Dapat surat jemputan, pada pagi 30hb Julai 2016 akan diadakan Hari Ihtifal KAFA cawangan Bertam Perdana. Oklah kena datang sebab Ammar buat persembahan. Cikgu juga minta peserta yang buat persembahan pakai jubah putih. Selak dalam almari tak ada jubah putih. Tak kan nak beli. Isteri aku tanya kawan-kawan dia dan dapatlah sehelai pinjam. Sendat jugalah maklum terlebih saiz, pakai jugalah.
Awal pagi aku hantar dia ke KAFA dulu, mungkin dia nak buat persiapan. Kami datang kemudian.
Aku datang dengan Firas dan Fatini dulu. Isteri akan sampai kemudian. Semasa kami sampai hampir jam 9 pagi. Ibu bapa dah ramai ada dalam dewan. Kami dapat duduk dibelakang dewan saja. OKlah dengan dua bebudak kecik senang nak keluar masuk.
Dapat buku aturcara. Lihat nama Ammar tak ada pun untuk tahun 5. Macam mana dia boleh kata dia dapat hadiah? OKlah layan persembahan dia pun jadilah. Layan gambar acara yang berlangsung.
Ibu bapa memenuhi dewan KAFA. |
Bacaan Al Quran |
Ucapan Pengerusi KAFA Bertamn Perdana, En Mohamad Hisyam |
Perasmian oleh Penyelia KAFA Pejabat Agama Daerah Kepala Batas, Ustaz Jafri. |
Muhammad Ammar & The Geng ber Qasidah. |
Kalam Jamaie. |
Habis sahaja persembahan Ammar tadi. Aku pergi jumpa dia. Dah habis persembahan boleh balik la. Nama dia pun tak ada dalam buku aturcara penerima hadiah. Dia kata dia akan naik pentas. Macam biasalah dah nak merajuk. Tak apalah kami tunggu sampai habis program.
Sampai saja ke tahun lima selepas beberapa pelajar terima hadiah tetiba nama Ammar dipanggil. Masa tu aku ada di luar dewan. Kalut masuk. Dapatlah ambil sekeping gambar dia. Baru tahu dia dapat hadiah untuk Sahsiah Terbaik.
Harap Sahsiah terbaik bukan di KAFA saja tapi mesti di setiap masa. |
Acara pentutup oleh pelajar Tahun 2 dengan tajuk Doa Pilihan dan diikuti oleh persembahan Qasidah oleh pelajar Tahun 3.
OKlah sampai disini dulu. Sebelum balik dapat bekal nasi seorang satu pek. Alhamdulillah ada makanan.
Ahmad Firas nak rasa air oran cikgu buat sebelum balik. |
Disini kami ingin mengucapkan ruibuan terima kasih kepada guru-guru dan pihak pengurusan KAFA Bertam Perdana yang telah mengajar agama dan juga menyediakan kemudahan pembelajaran kepada anak kami. Moga dengan ilmu yang diperolehi menjadi anak-anak yang soleh.
No comments:
Post a Comment