Melaka - Hari 1 : Limastiga Homestay

Alhamdulillah setelah berhenti dibeberapa perhentian maka sampailah ke Umbai. Melalui Jalan Paya Dalam / Umbai melintasi kampung-kampung dan juga taman perumahan maka baru sampai ke destinasi. Dari luar hanya kelihatan tembok bata dan juga pokok buluh sahaja. Di tembok bata tertulis Limatiga, homestay yang kami akan inap ketika di Melaka. Setelah dibuka pintu gate kayu baru kelihatan homestay didalamnya. Perghhhh.. macam didalam kampung dengan pokok-pokok hiasan, kolam dan juga rumah kayu. Yang paling penting ada kolam renang.
Limastiga Homestay
Anak-anak tengok kolam dah tak tahan, kira nak terjun saja. Tapi sabar dulu mak bapa nak rehat sekejap. Bebudak mandi mak bapa kena ada kat kolam tu terutama yang kecil Ahmad Firas dan Nur Fatini.

OKlah malas nak tulis panjang-panjang jadi aku recap gambar-gambar selama 3 hari kami berada di Limastiga Homestay ini.

Kolam dewasa

Kolam kanak-kanak
Limastiga ini terdapat 3 buah rumah. Dinamakan rumah 1, rumah 2 dan rumah 3. Segala kemudahan lengkap dengan air cond, TV, Wifi, tuala, shampo, sabun. Rumah 1 disediakan sebuah dapur yang lengkap dengan dapur masak, peti ais, microwave, alatan memasak dan juga ada lesung batu.
Bilik tidur yang lengkap dengan 2 katil Queen, TV, aircond.


Ruang tamu Rumah 1.

Disediakan juga ubat nyamuk.
Dapur Rumah 1 yang lengkap dengan segala kelengkapan seperti dapur masak, peti ais, oven, pisau, pinggan mangkuk, camca, lesung batu pun ada.

Dapur serba lengkap, jadi boleh bawa bahan mentah dan masak di sini. Jimat.
Setiap rumah disediakan balkoni atau beranda yang mengadap kolam renang. Jadi bolehlah lepak-lepak sambil minum kopi.

Yang ini menjadi tarikan utama, asal ada masa sahaja tempat ini menjadi tumpuan, kolam renang. Asal matahari terbit sahaja nak melmpat masuk tak kira bebudak atau mak pak budak. Disediakan dua buah kolam, untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Berbagai aktiviti air boleh dilakukan.

Dua budak kecil yang kadang-kadang terlebih berani.

Game sambut belon air
Setelah penat mandi. Kakak Sarah melayan adik. Meggi menjadi rebutan. 
Selain dari itu disediakan juga sebuah dewan terbuka dimana didalamnya ada beberapa meja. Bolehlah makan-makan dan buat BBQ disini. Tempat BBQ disediakan tapi bahan kena bawa sendiri la.
Malam boleh BBQ. Alatan untuk BBQ disediakan.

Pizza bukan buat sendiri... oder saja.
Dah puas berendah, mak bapak dok pikir bilangan baju, dah banyak yang basah. Nak basuh penatlah juga ditambah dengan nak tunggu kering. Homestay ini tak disediakan mesin basuh. Nak tak nak kena hantar dobi. Kami keluar cari di Pernu  tapi tak jumpa, terus ke Telok Emas berpandu kepada maklumat penduduk disitu. Jumpa sebuah kedai Dobi Layan Diri di Taman Seri Telok Emas.
Kedai dobi layan diri.
Limastiga ini ada tiga buah rumah dan dalam rumah utama atau rumah satu disediakan dapur yang lengkap dan ditengah-tengahnya kolam renang dan terdapat satu ruang seperti tempat makan yang hanya berbumbung, bolehlah jika nak BBQ. Parking didalam kawasan Limastiga terhad, boleh masuk 4 buah sahaja. Kalau terlebih kereta boleh sahaja parking di bahu jalan.

Kalau sampai Homstay Limastiga macam tak nak keluar maklumlah semua engkap, keluar rumah saja dah boleh bernang.

Limastiga ini berkonsepkan privite homestay, oleh itu kena sewa ketiga-tiga sekali. Bila dah sewa jadi seperti hak milik sendiri lah, orang lain tak boleh tumpang-tumpang hahahahaa.  Kalau berminat hendak menginap di sini, dibawah aku letakkan maklumat.

Alamat:
Limastiga homestay
Jalan Paya Dalam / Umbai
Kampung Tasek, Melaka

Web Site:
http://limastiga.blogspot.my/

Telefon / Whatsapp:
0126237687 (Siti)

GPS:
2°10'44.8"N 102°20'42.3"E
2.179116, 102.345078

Lokasi dari Google Map:



No comments:

Post a Comment