CIMB di Ao Nang |
Petang sedikit kami berkumpul semula untuk makan malam. Naik bas semula. Dalam perjalanan ternampak sebuah masjid yang dalam pembinaan, besar juga. Maklumlah lebih kurang 60 hingga 70 peratus penduduk disini beragama Islam. Lagi pun makanan halal di Krabi terutama di Ao Nang nie mudah di dapati.
Masjid dalam pembinaan ~ mungkin sekarang dah siap boleh digunakan. |
Tak berapa lama, bas pun berhenti. Laaa di bawa ke Restoran Hasna sekali lagi. Ingat dia nak bawa ketempat lain pulak. Bukan tak sedap tapi kalau boleh nak juga rasa makan kat restoran lain. Apa-apa pun rezeki jangan ditolak.
Masa nak balik kali ini pakat ramai-ramai kata nak balik jalan kaki saja sebab dalam perjalanan ke hotel ada sebuah pasar malam Muslim. Tak jauh pun dalam 10 minit jalan kaki. Singgah tengok apa yang ada. Layan gambar kat bawah.
Pasar Malam Muslim Ao Nang |
Kepada yang dah ke Pasar Malam kat pekan Krabi dok tengok benda pelik-pelik tapi tak berani nak cuba, maklumlah tak pasti statusnya halalnya bolehlah beli kat sini. Kebanyakan peniaga menjual makanan.
telur puyuh |
Kat sini dapatlah rasa kuih-kuih yang tak dapat kat Malaysia. Beli serba sedikit makan kongsi-kongsi sebab perut dah kenyang. Patut tadi berhenti kat sini dulu sebelum ke Hasna.
Pasar malam nie dikatakan baru dibuka khasnya untuk peniaga Islam. Dibuka kalau tak silap setiap hari. Lokasi pasar malam nie aku tak berapa pasti, jadi aku tanda kat dalam Google Map merupakan anggaran lokasi sebenar. Kalau salah tolong tegur.
Bolehlah cuba makanan baru kat sini.
[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Thailand Disember 2013 ]
1- Thailand : Trang
2- Thailand : Krabi
3- Thailand : Krabi ~ Island Hopping
4- Thailand : Krabi ~ Pasar Malam Muslim
5- Thailand : Hat Yai
No comments:
Post a Comment