TALESKA - IPPT

Dah hampir isteri aku nak mula kerja dari cuti 2 bulan. Jenuh la juga mencari tempat mengasuh anak ke tiga aku, Ahmad Firas. Lalu talipon la kawan aku yang duduk kat Lorong Bentara ( Taman Bertam Perdana) kot-kot kat sana ada orang yang ambil mengasuh bayi. Dia bagi tahu USM Bertam ( IPPT ) ada buat nursery untuk kanak-kanak. Diberitahu juga nursery tu buka awal bulan Jun 2010 di Bertam Putra.

Macam biasa hari Isnin ada Pasar Malam di Bertam Putra, selepas membeli belah di pasar malam ternampak la aku lot perniagaan yang disewa oleh IPPT USM. Belek-belek bangunan tu ada satu atau dua lot di tulis Day Care.

Jadi pada hari Selasa 1hb Jun, apa lagi pagi-pagi kami pun pi la tempat tadi. Aku ambil Book Off. Tengok blok tu macam tak ada orang saja, lalu aku pi ke lot sebelah tanya staf kat situ. Lalu dia bagi tahu Day Care tu bukan nursery tapi tempat rawatan. Ditunjuknya aku ke hujung blok bangunan tersebut. Bukan setakat tunjuk tapi bawa aku ke tempat nursery tu. Aku pun tak tau nama dia, tapi cara layanan tu mamang baik, terima kasih.
Sampai kat sana, nampak luar macam biasa ja, mungkin baru lagi, tak nampak pun macam nursery. Apabila masuk dalam fulamakkk memang terpegun la. Lengkap. Staf kat situ memang ramah. Aku melawat la kat dalam tu. Nursery ni dinamakan TALESKA ( Taman Asuhan Lestari Kanak-kanak ).


TALESKA ini hanya menerima kanak-kanak dari bayi ke umur empat tahun sahaja. Kat dalam TALESKA nie dibahagikan kepada 2 bahagian. Satu untuk yang dah boleh bermain dan satu lagi untuk bayi. Untuk kanak-kanak yang dah besar disediakan banyak juga alat mainan.
Nie dia anak lelaki aku apa lagi pulun main la, kesian masa dia dulu tak tadika tak ada benda macam nie.
Kemudahan lain yang disediakan ialah bilik menyusu, ini untuk ibu-ibu yang waktu rehat dapat datang ke TALESKA untuk menyusu. Sesuai la untuk ibu-ibu yang bekerja di sekitar terutama staf IPPT. Tandas yang mesra kanak-kanak. Alat permainan tak payah cerita memang banyak. TALESKA ini bukan sahaja untuk staf IPPT atau USM sahaja tetapi dibuka kepada orang luar.


Buat masa sekarang TALESKA ini beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Kalau macam aku nie yang bekerja jauh tak dapat la nak sampai waktu tu. Jadi kami minta staf disitu pertimbangkan untuk menerima bayi lebih awal dan ambil lewat sediki. Mereka tak dapat beri keputusan sebab ini merupakan hari pertama mereka. Jadi mereka beritahu aku perkara tersebut akan dibincangkan pada waktu petang nanti bersama Guru Besar iaitu Pn Norzihan (staf nurse).

Sebelum aku pi kerja semula, nak jadi apa-apa pun aku booking tempat untuk anak aku dulu ( kena cepat sebab mereka hanya terima 11 orang bayi sahaja ). Lebih kurang jam 4 petang staf kat TALESKA talipon aku beritahu mereka boleh terima anak aku jam 7 pagi dan ambil balik jam 6 petang. Alhamdulillah. Selepas balik kerja, malam tu kami ke kedai barangan bayi Miki Babyland untuk membeli keperluan. Pagi tadi mereka dah bagi senarai keperluan yang perlu dibawa ke sana.

Esoknya aku ambil book off lagi untuk hantar anak aku ke situ dan selesaikan apa-apa yang patut seperti yuran dan pendaftaran. Berjumpalah dengan staf yang bertanggungjawab menjaga anak aku Pn Saodah. Cerita la serba sedikit tentang perangai anak aku tu. Selesai ja aku pi kerja semula.

Tak berapa lama Pn Norzihan talipon aku beritahu tentang bayaran untuk kerja lebih masa ( bayaran ini untuk pengasuh tersebut) dan diceritanya tentang botol-botol yang boleh digunakan untuk penyusuan sebab ada juga botol yang mempunyai bahan yang boleh menyebabkan kanak-kanak jadi gemuk dan di cerita juga tentang ibu-ibu boleh sejuk beku susu yang di pam dan boleh dibawa ke TALESKA, mereka akan beri susu itu kepada bayi. Mereka sangat menggalakkan penyusuan oleh ibu. Tapi kami nak buat cam mana bekerja tempat jauh.

Dari pandangan aku buat masa sekarang berbaloi la hantar anak kat sini. Kepada yang berminat cepat-cepat tempat terhad.

3 comments:

  1. Asalam puan. T.kasih mengenai article ini. Sebenarnya saya memerlukan pengasuh utk bayi dlm kandungan ini. Saya terbaca blog puan dan tertarik dgn tmpat asuhan ini. Boleh saya tanya lebih lanjut mengenai tempat penjagaan tersebut? T.kasih

    ReplyDelete
  2. Asalam puan. T.kasih mengenai article ini. Sebenarnya saya memerlukan pengasuh utk bayi dlm kandungan ini. Saya terbaca blog puan dan tertarik dgn tmpat asuhan ini. Boleh saya tanya lebih lanjut mengenai tempat penjagaan tersebut? T.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam... taleska nie dah tutup.. baca sini http://harrizam.blogspot.my/2013/06/taleska-hari-terakhir.html?m=1. Kat kawasan berdekatan seperti bertam putra dan bertam perdana banyak pusat asuhan yg ok.

      Delete