Melaka - Hari 1 : Singgah Di Roti Canai D'Bukit

Dah lama tak update blog tetiba bersemangat pula. Cerita dah lama tapi kena tulis juga sebagai kenangan. Jalan-jalan makan angin orang putih kata "walk-walk eat air". Percutian hujung tahun keluarga belah isteri ke Melaka. Apa-apa pun sebelum ke Melaka semua berhimpun di KL dulu. Dari KL baru bertolak ke Melaka.

Hari Khamis 15hb Disember 2016 awal pagi, tapi tak lah awal sangat tapi waktu pagilah reramai keluar dari rumah abang ipar aku di KL. Pakat semua tak sarapan, katanya ada satu tempat yang sedap. Aku ikut saja, kawasan KL nie mana aku tahu. Perjalanan ke tempat ini pun macam adventure sikit. Pusing sana pusing sini naik bukit baru sampai. Tu dia dah nampak Roti Canai D'Bukit. Memang patut pun nama kedai D'Bukit sebab nak sampai tempat ini seperti kena naik bukit.
Roti Canai D'Bukit


Sebuah gerai makan yang terletak atas bukit (bukan bukit tinggi pun), ada juga kampung bersebelahan sini. Parking disini banyak tapi oleh kerana pengunjung pun ramai juga maka parking menjadi tak berapa banyak, hahaaaa entah apa-apa ayat yang keluar. Parking disini tolong paang hand break sebab kawasan bercerun, mana tahu tetiba kereta dah berpindah tempat.

Masuk kedalam, luas juga kedai Roti Canai D'Bukit ini. Suasana dalam aman dan bersih. Dapatkan meja dulu, kami pilih satu penjuru untuk bersantap. Duduk sahaja pelayan pun datang. Apa nak makan? Oder sahaja tak perlu tunggu lama pesanan pun sampai. Memang cepat dan layana pun mesra. Layan saja pilihan makanan pagi kami kat bawah.
Nasi Lemak Kerang dengan Ayam Goreng Berempah.

Roti Canai dengan Kari Kambing

Kedai ini dibuka dari pagi hingga tengahari saja jadi paham-pahamlah disediakan menu untuk sarapan sahaja. Walau pun untuk sarapan, menu yang disajikan boleh tahan banyak juga antaranya berbagai roti canai, nasi lemak, mee jawa, soto dan juga disediakan pilihan lauk seperti sotong, kerang, kambing, daging pilih saja yang mana berkenan.
Roti canai kegemaran rakyat Malaysia

Ruang kedai yang luas dan selesa

Alhamdulillah kenyang. Bagi aku sarapan disini memang sedap dan harga pun taklah terlampau mahal memang berbaloi. Hidangan yang dipesan pun pantas, tak perlu tunggu lama. Ruang makan pula luas dan selesa taklah terlanggar kerusi sana sini dan juga kebersihan dijaga dengan baik. Tak sia-sia panjat bukit (macam aku datang joging).

Sembang dengan pelayan baru tahu tokey kedai ini pun dari utara. Sempat berjumpa dengan tokey kedai. Sungguh ramah tokey kedai ini, patut pelayan-pelayan dia pun ramah. Habis makan sebelum balik tokey datang bagi duit raya kat bebudak lagi. Alhamdulillah semoga murah rezeki.
Yang berdiri tu tokey kedai. Aku lupa nama dia, memang peramah.

Untuk yang nak datang merasai keenakan roti canai dengan ayam atau kambing disini aku bagi sedikit maklumat.

Alamat:
Roti Canai D'Bukit
Bandar Baru Bangi
(alamat macam tak lengkap saja, jadi baik guna GPS senang cari)

Waktu buka:
Dibuka Selasa hingga Ahad dari jam 6.30 pagi hingga 12 tengahari dan hari Isnin tutup.

Telefon :
010-4012268

Nak mudah guna GPS sebab lokasi yang adventure sikit.
2°58'08.6"N 101°45'01.2"E
2.969068, 101.750336

Lokasi dari Google Map:



No comments:

Post a Comment