Thailand : Hat Yai

Awal pagi dah siap berkemas. Hari nie selamat tinggal Krabi, rombongan akan pulang ketanah air. Dah datang jauh-jauh jadi sebelum sampai tanah air, singgah dulu ke Hat Yai.
Krabi Heritage Hotel.

Perjalanan yang boleh kata jauh dan memakan masa yang lama juga, jadi driver tu cakap kalau sampai awal baru boleh singgah ke Hatyai. Dalam perjalanan bas berhenti kat hentian apa entah, tapi bas selalu berhenti kat sini. Tempat yang kami makan malam ketika sampai ke Trang.

Bolehlah ke bilik air atau membeli sedikit buah tangan. Kat sini ada makanan yang halal dan ada yang tak halal., jadi pilih elok-elok. Ada juga restoran halal kat belakang kedai nie.
Telur masin menjadi buah tangan.

Tandas yang sempoi kat Thailand.

Sebelum sampai ke Hat Yai kami singgah ke Hatyai Rama Hotel untuk makan tengahari. Kat sini makanan mengikut citarasa lidah aku tak berapa sedap. Mungkin rasa asli Thai. Hari dah petang, alhamdulillah sapai juga ke Hat Yai, driver bas bagi masa 2 jam sahaja untuk pusing-pusing.

Sampai Hat yai apa lagi pakat-pakat keluar macam lipas kudong la sebab masa yang diberi sangat pendek maklumlah dalam kepala hotak macam-macam nak beli kannn.

Aku dok target nak beli backpack untuk jadikan beg sekolah Siti Sarah dengan Muhammad Ammar. Dah berapa beg yang dok beli kat depa asyik putus tali, koyak dan macam-macam lagilah. Maklumlah buku yang nak dibawa banyak dan berat. Orang cakap beg kat sini murah, bukan yang original lah. Dan pastikan beli yang buatan Vietnam sebab lebih berkualiti dan tahan lama dari buatan China.

Kat sini ada supermarket dan juga deretan bazar. Aku cuma masuk bazar-bazar nie saja. Macam-macam yang dijual dari pakaian, makanan, mainan dan berbagai lagilah. Kebanyakan menjual barangan tiruan, jadi pandai-pandailah menawar.


Pusing sana pusing sini, tawar sana tawar sini, alhamdulillah apa yang dihajat dapat juga. Berpeluh juga mengejar masa. Hari dah malam dan perjalanan di teruskan semula. Hampir jam 2 pagi kami sampai ke USM semula.

Perjalana nie kami ditemani driver dan pemandu pelancon dari syarikat Mahaizah. Lupa pulak nama depa. Alhamdulillah diberikan keselamatan dalam perjalanan ini.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Thailand Disember 2013 ]

1- Thailand : Trang
2- Thailand : Krabi
3- Thailand : Krabi ~ Island Hopping
4- Thailand : Krabi ~ Pasar Malam Muslim
5- Thailand : Hat Yai


2 comments:

  1. Bestnya, merantau ke negeri orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada yang sponser... dapat tengok negeri orang.

      Delete