Warung ini telah tutup
Harap maklum
****9/8/2016****
Makan-makan lagi di Bertam Perdana. Sebuah gerai kecil berada di hujung jalan bersebelahan Kedai Motor Chin Chuan Motor. Gerai ini walau pun kecil tetapi pengunjung boleh tahan ramai. Ada beberapa kali datang tapi tengok dari tepi sahaja sebab meja penuh.
Hidangan yang disediakan semuanya masakan barat, western. Jangan minta tom yam, nasi goreng patprik bagai, memang tak ada. Berbagai pilihan masakan western seperti Chicken Chop, Lamb, Beef Steak, Burger dan Hot Dog. Yang menariknya kepada yang terlampau lapar atau nak rasa saiz besar disediakan King Size XXL. Layan menu dulu.
Menu Western Hot Bytes Bertam. |
Beef + egg burger. Burger ini sedap tapi daging burger yang digunakan tak berapa kena dengan selera aku (daging warna merah yang selalu diguna untuk kebab). Kalau boleh guna daging asli lagi sedap. |
Special Chicken Chop. Dua ketul ayam + telur+ cheese + coslow + french fries. Ayam garing diluar dan dalam lembut, dagingnya pun tebal. Terbaik. |
Chicken Chop + spaghetti. Ayam (kecil) + spaghetti + coslow + french fries. |
Chicken Chop termurah RM5.00. Ayam 2 ketul (kecil) + coslow + french fries. |
Tempat makan di buat terbuka di hadapan gerai. Memang seronok makan tempat terbuka nie. Bolehlah makan santai-santai bersaksikan bulan bintang. Jika hujan boleh pindah ke kaki lima kedai motor sebelah.
Kepada yang nak merasai masakan western disini bolehlah datang. Gerai ini dibuka malam sahaja. Gerai ini di hujung jalan bersebelahan Chin Chuan Motor. Telefon 019-4734000.
GPS:
5.517903, 100.451729
5°31'04.5"N 100°27'06.2"E
No comments:
Post a Comment