Buku kerja Ahmad Firas ~ bukan main banyak!!! |
Baju hijau dengan kasut sekolah baru. |
Dua-dua dah siap... |
PASTI Putra Ibnu Sina Bandar Putra Bertam |
Sampai sekarang Ahmad Firas dok sebut Tadika PASTI sebagai Baitul Ummi sebab masa dok survey tadika tahun lepas adalah pi ke Tadika Baitul Ummi. Mungkin dia nampak menarik kot, terus lepas tu lekat nama Tadika Baitul Ummi walau kami letak dia kat tadika lain.
Lapas nie apa ekkkk?? |
Bersama kawan-kawan. |
Selepas dia dok dalam kelas, kami tunggu kat luar sekejap. Dok tengok kot-kot tetiba baralih angin, pi teriak. Tapi dok tengok OK ja, kalau dia toleh belakang nampak kami siap babai lagi. Rasa macam OK ja kami pun beredarlah, pi makan pagi sambil standby kot-kot cikgu talipon.
Tadika nie kami ambil pekej setengah hari saja, tengahari Cikgu Azi dari taska lama akan ambil tarnsit dengan adik dia. Lepas makan pagi kami pi tengok sekali lagi. Nampak OK saja pakat-pakat tengok reramai cerita Upin Ipin. Agenda petang ada lagi.
Dok sekejap kat rumah, Muhammad Ammar pula balik dan kami semua keluar pi makan tengahari. Selepas balik ada agenda lain pulak. Kali nie Muhammad Ammar kami daftar untuk Kelas KAFA sebelah petang. Kelas tiga kali seminggu setiap Isnin, Selasa dan Rabu mula jam 3 petang.
KAFA Bertam Perdana |
Ramai yang ambil kelas KAFA nie. Boleh kata memasing dah kenai sebab satu sekolah. |
Ketika ini ibu bapa berpusu-pusu menginginkan anak-anaknya berjaya tak saja dalam akademik tapi juga bidang keagamaan. Maklumlah cabaran masa depan yang lebih mencabar dengan berbagai gejala. Anak-anak nie juga yang akan menjadi aset kita setelah mati. Kelas KAFA nie salah satu yang menjadi pilihan serampang dua mata. Ilmu dapat dan sijil pun dapat.
Kalau tak hadiri kelas KAFA pun, pelajar boleh ambil ujian UPKK saja. Matapelajaran ala-ala KAFA nie boleh dapat juga kat transit yang sediakan pengajian Pra-Tahfiz. Pengajian pun baik juga cuma tidak ada sijil.
KAFA nie walau kelas tambahan dan tak wajib di ambil tapi boleh kata penting sebab keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA ( UPKK ) nie termasuk dalam sijil-sijil yang akan di tanya ketika mengisi borang atas talian terutama untuk memasuki Sekolah Menengah Agama. Ini kami ambil pengajaran dari proses masuk tingkatan 1 Siti Sarah. Walau tak wajib tapi perlu. Walau lepas UPSR ada ujian agama tetapi sijil UPKK ini lagi power katanya.
Dalam dok berebut mengejar sijil kerap kali berlaku pertembungan masa antara kelas KAFA, aktiviti kokurikulum, sukan dan kelas-kelas tambahan di sekolah. Jika bertembung, kadang-kadang ibu bapa tak tahu mana yang perlu diutamakan. Sebab semua aktiviti ini mempunyai nilai-nilai tersendiri.
Kenapalah kerajaan tak serapkan KAFA menjadi sebahagian dari pendidikan di sekolah? Bukan sahaja memudahkan ibu bapa yang bercita-cita untuk hantar anak ke sekolah agama tetapi juga meningkatkan pengetahuan agama anak-anak.
Kepada Muhammad Ammar dan Ahmad Firas di doakan menjadi pelajar cemerlang yang dapat menguasi ilmu dunia dan akhirat dan beramal dengannya.
No comments:
Post a Comment