Friday, January 29, 2016

Tanjung Dawai

Jom membeli belah ikan masin dan ikan bilis. Tuuu dia macam nak borong saja. Kali nie saja jalan-jalan ke Tanjung Dawai. Lama dah tak ke sana.
Tanjung Dawai
Melalui Pekan Semeling. Disini pun dah kena demam conteng dinding ~ mural.
Biasalah tempat persinggahan pertama di Tanjung Dawai mestilah ke Komplek Arked Tanjung Dawai. Tempat berhimpunnya peniaga hasil laut. Cuci mata tengok ikan kering dengan ikan bilis. Cuti mata serupa pi supermarket. Ronda-ronda sekejap di situ.
Tanjung Dawai
Arked Tanjung Dawai
Tanjung Dawai
Berbagai hasil laut dijual
Tanjung Dawai
Bergambar dengan Jeti Tanjung Dawai.
Beli air kopi ais dihadapan komplek dan terus ke tepi pantai. Layan sekejap tepi pantai sambil menikmati kopi. Dibuai angin dari Selat Melaka.
Tanjung Dawai
Layan keindahan pantai Tanjung Dawai di tengahari.

Puas lepak-lepak perjalanan diteruskan menyusuri jalan ditepi pantai hingga ke kedai yang menjual hasil laut. Di sini cuci mata sambil membeli belah. Ada orang kata disini lebih murah dan banyak pilihan. Belilah apa yang patut buat stok di rumah. Sedap juga makan ikan talang masin dengan pajeri ~ tetiba tertelan air liur.
Tanjung Dawai
Perniagaan Shahani ~ berbagai jenis hasil laut seperti ikan kering dan bilis dijual. GPS: 5.690956, 100.356767 atau 5°41'27.4"N 100°21'24.4"E
Tanjung Dawai

Berhadapan dengan kedai Shahani terdapat satu kedai kecil yang didalamnya ada dua orang tua, rasanya suami isteri. Yang menarik perhatian aku ialah disamping barangan runcit, bersusun belacan diatas meja. Belacan specialist.
Tanjung Dawai
Bersebelahan kedai ada bangsal dengan seorang mak cik sedang mengacuankan serbuk belacan menjadi seperti blok-blok bata.
Tanjung Dawai
Serbuk belacan yang telah siap di masukkan dalam acuan menjadi seperti blok-blok bata.
Menurut pakcik yang menjaga kedai, ada dua jenis belacan. Belacan tumbuk atau buatan tangan dan satu lagi buatan mesin. Aku dah terlupa apa bezanya tapi salah satu kurang masin dan salah satu tahan lebih lama. Kami sambar seketul dua nak rasa, mana tahu tiba-tiba mengidam belacan Tanjung Dawai.

Oklah dah letih menulis, sambung di entry lain.

[ Pautan jalan-jalan ke Taiping 13/6/2015]

1. Tanjung Dawai
2. Naim Gulai Sembilang
3. Muzium Arkeologi Lembah Bujang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...