan dulu. Cas tenaga.
Isi minyak dulu.
Macam biasa lepas cas, semua pakat naik van semula. Kali nie detinasi menarik, nak rasa spa ikan secara semula jadi. Bukan dalam takungan macam yang ada kat supermarket tuu.

Sampai ke suatu tempat van telah membelok ke Kg Luanti Baru, Ranau dan berhenti di sebuah kedai. Beli tiket. Selepas tu sambung semula perjalana masuk kedalam. Tak jauh pun. Nahhh sampai pintu masuk ke kawasan spa.
Tagal Sg Moroli, Kg Luanti Baru Ranau.
Kat pintu masuk ditulis 'Tagal' Sg Moroli. Tagal maksud 'Tidak Memancing" dalam bahasa Kadazan Dusun bertujuan untuk menjaga alam sekitar.


Orang yang datang ramai juga. Spa ini di tebing sungai Moroli. Nak masuk kena ambil giliran. Tak boleh sesuka hati dok lama-lama kat situ. Setiap kumpulan diberi masa 15 minit sahaja, nak lebih bayar. Sebelum masuk kena baca pantang larang dulu.
Baca dulu peraturan.
 Kat tempat menunggu nie dijual makanan ikan, jadi beli.Sampai giliran kami, apa lagi buka kasut bagi ikan tu spa kaki. Aku tak boleh dok lama, geliiii. Ikan memamg banyak, ada besar dan kecil dan jinak. Pantang letak kaki dalam air mesti datang. Kesemua ikan kelah kecuali seekor ikan keli. Abang yang jaga tempat tu cakap ikan keli tu jinak. Tapi tengok mulut dengan misai dia menakutkan.


Makanan ikan tu bukan campak-campak ke air macam bagi makan ayam. Ambil makanan tu genggam dan letak dalam air, nanti ikan akan datang ramai-ramai kat tangan. Bolehlah rasa gigitan manja ikan-ikan tu.
Genggam makanan ikan dan letak dalam air.
Masa kami dok kat gigi air, Ahmad Firas berdiri ditebing sungai. Buat tak heran kat kami. Selalunya dia nak di dokong. Ishhh... tak tau pasai apa.
Firas bagi peluang abu ayah spa kaki.
Saja bagi gambar kecik sebab tangan tak berapa nak cecah air, geli.
sekali seumur hidup, spa tangan

 15 minit dah tamat. Semua kena keluar. Memang pengalaman yang best. Untuk masuk dikenakan bayaran tak mahal. Tiket untuk rakyat Malaysia ( kalau untuk penduduk tempatan harga lagi murah):

Harga tiket.

Spa kaki sahaja: Dewasa RM 5.00; Kanak-kanak (6-12 tahun) RM 2.00; Bawah 5 tahun percuma
Spa seluruh badan: Dewasa RM 10.00; Kanak-kanak (6-12tahun) RM 10.00; Bawah 5 tahun percuma. Macam mana rasa kalau spa satu badan ?  Tak dapat bayangkan. 

Ok cergas ke ladang teh pulak. Mai secawan.

Lokasi spa ikan Sg Moroli lihat kat bawah.


View Tagal Sungai Moroli in a larger map

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

Masjid Abdullah Fahim : Kuliah Februari 2013

Jom ramai-ramai.

Diperpanjangkan dari : http://masjidabdullahfahim.blogspot.com/. Sebarang perubahan program sila rujuk kepada masjid.