Thursday, October 2, 2014

Warung Kelapa Sawit Juru - Bawal Panas

Lepas servis kereta kat Autocity Juru terus cari gerai jual bawal goreng panas yang dah lama dengar cerita macam best ja.
DSCF4790
Perjalanan ke Warung Kelapa Sawit aka Warong Bawal Goreng Panas Juru.
Aku tak tau kat mana, isteri aku yang tunjukan. Tak berapa jauh dari Autocity, sebuah warong tepi jalan yang berdebu bersebelahan ladang kelapa sawit. Warong nie nampak buruk ja tapi pengunjung punyalah ramai. Nama gerai ni pun pelek sikit, Warong Kelapa Sawit. Macam tempat kumpul tandan kelapa sawit pulak. Tapi ramai yang sebut Bawal Panas Juru saja.

DSCF4814
Beratur ambil bawal goreng.
Kami sampai dah tengahari. Kat sini nak makan kat bawah bumbung kedai atau khemah boleh atau nak makan kat bawah pokok kelapa sawit pun boleh. Walau cuaca panas tapi terasa selesa sebab teduh dengan pokok sekitar. Kami pilih dok kat bawah khemah kat situ.
Makan bawah pokok kelapa sawit.
 Selalu kalau sebut bawal goreng mesti diletakkan set bawal goreng yang terdiri dari bawal goreng panas-panas, kuah kari, ulam, sambal belacan dan sambal kicap.  Tapi kat sini tak disediakan semua tu. Pelanggan kena ambil sendiri ikut suka lah macam mana nak buat set, layan diri. Janji sedap.
DSCF4793

Selain bawal goreng disediakan berderet masakan ala kampung. Macam-macam ada, masak kari, cabai, kicap, sayur, sambal. Ulam tak berapa banyak jenis dan biasa-biasa saja.

DSCF4794
DSCF4795
Masakan ala kampung.

Kami ambik nasi campur dengan sedikit lauk saja sebab nak menikmati bawal goreng. Tak lupa ulam dengan sambal kicap dan sambal belacan.
DSCF4797
Kepala hidang, bawal goreng panas.
Bawal digoreng panas-panas dicicah dengan sambal kicap kena pula kari ikan memang terangkat. Sambal kicap tak berapa pedas.

DSCF4798
Bawal goreng panas, sambal kicap, ulam.

Harga makanan boleh kata berpatutan. Bawal mengikut harga pasaran lebih kurang RM5 ke RM6 seekor. Kedai pun bersih, luas dan selesa. Tempat parking bolehlah ditepi jalan atau lorong masuk kegerai.
DSCF4816
Bawal goreng panas
DSCF4812
DSCF4802

Sekitar warong nie ada juga gerai-gerai kecil yang jual air nyoq dan kuih muih kalau tak silap aku. Sambil makan bolehlah menjamu mata dengan suasana hijau.
DSCF4811

Warung Kelapa Sawit juru nie dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 3 petang dan tutup hari Ahad. Alamat di Jalan Tok Kangar, Juru Pulau Pinang. Lokasi tengok peta kat bawah.

GPS : 5°19'12.6"N 100°26'00.1"E
          5.320176, 100.433346


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...