[ 27hb May 2013 ]
Selepas berada di utara Pulau Pinang, Teluk Bahang melihat Toy Museum kini perjalanan diteruskan ke selatan pula. Waktu dah tengahari, jadi dalam perjalanan singgah sembahyang dulu di USM dan kemudian isi perut di Warong Awek Muda. Dah kenyang perjalanan diteruskan ke Batu Maung.
|
War Museum Penang |
Apa yang menariknya Batu maung nie?? Selain dari restoran
Nelayan Pen Mutiara satu lagi tarikan yang wajib kena lawat jika sampai ke Penang iaitu War Museum. Sebuah tapak bersejarah yang masih ada kesan-kesan tinggalan struktur kem tentera dizaman penjajahan British dan Jepun. Kawasan ini dijadikan muzium perang dengan mengekalkan struktur asal.
Untuk ke lokasi, pelawat mesti melalui satu lorong yang sempit untuk naik ke atas bukit. Kiri kanan hutan ~ tapi tak lama lagi akan dikelilingi dengan banglow. Semasa perjalanan naik, ternampak ada sepasang mat saleh yang jalan kaki saja dan bebudak yang naik basikal ~ tak mampu aku nak jalan kaki. Sampai keatas ada sedikit tempat parking dihadapan muzium, terhad. Kami disambut dengan pintu gerbang macam filem Jurasic Park, seolah-olah akan merentasi suatu zaman yang lain.
|
Tokey sedang beri taklimat, cerita sejarah kem. |
Sampai dikaunter kami di sambut oleh tokey tempat tu. Setelah beli tiket, tokey nie akan beri risalah yang mengandungi maklumat kem ini disamping itu beliau juga akan menceritakan serba sedikit sejarah keujudannya. Diberitahu War Museum ini di ujudkan pada tahun 2002 setelah kem ini terbiar sekian lama.
|
Lorong masuk ke kem. |
Kebanyakan barangan dalam muzium merupakan barangan asal ~ walau banyak barangan lagi yang telah dicuri terutama besi.
Semasa nak masuk lorong ke kem disangkut kat atas alang topeng hantu apa entahlah. Firas dan Fatini tengok ja terus nak kena dukong.
|
Tembok laluan yang masih kekal dan kukuh. |
Muzium Perang ini dahulunya merupakan kem dan kubu British yang dibina oleh Jurutera Diraja British dengan buruh tempatan dan juga tawanan perang pada tahun 1930 diatas Bukit Maung menghadap Selat Melaka. Ia digunakan sebagai mempertahankan Pulau Pinang dari musuh sama ada dari udara atau laut. Ia dikendalikan bukan sahaja oleh tentera British tetapi juga tentera Melayu dan Sikh.
Kem ini dibina di kawasan seluas 20 ekar yang menempatkan berbagai kemudahan seperti terowong bawah tanah dilengkapi sistem pengudaraan, terowong simpanan peluru bawah tanah sehingga 9 meter dalam untuk menahan serangan musuh, tempat menembak, pusat logiostik, dewan, pejabat, berek askar, tempat masak, klinik, telaga dan juga terowong bawah tanah yang yang tembus ke Selat Melaka.
|
Terowong untuk ke beberapa bilik di dalam. |
|
Tempat simpanan senjata |
|
Kelongsong mortar askar Jepun. |
Kehebatan kem ini tak kekal lama dibawah tentera British, pada 17 Disember 1941 ketika Perang Dunia Ke2 kem ini telah jatuh ketangan Jepun. Kejatuhan ini disebabkan askar British menyangkakan askar Jepun akan menyerang dari arah laut tetapi andaian mereka salah. Tentera Jepun telah menyerang mereka dari darat.
Dari tarikh itu kem ini telah dijadikan pengkalan tentera Jepun dengan meninggalkan sejarah yang gelap dan kejam. Kem ini juga dijadikan penjara dan juga tempat penyiksaan tahanan untuk mendapatkan maklumat.
|
Kawasan menemak dilengkapi dengan loker peluru. |
|
Loker atau tempat simpanan peluru. |
Ahmad Firas yang biasa suruh dukong kali ini dengan bersemangat
berjalan. Nur Fatini macam biasa memang tak mau dukong, puas dok kepung.
Disebabkan kekejaman tentera Jepun, bukit ini telah menamakan ia sebagai Bukit Hantu disebabkan ramai yang dihantar ke situ tidak kembali, berkemungkinan dipancuntg.
|
Berek askar |
1945, setelah Jepun menyerah kalah, kem ini telah terbiar. Ia telah meninggalkan norstalgia ngeri dan menakutkan. Setelah hampir 60 tahun kemudian kem yang telah sekian lama menyepi dilindungi berbagai tumbuhan telah dibersihkan oleh Johari Shafie untuk dijadikan Muzium Perang.
|
Telaga suatu ketika dulu digunakan. Berhati-hati turun ke lokasi ini. Berbaloi kalau ke telaga nie sebab.... lihat gambar kat bawah. |
Kem ini yang terletak 75 meter dari aras laut mempunyai pemandangan yang menarik menghadap Selat Melaka
|
Jika turun lagi selepas telaga akan jumpa pemandangan Selat Melaka dangan Jambatan Ke2 Pulau Pinang. |
Nak lawat muzium perang nie baik ikut anak panah yang disediakan atau berpandukan kepada brochure yang diberikan supaya tak
sesat tertinggal lokasi tertentu.
|
Firing bay, untuk mengawal udara |
|
Tempat simpanan mayat sementara |
|
Depa tak tau kayu tu rasanya tempat pancung. |
Berek disediakan kepada tentera dibahagikan mengikut bangsa, Brirtish, Melayu dan India dilengkapi dengan tandas. Ada juga berek yang digunakan sebagai bilik memasak dan juga sebagai dewan. Sekarang berek ini masih kekal cuma pengisian didalamnya diletakkan artifek-artifek yang ditemui dikawasan kem dan gambar-gambar.
|
Kuartres. Semua buat lawatan tapak. |
Berbagai artifek sebenar yang boleh dilihat dipamer disekitar muzium ini seperti alat penyiksaan, pakaian tentera, alat memasak, alat pertukangan, kelongsong peluru dan lain-lain.
|
Alat-alat penyiksaan yang di pamerkan |
|
Jadi ahlil muzik pulak. |
|
Dapur |
Pejabat, dewan dan juga bilik telekomunikasi dibina didalam terowong kalis peluru yang siap dengan laluan keselamatan dan juga pengudaraan.
|
Pintu terowong untuk ke bilik-bilik strategi. |
Memang berbaloilah melawat tempat ni, maklumat dapat dan bersenam pun dapat. Puas hati jalan naik bukit turun bukit, peluh sampai ke tumit. Untuk melawat keseluruhan
tempat nie rasanya ambil masa 2 ke 3 jam baru puas hati. Ada sesetengah tempat yang meremang bulu roma sebab dihiasi dengan patung-patung yang menyeramkan.
Jangan lupa dipintu masuk disediakan pakaian askar bersama topi dan senapang. Pengunjung boleh pakai pakaian ini, boleh perasan jadi askar kejap, macam anak aku kat bawah nie. Nor fatini tak pakai, kalau dia pakai terus terpenyek dengan topi besi tu.
|
Ahmad Firas dengan penuh gaya. |
|
Siti Sarah dah jadi askar wataniah |
|
Muhammad Ammar, askar mana yang pakai spek pulak. |
Waktu lawatan War Museum setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Disediakan juga pemandu pelancong kepada yang berminat, bolehlah dengar penerangan yang jelas lagi. Bayaran untuk rakyat Malaysia: Dewasa RM 20.00 Kanak-kanak RM 10.00.
Kepada yang nak lebih mencabar boleh datang waktu malam, disediakan pekej Night Tour Adventure dari jam 7 petang hingga 11 malam setiap hari, tapi kena datang berkumpulan. Jika datang siang pun terasa seram, kalau datang malam boleh terkencing kot. Yang nak lebih lebih lebih mencabar dan berminat nak rasa suasana peperang disedaikan aktiviti Paintball. Mesti terasa macam dok kat medan perang. Aktiviti-aktiviti nie bayaran dikenakan lainlah sikit.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : 016-421 3606, 04-6265142. Alamat : Lot 1350, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, Penang. Nak senang lihat lokasi dari Google Map kat bawah.
View Larger Map
Maklumat mengenai sejarah kem ini boleh lawat ~ rasanya tak masuk lagi dalam buku sejarah sekolah:
1-
http://www.kosmo.com.my/
2-
http://www.utusan.com.my/
3-
http://harithsidek.blogspot.com/
[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Pulau Pinang pada 27hb May 2013 ]
1:
Penang : Fort Cornwallis
2:
Penang : Toy Museum
3:
Penang : Muzium Perang
4:
Penang: Akuarium FRI