Sejak subsidi minyak RON95 ditarik balik dah dua kali berturut-turut harga minyak turun dan yang terkini bulan Januari 2015 harga RON 95 dah jadi RM1.70. Maka seboklah pengguna mempersoalkan harga barang tak turun pun walau harga minyak dah turun. Dulu asal harga minyak naik menjadi asbab harga barang atau perkhidmatan dinaikkan.
Sekarang lepas harga minyak turun peniaga memberi alasan lain pula seperti bayaran gaji pekerja tinggi, harga penyelenggaraan tinggi dan macam-macam lah.
Rasanya tak payah persoalkanlah perkara nie. Nie punya cerita macam kisah Bangau oh Bangau. Kalau tanya pengusaha bas kenapa tambang tak turun nanti dijawab bayaran penyelenggaraan tinggi. Tanya pula bengel kenapa bayaran tinggi dia cakap harga alatan dah naik. Tanya pula pembekal kenapa harga alatan naik dijawab gaji pekerja mahal. Tanya pula pekerja kenapa gaji minta mahal nanti dijawab bayaran tadika, bayaran bas sekolah, harga barang harian meningkat dan macam-macam lagilah dah naik. Pusing-pusing tang tu jugak.
Lagi pun rakyat Malaysia nie pemaaf dan mudah lupa. Keluar isu lain sebulan dua lagi hilanglah apa yang dirungutkan.
Satu lagi yang rasanya boleh dapat kemurungan ialah sebelum subsidi ditarik balik pada 1 Disember 2014 aku lihat harga minyak sentiasa saja naik. Tetapi setelah subsidi ditarik harga minyak boleh turun sehingga murah dari harga subsidi. Adakah ketika itu memang harga minyak meningkat tinggi dan kebetulan setelah subsidi ditarik balik harga minyak dengan tak sengaja telah turun mendadak?
Mulanya aku rasa kerajaan tak prihatin dengan masalah rakyat dengan pemotongan subsidi. Tapi setelah pemotongan baru aku tahu hasrat yang hendak disampaikan kerajaan. Subsidi akan meningkatkan harga minyak dan pemotongan subsidi akan mengurangkan harga minyak.
Harap harga yang rendah nie berkekalan. Jangan harap cerah hingga ke petang tapi hujan ditengahari.

singgah malam ke sini harrizam, dapat juga menikmati kesan dari kejatuhan harga minyak dunia bila tangki penuh dgn nilai rm yang kurang kan, bab peniaga ni memang setiap masa mau untung sahaja.. sakit hati gak lah :(
ReplyDeleteTq singgah kat sini... baru terasa selesa sikit nak tekan minyak.
Delete