Monday, October 27, 2014

Cadbury Adalah Halal

Selalunya dalam setahun adalah dua ke tiga kali TESCO hantar bauce potongan harga. Dalam sampul tu adalah berderet senarai benda-benda yang diberi diskaun. Tapi kali nie berbeza sikit, Tesco hantar baucer untuk makhluk nie saja. Siap dikepilkan risalah "Cadbury adalah halal".

Macam nak suruh pi mengundi pulak. Bersungguh betul nak meyakinkan rakyat Malaysia kesucian cekelat nie.

Bukan sikit diberi diskaun, RM5.50 untuk dua keping coklat. Mungkin dah tak dak arah dah macam mana nak meyakinkan pembeli dari kejadian cokelat Cadbury ada DNA babi yang lepas.

Lain kali tak payah hantar surat, terus hantar cokelat. Senang, jimat masa dan jimat minyak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...