Jonker Walk
Haaa pasti tertanya-tanya apa istimewanya Jalan Hang Jebat itu. Jalan inilah yang dikenali sebagai Jonker Walk. Sebut sahaja Jonker Walk semua orang tahu. Sebuah jalan yang dipenuhi dengan gerai-gerai jualan yang menjadi tarikan pelancong di Pekan Cina. Kebanyakan peniaga disini berbangsa cina. Berbagai barangan dapat dibeli dari makanan, cenderamata, kraftangan, hiasan, barangan antik, aksesori handphon, baju dan berbagai lagi. Aktiviti jualan di sini bermula dari jam 6 petang hingga lewat malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
Jonker Walk. |
Ada peniaga barang antik. Kepada yang nak buat ibu duit boleh beli heheheee. |
Ada berbagai makanan yang dijual. Ada yang pelik-pelik. |
Restoran Melayu Melaka
Dah berpeluh berhimpit, perut pun dah berbunyi. Haa.. cari makan dulu. Naik kereta semula dan pandu kesebuah lokasi. Kami masih ditebing Sungai Melaka. Sebuah restoran yang nampak dari Sungai Melaka, Restoran Melayu Melaka. Parking dihadapan restoran, parking pun banyak.
Restoran Melayu Melaka |
Hidangan set pun ada. |
Menu untuk kanak-kanak pun ada. |
Masak Lemak Daging Salai. Yang ni sedap. |
Asam Pedas ikan apa entah, aku dah lupa. |
Sambal Tauhu |
Ayam Kicap untuk budak-budak kecik. |
Sayur campur. |
Sambil makan bolehlah melihat keindahan Sungai Melaka dan beserta bot-bot pelancong. Bolehlah berangan jadi Mat Saleh sambil makan sambil tengok kapal-kapal dagang berlabuh di Sungai Melaka.
Sambil makan bolehlah layan pemandangan Sungai Melaka. |
Restoran Melayu Melaka
Lot 332, Kampung Morten, Melaka
Waktu operasi:
Selasa hingga Ahad dan Isnin tutup. Dibuka dari jam 12 tengahari hingga 11.30 malam.
Telefon:
017-3944564 (Nur Aini Mahmud)
011-29295138 (Aliaa Syahirah Zulkifli)
Laman Web:
http://restoranmelayumelaka.com/
GPS:
2°12'25.5"N 102°14'59.8"E
2.207082, 102.249953
Dari Google Map:
No comments:
Post a Comment