Labu Sayong dan Medan Laksa & Cendol

Hampir tengahari kami check out dari Syamille Agrofarm & Resort. Hari terakhir di Perak. Takkan nak balik terus ke Penang. Jadi Sekali lagi kami ke tempat pembuatan Labu Sayong. Kami ketempat yang sama kami datang semalam. Alhamdulillah kali ini dibuka bukan setakat bahagian jualan tetapi juga bahagian bengkel pembuatan. Layan bengkel ini.
Bengkel dan Pusat Jualan Labu Sayong Mehans Entrprise.
Demo membuat labu sayong

Tabah yang dibancuh.

Acuan-acuan membuat labu.

Kakak ini ramah melayan soalan kami. Di ceritakan pembuatan labu sayong dari mula sampai habis. Menurutnya, mereka hanya membuat labu sayong yang warna putih sahaja. Labu yang siap akan dibakar dalam oven dengan suhu tertentu. Untuk mendapatkan labu berwarna hitam mereka menghantar ke tempat lain untuk dibakar dengan sekam padi. Mereka tidak buat labu sayong warna hitam disini sebab pencemaran debu dari bakaran sekam padi menganggu penduduk setempat.
Labu sayong yang telah siap.

Rasanya banyak lagi bengel pebuatan Labu Sayong di Kuala Kangsar ini. Tapi yang ini sahaja aku jumpa. Bengkel ini bukan sekadar membuat labu sayong untuk jualan biasa sahaja tetapi juga menerima tempahan untuk majlis-majlis.

Mehans Enterprise
No 98 Sayong Lembah,
Kuala Kangsar, Perak

Telefon: 017-549 9942, 018-5718843

GPS:
4.771635, 100.948008
4°46'17.9"N 100°56'52.8"E


Dah berpuas hati dapat lihat cara buat labu sayong kami ke Jalan Laksamana sekali lagi ~ Dataran Sungai Perak. Nama pun Jalan Laksamana.. Laksa kat mana? Kali ini ke Medan Cendol Dan Laksa Kuala Kangsar untuk makan pertang.
Medan Cendol dan Laksa Kuala Kangsar.

Masuk ke dalam medan selera ini ternampaklah berderet peniaga yang menjual kebanyakannya cendol dan laksa dan ada sedikit-sedikit menu lain. Pengunjung pun ramai juga. Mungkin semua memang hantu laksa dengan cendol kot.

Tak tau mana nak duduk. Boleh kata pengunjung setiap lokasi lebih kurang sama sahaja. Hantam sajalah labu. Apa lagi pesan cendol dan laksalah. Ini dia dah sampai.
Cendol biasa. Cara jualan cendol disini berbeza sedikit. Yang biasa aku makan, bila disebut cendol biasa maka bahan dalam cendol itu secara automatik akan ada cendol, kacang merah atau jagung. Tetapi disini bila disebut cendol biasa maka dalam cendol itu ada cendol sahaja. Kalau nak dimasukkan benda lain seperti jagung atau kacang perlu diberi tahu denga tambahan sedikit bayaran.

Laksa. Kuah ceroi saja tetapi sedap. Ceroi tu cair la.

Oklah makan disini bagi aku biasa-biasa saja. Mungkin bagi orang Perak dah sedap tapi bagi aku ada yang lebih sedap di Kepala Batas ~ mulut masing-masing.

GPS Medan Cendol dan Laksa:
4.772392, 100.944140
4°46'20.6"N 100°56'38.9"E

Selepas makan, pergi ke kedai kraftangan disebelah , beli tudung lauk (tudung saji) dan beberapa bends lain sebelum bertolak balik.

Alhamdulillah selesai suatu perjalanan merangkumi lawatan ke tempat yang pernah mewarnai sejarah tanah air, makan-makan, kraftangan dan menikmati keindahan alam. Mungkin apa yang dihargaai oleh kita sebagai orang dewasa masih tidak dapat dihayati oleh generai muda. Tapi peluang diberi untuk mereka melihat dan merasainya diharap meninggalkan sedikit kesan.

[ Pautan jalan-jalan ke Taiping dan Kuala Kangsar pada 12-14hb Mac 2016 ]

1. Kota Ngah Ibrahim Matang
2. Mee Tulang Mak Jah dan Kilang Arang Kuala Sepetang
3. Medan Selera Belakang Bomba Taiping
4. Bandar Diraja Kuala Kangsar
5. Syamille Agrofarm And Resort Kuala Kangsar
6. Bengkel Labu Sayong & Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar

No comments:

Post a Comment