Meatball IKEA Halal?

Sampai hari nie aku masih konpius mengenai status halal Meatball yang di jual kat medan selera IKEA. Tengok orang update blog makan benda nie macam best jeerrr. Kami tak berkesempatan lagi nak makan. Asal kami sampai ja orang beratur panjang, kensel. Kalau dah makan bolehlah dengan bangganya update blog makan benda nie ~ macam bagusss.

Oleh kerana dalam hati dok berazam nak makan kat situ suatu hari nanti, maka aku search kat web Halal JAKIM. Kat ruang Direktori Halal Malaysia aku cari "IKEA". Bila di cari cuma jumpa 4 item sahaja tapi bukan meetball yang terfemes tu. Kesemua makanan keluaran Kyros Food. Mungkin syarikat nie supply barangan kat IKEA.


20hb Disember 2013 aku email pula JAKIM dalam ruang Pertanyaan / Maklumbalas bertanyakan status Food Court Ikea dan meatball yang hebat tu. Selepas hantar pertanyaan aku cuma dapat email kat bawah nie ja. Mungkin auto reply yang berjanji memberi balasan secepat mungkin.

Selepas tu sampai hari nie tak ada jawapan yang tepat. JAKIM tolonglah jawab email aku nie sama ada Halal JAKIM atau halal luar negara (maklumlah produk negara asing) atau apa-apa saja. Kasihan kepada yang telah makan dengan bangganya dan mungkin lepas nie aku pula. Aku sudahi dengan sepotong pantun.

Kalau bilal katakan bilal,
Tidak kami cari tok kadi,
Kalau halal katakan halal,
Jangan kami ternanti-nanti.



Selain dari Ikea kelmarin dulu (26hb Mac 2014) saja jalan-jalan ke Jusco PERDA, lalu depan Restoran Johnny's. Tengok kat dalam ramai orang Melayu makan dengan seleranya. Restoran Johnny's nie syarikat franchise dalam Malaysia. Hari nie aku check kat laman Halal JAKIM. Aku type nama restoran "johnny's" tak jumpa apa-apa maklumat lepas tu type pula nama syarikat "Dynasun" pun tak ada apa-apa maklumat.

 Kadang-kadang orang Melayu nie bila disebut Vegitarian saja secara aitomatik makanan tu halal, dianggap 100% sayur saja. Tak kisah minyak, bahan-bahan masak dan alatan memasak tu datang dari mana. Kalau benar mereka ini ikhlas untuk menarik pengunjung Islam dapatkanlah Sijil Halal JAKIM. Tanpa was-was.

Banyak lagi kedai makan yang ada pengiktirafan Halal, tepuk dada tanya selera. Kalau kedai orang Islam, insyaallah walau tak dak logo halal aku yakin nak masuk tapi bila kedai yang diusaha oleh orang agama lain, kena tapis pikir banyak kalilah.



Nasi Lemak Royale - Pantai Johor

Cuti balik kampung kali nie kami sekeluarga dengan bapak dan mama ngan famili abang aku menerjah Nasi Lemak Royale Pantai Johor. Orang belah Bandaraya Alor Setar cakap Pantai Johoq. Bukan ada pantai pun, jalan raya ada la.
DSCF3351
Nasi Lemak Royale Pantai Johor A
Lepas Maghrib kami ke sana, saja lepak-lepak makan kat luar ~ makan kat kampung pun rasa macam makan kat Kepala Batas ja. Menuju kearah Istana Anak Bukit. Parking jangan risau sebab sebelah gerai tu banyak ruang parking (siapa cepat dia dapat la).

Sampai sana apa lagi pi beratur dulu ambil nasi. Masa sampai orang tak berapa ramai, beratur pun pendek, legaaaaa. Nasi lemak royale nie bukan macam nasi lemak Melayu yang sambal bilis bagai tu. Nasi lemak nie Mamak yang punya.
Remaja zaman sekarang, selfie kejap.
 Walau mamak punya tapi bukan macam kedai mamak yang biasa dok kita tengok. Nasi Lemak Royale nie nasi dia warna kuning dan yang spesialnya kuah campur. Kat kedai mamak lain bila sebut kuah campur, mamak akan campur segala macam jenis kuah yang ada depan dia. Taram ikut suka walau semua kuah tu rasa sama ja ~ kari.. kari...

Kat sini ada dua jenis kuah yang dicampur dengan bangganya, satu warna merah dan satu lagi warna hitam.  Kuah nie yang buat rasa nak mai lagi.
DSCF3322
Nasi lemak kaler kuning seperiuk dan atas stall tu ada dua bekas kuah merah dan hitam. Kuah nie yang buat nak mai lagi.
DSCF3320
Lauk tak banyak pilihan sangat.
 Lauk-lauk lain pun sangat simple, tak banyak pilihan seperti ayam goreng, ayam madu, sotong, ikan, daging, telur. Apa yang menaikkan rasa? Haaa... tu yang aku tulis kat atas, kuah dia.. sebut sekali lagi... kuah dia.
DSCF3346
Menu Nasi Lemak Royale.

Setelah tunjuk sana... tunjuk sini lauk mana berkenan dan yang pasti kena taruh kuah campur, nie dia hasilnya. Walau nampak bersepah, rasa terbaik. 
DSCF3325
Aku punya, ayam goreng, telur rebus dan bendi.
Dibanding dengan cawangan Nasi Lemak Royale Hijau Kuning kat Lebuh Raya Sultan Abdul Halim, rasanya kat sana lebih sedap. Tapi cawangan Hijau Kuning, tak dak pilihan lain. Mesti kena makan nasi lemak ni saja. Tapi kat Pantai Johor nie ada banyak pilihan gerai yang menjual berbagai makanan dibawah satu bumbung. Siapa yang tak boleh makan mamak masak, ada juga masakan Melayu, Indon dan orang putih. Antara menu lain bihun sup, pulut ayam, laksa, chicken chop dan macam-macam lagi.
DSCF3348
Bihun sup dan pulut ayam pun ada.

Boleh pilih macam-macam menu dari gerai-gerai kat sini ikut selera. Aku mestilah nasi royal diraja nie. Kat Penang nasi kandar ada la, tapi tak sama nasi lemak diraja.
DSCF3327

DSCF3330
Remaja zaman sekarang, sebelum makan ambil gambar dulu.

Menu lain yang sempat aku snap ialah pulut ayam dan chicken chop. Pulut ayam mama aku punya aku tak tau rasa apa. Bapak aku oder chicken chop. Tengok chicken chop datang, Ahmad Firas pun nak juga tapi kuah kena asing. Oder ja lah satu lagi kat gerai western.
DSCF3332
Pulut ayam, mama punya.

Kesian Firas, untuk kali nie pun makanan dia lambat juga. Sikit punya lama dok tunggu tak sampai-sampai. Firas dah cemuih, suruh dukong pi tengok gerai chiken chop, nak tengok depa masak. Oklah layan dukong. Dah siap masak dah nak hantar, tengok dia dah letakkan sos atas ayam. Kami oder sos letak asing, takut pedas.
DSCF3333
chicken chop tok wan.

Sekali lagi kena masak. Ingat depa nak buat terus, tapi selamber ja dok buat grill. Aku tengok kat situ ada dua dapur, satu grill dan satu lagi goreng. Yang goreng tak guna pun. Aku pun tanya pasai pa tak buat lagi. Dia kata kena habis buat grill dulu baru boleh buat chicken chop. Lepas grill siap baru dia nyalakan api dapur yang satu lagi, baru buat chicken chop. Nak jimat gas kot. Ishhhh macam nie pun ada ka? Adik, kalau nak berniaga tu buat la benda logik sikit. Tolong lahhh.  Tapi walau lama menunggu, chicken chop nie memang perlu banyak pembaikan dari segi rasa, kuantiti dan juga servis.

DSCF3350
Keseluruhan makan kat sini boleh kata berbaloi walau ada yang tak berapa berkenan. Kawasan gerai pun boleh kata bersih dan luas juga, anak-anak aku boleh berlari-lari. Orang-orang tua boleh makan dan sembang dengan tenang. Parking pun takdak masalah tapi kena datang awai la.

Kalau dah sampai Alor Setar mai la singgah kat Nasi lemak Royal Pantai Johor nie. Waktu operasi dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 12 malam. Kalau nak datang, lokasi gerai nasi lemak nie berada di tepi Jalan Anak Bukit berdekatan simpang ke Gunung Keriang. Lepas makan bolehlah pi melawat Istana Anak Bukit ~ tengok pintu pagar. Mudah google map kat bawah.




Pray For Malaysia

Malaysia semakin gawat dengan berbagai cobaan dan cabaran yang menimpa. Berbagai musibah yang melanda negara satu persatu dengan kegawatan ekonomi, harga barang naik, syiah menular, banjir, kemarau, anti hadis, jerebu, kehilangan kapalterbang MH370, kematian anak-anak orang Islam di konsert dan kemalangan mengerikan yang meragut banyak nyawa. Entah apa lagi ujian dan musibah yang akan diturunkan.

Bila berlaku musibah baru kita ingat tuhan, baru nak berdoa. Tuuu pun kadang-kadang kejadian dah berlaku tiga ke empat hari baru ingat nak minta pertolonganNYA. Dalam dok berhajat denganNYA ada juga yang menggunakan selain dari kuasa Allah untuk menyelesaikan masalah. Yang ni pun karut juga.

Mungkin apa yang berlaku itu datang dari kesilapan yang lalu. Mungkin kita terlalu mengharapkan sanjungan manusia sekeliling dengan berbagai kemungkaran dibuat sehingga mendapat kemurkaan Allah.

“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.” Hadith riwayat At-Tirmizi

Apa yang terjadi ini biarlah manjadi peringatan kepada kita bahawa ada kuasa yang maha agung yang mengawal setiap apa yang berlaku. Bersyukurlah kita masih ada nyawa untuk melihat peringatan yang ditunjukkan. Jadikan ia sebagai "wake up call" untuk tersedar dari lamunan. 

Mulai saat ini kita sentiasa menadah tangan minta pertolonganNYA, minta dijauhkan bala bencana, minta kemakmuran, minta aman dan damai, minta rezeki yang diberkati, minta jangan hilang arah hidup, minta lubang-lubang maksiat ditutup, minta diampunkan dosa yang lalu, minta dikuat dan ditetapkan iman,  minta umat Islam bersatu padu, minta pemimpin-pemimpin menerima hukum tuhan dengan sepenuhnya, minta hukum Allah ditegakkan. Berdoalah tak kira ketika ini kita amat selesa atau dalam kesusahan. Tak perlulah tunggu ujian dan musibah menimpa baru nak ingat kepada pencipta.

Disampaing berdoa, kenalah berusaha dan kuatkan diri untuk berubah ke arah yang lebih baik.

p/s: Berpesan pada diri sendiri.


Roti Canai Tepi Longkang

Nie cerita lama dah, 1hb Februari yang lepas. Hari nie abang ipaq aku balik KL. Apa lagi dibuat rancangan ke Penang ramai-ramai. Kali nie ke Penang dan sarapan kat sana. Tak main sarapan kat Kepala Batas. Ubah angin.

Jadi jalan-jalan cari makan pagi kami kat Penang. Aku kalau kat penang kantoi sikit terutama bab jalan-jalan. Jadi aku follow abang ipar ja lah. Tempat nie biasa aku dengar tapi tak pernah sampai, Roti Canai Transfer Road atau ramai orang sebut Roti Canai Tepi Longkang ja.

DSC_6279
Roti Canai Transfer Road @ Roti Canai Tepi Longkang
Sampai sana parkinglah mana yang patut tepi-tepi jalan tu. Kami sampai lebih kurang jam 10 pagi. Orang boleh kata ramai dah. Gerai roti canai nie terletak betul-betul tepi Jalan Transfer. Bertenggek kat kaki lima sebuah bangunan kat situ.

DSC_6239
Longkang kat tepi kaki lima bangunan tu menjadi tempat makan kami la ~ tu yang boleh dapat nama roti canai tepi longkang. Duduk makan kat sini rasa macam zaman dulu-dulu, makan kat meja panjang
DSC_6235
Roti dah sampai, kuah tak sampai lagi.
Oleh kerana kami umat yang ramai maka sampai sana tak boleh dok sekali. Jadi duduk la kerusi yang kosong dan oder. Dah sampai gerai roti canai dah tentu kana oder roti canai. Sementara roti nak datang kita tengok depa masak roti canai dulu.
DSC_6232
Tukang masak
DSC_6236
Tukang tebar roti.
DSC_6244
Kuah cicah roti canai, dal, ayam, daging dan kambing.
DSC_6242

Roti canai nie datang dengan pencicah biasa tak silap aku kuah dal tapi kalau nak sedap lagi boleh oder kuah daging, ayam atau kambing. Kebanyakan yang makan kat sini mesti oder kuah nie.
DSC_6249
Roti bentuk terkelepet tapi kuah kambing sedap.
Ramai yang kata sedap tapi dengan lidah aku nie, rasa roti canai nie tak berapa sedap. Tambahan pula liat dan juga tepung yang tebal mungkin tak cukup tebar. Tapi yang menyedap dan menutup mulut ialah kuah cicahnya samaada daging, ayam atau kambing. Yang nie yang tutup segala kelemahan roti canai tu.
DSC_6250
Roti bakar dangdut oder gerai sebelah.

Kalau tak nak roti canai boleh oder Roti Bakar Dangdut kat gerai sebelah. Dua keping roti bakar diletak dua biji telur seperuh masak kat atas. Ramai adik beradik aku cakap sedap. Tapi aku tak boleh komen, sebab aku tak makan telur tak masak nie.
DSC_6261
Gerai roti bakar dangdut.
DSC_6259

Seberang jalan dekat dengan gerai roti canai nie ada satu lagi kilang roti yang boleh kata jarang kita jumpa iaitu roti benggali atau roti tawar, Maliia Bakery. Femes kedai roti nie, dah masuk dalam surat khabar. Kat sini boleh borong roti benggali. Cicah dengan ayaq kopi atau gulai semalam memang terbaik.
DSC_6272
Maliia Bakery.
Semua dah kenyang, perjalanan diteruskan ke Batu Ferringhi nak lepak-lepak sambil menikati udara laut Pantai Miami. Kalau air cantik boleh terjun sekali.

Sampai tepi pantai, orang tua tak tergamak nak mandi. Kaler air semacam ja, keruh. Bebudak macam tak kisah pulak. Pakat pi main pasiaq dan lepas tu pelan-pelan masuk keair. Selamber ja mandi.
Pantai Miami bersama E-Coli
 Dalam tengahari lepas makan, pakat-pakat balik. Dok tak berapa lama Ammar sakit perut. Pi klinik ambil ubat macam biasa. Esok lusa dalam TV masuk berita Pantai Batu Ferringhi dicemari e-coli. Laaa tu yang air jadi pekat semacam ja. Ammar masih sakit perut, dia kata dok terminum air laut tu. Sekali lagi bawak Ammar ke klinik pi periksa mana tau dia kana e-coli. Alhamdullillah doktor kata virus biasa saja, Siti Sarah, Ahmad Firas ngan Nur Fatini tak ada cirit birit atau sakit perut.

Sedikit maklumat, Roti Canai Jalan Transfer nie dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi pagi hingga 7 petang dan rehat dari 1 tengahari hingga 3.30 petang. Lokasi tengok Google Map kat bawah.

Restoran Ikan Bakar Din Kepala Batas

Antar hari terakhir seorang staf kat tempat keja aku yang akan bertukar ke Perak. Moh ke Perak le deme. Walau hari keja nak juga buat makan-makan yang best sikit dan jauh banyak.

Memula kena minta izin bos dulu keluar mungkin balik lewat sikit. Bos kata no problem. Dapat lesen dah, apa lagi car pool reramai ke tanah besar. Member jadi driver, dapatlah duduk belakang. Bukan senang nak dapat tengok kiri kanan.

Kali nie ke Kepala Batas. Kepala Batas Penang bukan Kedah punya. Ke Din Ikan Bakar yang terfemes. Dekat dah rumah aku. Tapi pekerja berdedikasi mesti balik opis dulu, tak curi tulang punya.
Restoran Din Ikan Bakar Kepala Batas
Masa sampai lebih kurang jam 12 tengahari. Memang masa yang terbaik, orang tak ramai lagi, lauk pun dah ready dan boleh pilih meja sesuka hati.

Tengok lauk dia punyalah banyak, tak tau nak pilih apa. Jadi aku cuma tengok ja, member-member lain yang pilih. Aku tunggu bedal ja. Kat sini banyak yang berjenis bakar. Pilihan ikan yang berbagai seperti siakap, keli, terubuk lain-lain sotong, udang, ketam, ayam dan danging macam-macam bahagian ada seperti lidah dan yang istimewa daging rimau menangis bakar pun ada.



Daging harimau menangis. Antara menu yang menjadi kegilaan.


Bila kata bakar terutama daging memang nampak hitam legam tapi jangan buat main walau pun hitam tapi rasa terbaikk.
Kaunter bakar dan potong

Yang tak bakar pun ada, mana tau ada yang alah dengan bakar. Tak mau bakar carilah Dolah ka, Ahmad ka. Dahh.. apa merepek nie. Selain bakar kat sini ada juga sup daging, gulai ikan, ikan kering dan beberapa lagi. Tapi tak sebanyak jenis-jenis bakar.



Takkan nak makan lauk saja. Doktor selalu pesan kena ikut piramid makanan, kena ada sayur. Sayur kurang tapi kalau ulam, mak aihhh bertimbun ada petai, terung rebus, kacang kelisa, daun selom dan macam-macam lagi dengan sambal dan air asam berbekas-bekas. Jangan lupa tempoyak pun ada.
Berbagai ulam, sambal belacan, sambal kicap, sambal macang dan tempoyak sebakul
Sorang ambik ni ambik sikit, sorang nuu ambik sikit lelama penuh meja. Nasi dengan air kena oder. Nie dia apa yang ada atas meja.
Dok mai sorang sikit

Haaa.. dah penuh meja

Close up sikit apa yang di ambil sampai penuh meja. Siakap bakar, telur ikan gulai, ayam bakar dua ketul, gulai daging dengan batang pisang, daging rimau menangis bakar enam ketul, kuah kari dengan bendi, ulam (macam-macam)dan berbagai jenis sambal.

 Nak tau daging rimau menangis tu cam mana. Aku mula-mula pun tak tau gak. Tapi bila rasa baru tau. Dia buka daging sangat tapi lebih kepada lemak tepu dan bila makan terasa liat sikit.


Tak sampai sejam, licin. Pakat-pakat tersandar. Harga semua rasanya RM 130.00. Boleh tahan mahal juga. Dah dekat pukul 1 tengahari orang makin ramai, mungkin baru keluar rehat. Selamat kami datang awal, kalau tidak jenuh berebut.
Alhamdulillah... licin

 
Aku rasa ini kali ke dua aku makan kat sini. Dulu aku makan dengan isteri aku, kedai nie tak berapa selesa. Kedai kecil, pelanggan memang ramai. Bersesak-sesak dalam tu ditambah dengan asap dia orang bakar pun masuk kedalam kedai. Memang lepas tu kami tak pi dah.


Tapi kali nie aku datang keadaan dah berubah. Kedai dah besar, dah ambil kedai sebelah, jadi luaslah. Asap pun tak masuk dalam kedai dah. OKlah.
Harga bahan bakar

Dah kenyang apa lagi, nuuu keja dok tunggu dah. Pakat-pakat balik la. Din ikan Bakar Kepala Batas. Nie Kepala Batas Penang bukan Kedah punya. Restoran nie buka setiap hari untuk makan tengahari saja dan tutup hari Jumaat. Lokasi sebelah taliair, nak mudah lihat Google Map kat bawah.



p/s: Kepada kawan aku yang diraikan selamat bertugas kat tempat baru. Moga ceria dan bertugas dengan baik. Pengganti dia akan menyusul kemudian.

Update:
19/5/2014 : Peta lokasi Din Ikan Bakar telah di perbetul. Terima kasih atas komen yang diberikan oleh Tuan Anonymous.