Alor Setar - Hari 2 : Menara Alor Setar

Dalam perjalanan kami balik dari Alor Setar ke Kepala Batas singgah ke menara ini. Dah petang, nak tengok matahari terbenam dari menara. Inilah pertama kali aku menjejak kaki ke Menara Alor Setar sepanjang aku jadi orang Kedah.
Menara Alor Setar
Menara ini di kelilingi oleh taman dan terdapat sedikit permainan untuk kanak-kanak. Oleh itu kat bawah tu boleh lepak-lepak.
Tiket masuk boleh didapati di kaunter di kaki menara. Disamping itu terdapat jualan cenderamata di ruang legar menara tersebut dan juga maklumat mengenai menara.
Menara Alor Setar merupakan menara telekomunikasi yang ke-19 tertinggi di dunia dan juga yang kedua tertinggi di Malaysia ( selepas Menara Kuala Lumpur ). Ketinggiannya ialah 165.5 meter. Dibuka untuk pelawat pada 14 Ogos 1997 dan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke 4. ( maklumat lanjut boleh lawat laman web menara http://www.menaraalorstar.com.my/index-2.html )

Menara dibuka untuk lawatan dari 10 pagi hingga 10 malam. Harga tiket dari RM 10 hingga RM 3, mengikut kategori tertentu seperti dewasa, OKU, warga emas, pelajar, kanak-kanak dan warga asing.

Selapas dapatkan tiket, bolehlah naik lif yang lut sinar ( bubble) ke ruang pemerhati. Ruang pemerhati di terletak pada ketinggian 88 meter membolehkan pengunjung menikmati panorama Bandaraya Alor Setar dan kawasan sekitarnya.

Ia merupakan ruang terbuka yang dipagari dengan besi keselamatan dan diselang seli dengan  berpuluh-puluh ruang melihat yang ditutupi cermin ( Rasa tak puas tengok ke luar sebab ada banyak pagar keselamatan yang mengganggu penglihatan. Kalau tak dak pun bahaya gak nanti ramai yang jadi superman ).
Di ruang ini juga terdapat 5 set teropong yang membolehkan kita melihat secara dekat Bandaraya Alor Setar dan kawasan sekelilingnya. Di sini juga ada kaunter menjual cenderahati dan ais krim. Cenderahati Menara Alor Setar tak banyak sangat tetapi cenderahati Angry Birds banyakkkk.
Makan ais krim 88 meter dari bumi.
Kita bolehlah pusing-pusing 360 darjah secara manual dalam ruang pemerhati ini (jalan kaki lah ). Kalau letih ada disediakan kerusi.

Ini gambar tiket Menara Alor Setar, tapi kenapa tertulis Menara Kuala Lumpur ?? Sesiapa yang suka buat koleksi tiket pasti menyesal.
Manara Alor Setar atau Menara Kuala Lumpur ??
Gambar kat bawah ini menunjukkan lokasi bekas Bulatan Teluk Wanjah yang telah dipindahkan bagi memberi laluna kepada pembinaan jejambat. Nak tau bentuknya lawat ke sini.

Kami pusing-pusing sampai senja. Dapat ambil gambar matahari terbenam.

Nie bandaraya Alor Setar diwaktu malam. Masjid Zahir dan juga I-City.
Masjid Zahir disebelah kanan, I-City disebelah kiri.
Tingkat kedua pula merupakan restoran berputar yang berada di ketinggian 94 meter. Restoran D'saji milik Felda.  Kami nak naik ke atas tengok menu apa yang disediakan, tapi pak cik guard tak bagi. Dia kata sesiapa yang nak makan ja boleh naik, lebih kurang cam tu lah. Aras ketiga merupakan ruang seminar dan aras ke empat merupakan ruang terbuka.

Alor Setar - Hari 2 : Taman Permainan Menara Alor Setar

Tak mau bagi bebudak tu boring kat kampung cuti tahun baru cina nie, pagi-pagi lagi, tak la pagi sangat bawa anak-anak aku ke Taman Menara Alor Seter. Bila balik kampung selalu dok lalu kat situ, nampak ada alat permainan berdekatan Menara Alor Setar. Macam ganas ja. Jadi pagi ni kami ke situ. Bebudak dangan pak budak ja, mak budak kena dok rumah.

Parking banyak, sebab orang tak ada lagi. Apa lagi, lepas la bebudak tu main kat situ. Cuaca masa nie memang baik, panas.
Taman di kaki Menara Alor Setar
Bila sampai, laaa baru nampak permainan kanak-kanak kat situ sikit saja dan tak banyak pilihan. Tapi ok lah main dulu. Kawasan sekitar menara bersih dan sesuai untuk lepak-lepak bersantai.

Anak abang aku pun datang juga dengan basikal.
Anak ke tiga aku Ahmad firas menunjukkan keberanian melongsor dalam terowong papan longsor.
Sambil-sambil tengok depa main, pusing-pusing kawasan bawah menara. Tanyalah apa yang patut kat kaunter. Mungkin malam nanti nak bawa kami sekeluarga naik atas menara.

Dok tak berapa lama bebudak tu jemu sebab asyik dok ulang benda main yang sama jadi kami berangkat ke Taman Merdeka bersebelahan Stadium Sultan Abdul Halim.

Ibu Duit

Dua hari lepas dalam dok cari-cari duit syiling nak bayar kat kedai baru terperasan ada duit syiling baru. Sekupang. Diperkenalkan 16hb Januari 2012. Kira nie duit baru pertama yang aku dapat.
Muka depan 3 generasi syiling sekupang. Terbaru sebalah kanan.
Muka belakang 3 generasi syiling sekupang. Terbaru sebalah kanan.

Jadi kepada yang ingin kaya bolehlah simpan duit syling lama. Mana tahu dalam 100 tahun lagi boleh jual. Mahu sekupang boleh jadi RM seribu. Haaa sapa untung ? Atau boleh buat ibu duit, tok moh suka nie.

Maklumat mengenai motif dan spesifikasi duit syling baru 2012 boleh lawati web BNM.

p/s: pasai pa banyak guna motif Sabah dan Sarawak ??

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia ( SARA 1MALAYSIA) merupakan skim yang dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama PNB dan beberapa agensi kewangan untuk menggalak rakyat yang berpendapatan rendah menabung dan melabur.

Skim ini bukan terbuka untuk semua rakyat Malaysia. Ia terbuka untuk 100,000 peserta ( isi rumah ) sahaja, siapa cepat dia dapat. Dilancarkan selama setahun dari tarikh pelancaran pada 30 Januari 2012.

Antara ciri-ciri SARA 1Malaysia ialah setiap peserta hanya boleh melabur sebanyak RM 5,000.00. Peserta akan mendapat insentif selama 5 tahun. Pinjaman boleh dilakukan di beberapa bank seperti CIMB, BSN, RHB dan Maybank.

Bukan semua orang boleh dapat, ada syarat-syaratnya. Yang utama ialah pendapatan isi rumah mestilah RM 500.00 hingg RM 3,000.00. Apa maksud Isi Rumah ?

Definasi Isi Rumah:
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
    - Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
    - Ibu atau bapa tunggal - pendapatan kasar individu.


Cuba fikirkan.
1- Sebuah keluarga yang mempunyai suami, isteri dan 5 orang anak dan pendapatan isi rumah RM 3,000.00. Pendapatan perkapita lebih kurang RM 428.00 seorang ; dan
2- Sebuah keluarga yang tidak mempunyai anak ( tak ada rezeki lagi ) dan pendapatan RM 3,000.00. Pendapatan perkapita RM 1,500.00 seorang.

Aku bukan dengki tapi adalah sikit-sikit dengki. Kepada yang berkelayakan cepat-cepat isi borang sebab siapa cepat dia dapat.

Nie dia kelayakan penuh untuk memiliki skim ini atau boleh layari web SARA 1MALAYSIA.

KELAYAKAN
  1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
  3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
  5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
    • Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
    • ASB Sejahtera; dan
    • ASW 2020 Bandar
  6. Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  7. Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
  8. Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
    • Bumiputera - 50%;
    • Cina - 30%;
    • India - 15%; dan
    • Lain-lain - 5%
  9. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  10. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

Alor Setar - Hari 1 : I-City

Perghhhhh.... Alor Setar ada I-City.  Pokok-pokok lampu taklah banyak seperti Shah Alam Cuma mini I-City, OKlah percuma, boleh lepak-lepak. Balik kampung selama 2 hari nie sempena Tahun Baru Cina nak jalan-jalan kat sini. Jadi malam Gong Xi Fa Chai kami sekeluarga keluar lepak-lepak kat I-City nie. Abang aku pun nak datang juga lepak-lepak.

Kat sini dipanggil I-City juga ka? atau ada nama lain yang aku tak tau. Dok search internet tak jumpa pun nama kawasan nie. Tak apalah guna ja nama I-City. Bukan Siti Nurhaliza sudah. Kawasan ini mulanya dihisi dengan lampu bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-83 tapi dilanjutkan atas permintaan ramai.

Masa kami datang orang memang ramai. Mungkin bersempena cuti Gong Xi Fa Chai. Ramai juga yang dok berniaga mainan yang ada lampu. Menguntungkan. Masa aku datang ni pokok-pokok besar yang di gantung dengan lampu banyak yang dah rosak jadi kurang menarik sikit la. Kalau tidak akan nampak macam ada hujan api turun dari pokok.

Empat beradik di I-City Alor Setar
Walau gelap sikit kawasan nie, tapi rasa selamat sebab nampak kebanyakan muka Malaysia. Sebelum datang ke sini, tengok berita kat TV, di tunjuk Kuala Lumpur telah ditawan oleh warga asing. Bersepah, ramainya warga asing. Bas pun kena bergerak perlahan sebab warga asing nie dok jalan atas jalanraya, macam kat negara mereka. Selamba saja. Kalau mereka kata kemajuan dan pembangunan Malaysia mereka yang tolong, aku percaya. Kalau tak ada mereka nie sapa nak buat bangunan, buat putrajaya ? Cuba cakap.

Mini I-City Alor Setar ini terletak di kawasan yang cukup terkenal sebab dikelilingi bangunan yang menyimpan berbagai sejara. Ia terletak di dataran yang di kelilingi oleh Masjid Zahir, Balai Nobat, Balai Besar, Menara Jam dan Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Lihat dalam peta google dibawah.

View I-City Alor Setar in a larger map

Bulatan Teluk Wanjah : Dalam Kenangan

Tahun Baru Cina yang baru lepas kami balik kampung, Alor Setar. Adalah satu hari tu kami jalan-jalan dan terperasan Bulatan Teluk Wanjah atau Bulatan Rukun Negara dah tak ada. Sekarang dalam pembinaan jejambat ( fly over) melalui atas bekas bulatan tersebut di sebabkan projek laluan rel berkembar di Jalan Teluk Wanjah.

Bulatan Telok Wanjah yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar merupakan sebuah mercu tanda yang terdapat di daerah Kota Setar. Bulatan ini mempunyai 5 bulatan air terjun di mana di sekeliling bulatan tersebut ditulis dengan Rukun Negara.

Monumen ini telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 25 Januari 1973. Bulatan ini lebih indah dilihat pada sebelah malam dengan pancutan air yang berwarna-warni di samping lampu neon yang terdapat di sekelilingnya.

Mungkin generasi akan datang dah tak tau dimana lokasi sebenar bulatan ini. Mana tahu kalau keluar dalam SPM atau PMR soalan " Di manakah letaknya Bulatan Teluk Wanjah ?" Haaa nie dia jawapannya. Bulatan ini menjadi penghubung antara Jalan Teluk Wanjah, Jalan Stadium dan Jalan Sultan Badlishah. Peta kat bawah nie.

Kalau poster atau gambar yang menunjukkan Alor Setar, imej Bulatan Teluk Wanjah ini menjadi ikon yang amat dikenali. Seperti Eiffel tower kat Paris. Bukan setakat tu sahaja, ada juga cerita sesetengah orang membayar nazar dengan mandi air kolam bulatan ini.

Ini gambar terkini kerja-kerja menaik taraf jalan untuk memberi laluan kepada pembinaan rel berkembar dimana dibina fly over diatas lokasi Bulatan Teluk wanjah.
Untuk mengekalkan nostalgia bulatan air pancut ini, maka ia telah di pindahkan ke pintu masuk Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas. Tapi rasanya tak sama seperti sebelum ini. Sebab yang lama banyak kenangan. Sekarang ini Menara Alor Setar menjadi mercutanda baru daerah Kota Setar disamping beberapa struktur sajarah yang lain seperti Masjid Zahir, Balai Nobat, Menara Jam dan Balai Besar.

Oleh kerana bulatan tu dah tiada, aku search internet gambar-gambar Bulatan Teluk Wanjah untuk di letakkan dalam blog nie. Semua gambar adalah hak milik pemetik kamera. Mohon pinjam untuk ditampal dalam blog nie. Dari maklumat dalam internet bulatan tersebut telah di robohkan di hujung 2010 ( betul ka nie? nampak sangat aku jarang ke pekan Alor Setar ).

Setelah Dapat Pekerjaan Bagus Boleh Rehat ?

Perjalanan hari-hari anak aku yang bersekolah.

Hari Sekolah:
   6.10 pagi - Bangun pagi mandi, gosok gigi, sembahyang, makan pagi
   7.00 pagi - Pergi sekolah
   2.00 tengahari - pulang dari sekolah ke transit guna van
   3.00 tengahari - sampai lokasi transit / tadika, mandi, makan dan belajar Al-Quran.
   6.00 Petang - Balik rumah, mandi, main, makan, buat kerja rumah.
   8.30 Malam - Buat kerja rumah, nonton TV
   10.00 Malam -  Tidor

Hari Cuti
   Sabtu dan Ahad seperti diatas juga cuma tak ke sekolah @ transit tetapi ke tuisyen.

Begitulah rutin harian seorang pelajar.

Kita selalu cakap kepada anak-anak "Sekarang belajar sungguh-sungguh nanti besar dapat kerja baik-baik, haaaaa masa tulah boleh rehat, nak jalan sana nak jalan sini. Ibu dan ayah bekorban masa dan wang ringgit supaya kamu belajar pandai-pandai" .
Gambar dari Google
Tapi ketika budak itu sudah besar dan pandai dan mendapat pekerjaan yang bagus. Bolehkah dia nak bersenang-senang, jalan-jalan sesuka hati. Ketika itu seperti kita sekarang ini juga kena kerja dan jika dah bekeluarga banyak di luangkan masa untuk keluarga. Dia akan berkata kepada anak-anaknya seperti apa yang kita katakan kepada mereka suatu ketika dulu.

Nasihat ini supaya anak-anak belajar bersungguh-sungguh supaya di kemudian hari dapat mencari rezeki, mengurus diri sendiri dan juga dapat berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat dan juga menjadi anak-anak yang soleh/solehah.

Jadi bila yang sebenar-benarnya masa berehat dan bersenang-senang ??

Sebenarnya masa berehat ialah setelah kita mati. Segala pengalaman dan amalan yang di habiskan di dunia ini akan di himpunkan dalam satu resume yang akan menentukan keselesaan di SANA.

Selamat beramal....