Zoo Taiping. |
Tiket masuk zoo dah ada GST, mungkin haiwan dalam tu dah dah kenakan GST kepada pegurusan zoo. |
Disini bolehlah budak-budak melihat binatang-binatang sambil tambah ilmu pengetahuan dan keluarkan peluh. Semasa cuti sekolah pengunjung memang ramai. Kenalah parking jauh sikit. OKlah layan saja gambar dalam zoo nie.
Sampai saja ke sini, naik tram dulu pusing zoo. |
Dah habis satu pusingan dengan tram baru jalan-jalan. |
Peluh dah banyak keluar, rehat sebentar. |
Sedikit maklumat Zoo Taiping.
Untuk lawatan waktu siang: 8.30 pagi hingga 6 petang.
Harga tiket ~ harga termasuk GST:
Dewasa RM 17.00
Kanak-kanak (3-12 tahun) RM 8.50
Warga emas RM 8.50
Zoo Taiping ini juga ada Night Safari. Bolehlah merasai pengalaman meneroka zoo waktu malam dimana ketika ini ada beberapa haiwan seperti harimau yang aktif.
Waktu lawatan Night Safari: 8 malam hingga 11 malam.
Harga tiket untuk Night Safari ~ harga termasuk GST:
Dewasa RM 21.20
Kanak-kanak (3-12 tahun) RM 10.60
Warga emas RM 10.60
Habis saja ronda-ronda dalam Zoo dah tengahari. Waktu lalu dalam Taman Tasik Taiping nie ada ternampak taman permainan. Bebudak macam seronok nak cuba ja. Berhenti dulu bagi mereka puas hati. Boleh tahan banyak alat permainan disini. Kalaulah Vision Park ada macam ini baru best.
Taman Tasik Taiping. |
Oklah jam pun dah hampir pukul 2 tengahari. Perut pun dah meminta diisi. Bebudak kalau boleh main, makan boleh lupa. Jom cari makan pula.
[ Pautan jalan-jalan ke Taiping 2/6/2015]
1. Zoo Taiping
2. Restoran Terapung JS Muara Kuala Gula
thank you.. nak pergi jugak ni mggu depan
ReplyDeleteTerima kasih lawat k sini
Delete