Di Limastiga Homestay ini kalau bawa bekalan cukup bahan masak tak keluar pun OK sebab ada dapur. Boleh lah masak apa yang patut. Alhamdulillah walau lauk ringkas sahaja tapi sedap. Maklumlah dah kecut berendam.
Bangunan Stadthuys
Petang baru di adakan aktiviti luar. Macam nak buat team building. Petang pakat semua ke Bandar Hilir. Dah tentu ke Bangunan Merah, Bangunan Stadhthuys. Tak ke sini maka tak ke Melaka lah.
Masa cuti sekolah memang nak dapat parking amat susah, jadi parking jauh sikit. |
Masih awal, Jonker Walk tak buka lagi |
Gerai cenderamata di sisi Bangunan Stadthuys. Beca pun tak seperti dulu. Dah dihiasi dengan kartun. |
Tinggalan Kota Melaka. |
Melaka River Cruise
Jumpa balik geng-geng yang lain di astaka hadapan Muzium Samudera. Hilangkan dahaga setelah penat berjalan. Ada juga yang hilangkan lapar. Setelah tenaga dikembalikan kami berjalan ke Jeti Sungai Melaka berhampiran Muzium Samudera nak menyusuri kegemilangan zaman silam.
Suasana senja di Sungai Melaka. |
Sedikit maklumat harga tiket Melaka River Cruise dipenghujung tahun 2016. Lokasi tak perlu bagi tahulah kot, tempat ini terlalu femes dah.
Harga tiket sepanjang tahun tak kira hari apa seperti berikut:
Kanak-kanak: RM5.30
Kanak-kanak bawah 2 tahun: Percuma
OKU Dewasa / Kanak-kanak: RM7.50 / RM5.30
Warga Emas dan Pelajar Sekolah (kad pelajar): RM7.50
Tetapi... tetapi... tetapi harga tiket dewasa...
Hari Isnin hingga Khamis:
Dewasa: RM10.60
Hari Jumaat hingga Ahad, cuti umum dan cuti sekolah:
Dewasa: RM15.90
OKlah sambung di post yang akan datang pula...
No comments:
Post a Comment