Firas dan Basikal Baru

Ada dalam tiga empat minggu lepas, Ahmad Firas dengan penuh berhemah memohon diluluskan pembelian basikal baru untuknya ~ ayat lemah lembut dan berhemah yang tak mungkin ditolak. Lagi pun basikal plastik yang sekian lama di tungganginya dah terasa semakin kecil dan lutut dah sangkut dagu. Tambahan teringin tengok abang dan kakak naik basikal besar dengan lajunya dan dia dok terkial-kial atas basikal plastik roda tiga.

Basikal oren
Seminggu sebelum itu ke pekan Kepala Batas tetapi tak berhasil sebab kedai dah tutup, kami sampai lewat. Maka hari ini dalam sejarah pada 25hb Mei 2013, Sabtu tercapailah hajatnya nak memiliki basikal.

Mula-mula dia pilih warna pink, ishhh boy mana boleh kaler pink. Tunjuk kaler lain dan nasib baik dia nak. Jadi beli warna oren. Selesai beli, tanya Firas "siapa yang beli basikal tu?". Dijawabnya "uncle". Ada ka patut mak ayah yang keluar duit, tokey kedai yang dapat nama.

Tinggi juga basikal tu, kira hujung jari kaki ja jejak tanah. Nak naik pun kena tolong angkat. Kayuh tak tau lagi. Jadi letak dia atas basikal lepas tu pakat-pakat tolak sambil ajar dia kayuh. Tapi dia buat dekkk ja, mungkin lagi best kalau orang tolak, boleh rasa macam putera raja.
Parking mesti sama dengan abang kakak

Sampai rumah lepas naik kena simpan sebaris dengan basikal abang dan kakak , baru sama taraf. Syok tengok dia belek basikal, macam tak percaya dah ada basikal sendiri.
Mimpikah aku dah ada basikal nie.
Bila di tanya basikal tu warna apa? Mesti dijawab entah-apa-apa warna.
Angin cukup tak?
Basikal plastik roda tiga telah di tolak ketepi tanpa belas kasihan. Tak jeles pun kalau bagi kat Nur Fatini ~ sebelum nie jangan haraplah.
Sudah dapat gading bertuah tanduk ditinggalkan.

Insyaallah tak lama lagi laju lah tu. Jangan dok merempit sudah.

Pecel Lele Sungai Ara

Kalau kat Penang, celik-celik mata sahaja keluar rumah mesti berselisih dengan kedai mamak. Kalau tak kedai mamak, kedai tom yam. Mamak... Thai... Mamak... Thai. Tapi kali nie cuba lain sikit. Tak ke India atau Thailand tapi ke Indonesia pula. Rakyat Indon pun ramai kat Penang nie. Apa lagi pekena pecel pulak.

Hari Ahad ada dalam dua tiga minggu lepas, kena kerja. Dah dekat tengahari terpikir nak makan apa yaa. Cari kat google  pecel lele. Sebelum nie ada dengar mengenai warong pecel kat Penang, tapi tak tau kat mana. Tanya kat Mr Google dapatlah satu gerai. Warong nie terletak berhadapan Kondo Sri Aman. Apa lagi buat edisi terjah. Tak pasti buka ka tidak hari Ahad. Tak pa lah. Dalam google map dekat ja dengan tempat kerja.
DSC_2922
Warong Pecel Lele Sg Ara
Pusing... pusing... pusing sampai, tak sesat pun cuma jalan saja yang bengkang-bengkok. Nasib aku baik, hari Ahad buka. Sebuah warung tepi jalan yang dikelilingi kondominium, banglo, flat dan sebagainya. Walau dikelilingi banglo dan kondo warung ini biasa sahaja dan ringkas, bukan warong mewah. Sesuai untuk rakyat marhain. Papan tanda warong pun tak dak, tapi orang sebut pecal saja.
DSC_2921
Menu Pecel
Sampai sana parking sahaja ditepi jalan, janji jangan halang lalu-lintas sudah. Ada beberapa menu Indonesia yang disediakan seperti pecel lele, pecel ayam, rawon, bakso, pecel lontong, asem bandeng dan banyak lagi. Aku oder pecel ayam dengan teh O ais limau. Pengunjung tak putus-putus, yang menariknya kebanyakan dapat bercakap bahasa Indon (depa cakap bukan seperti filem sinetron tu, darjat tinggi lagi ~ tak paham aku).
DSC_2917
Set pecel ayam: ayam goreng, ulam, sambal belacan dan nasi
Dah sampai pun, nie dia set pecel ayam. Ayam goreng panas datang bersama sambal belacan, ulam (salad, kubis, tomato dan hirisan terung yang digoreng), sup dan nasi yang memang saiz aku ~ banyak. Kat atas meja di letakkan sambal, mungkin sesiapa yang nak pedas boleh tambah. Ayam biasa seperti ayam goreng kunyit. Sambal belacan aku tak pasti rasa macam mana tetapi bila dicampur dengan nasi memang mabelas. Tanya mak cik kedai dia kata sambal belacan tu di goreng. Sup, sedap ~ bukan macam sesetengah kedai yang bagi sup rasa macam air campur ajinomoto dan garam saja.
Sambal belacan pecel
Ini kunjungan aku yang kedua. Oder rawon, iaitu sejenis sup daging yang kuah kehitaman. Saja nak cuba yang lain pula. Rawon dimakan dengan nasi dan kalau nak pedas boleh ditambah sambal. Rasa ada sedikit masam. Cita rasa mulut aku tak berapa menarik ~ lain orang lain mulut.
DSC_3010
Rawon
 Gerai nie tak berjenama, ramai disebut pecel sahaja bersempena dengan menunya yang menyediakan berbagai jenis pecel. Menurut tokey warong, masakan yang disediakan merupakan dari Surabaya. Disampaing makanan berat ada juga dijual cucur dan keropok
DSC_2920
warong bersih
Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat ke dua (hari Jumaat nie aku tak pasti dia kira yang keberapa) dari tengahari sampai jam 8 malam.  Harga pula mampu milik, antara RM4 hingga RM5 saja. Gerai di jaga bersih dan suasana yang nyaman sebab terbuka.
DSC_2928
Warong Pecel
Lokasi ditepi jalan Persiaran Paya Terubong 1, Sungai Ara. Berhadapan Kondo Sri Aman ( kondo nie bersebelahan dengan Kolej Komuniti Bayan Baru). Nak mudah ikut papan tanda menghala ke Kolej Komuniti Bayan Baru.
DSC_2931
Dihadapan warong: kondo Sri Aman dan Kolej Komuniti Bayan Baru.
Nak lagi mudah lihat sahaja Google Map kat bawah.

GPS:
5°19'59.3"N 100°16'46.1"E
5.333136, 100.279472


p/s : Pecel bermaksud sayur-sayuran yang direbus dan dihidang dengan sambal. lele bermaksud ikan keli.

Pulau Pinang : Bukit Gambir Gondol

Dah lama nampak benda nie tapi kali nie baru nak ambik gambar. Waktu dulu (tak la berapa lama pun) nampak kecil ja tapi sekarang dah makin besar. Puncak Bukit Gambir kat Pulau Pinang yang gondol. Kalau dari Jambatan Pulau Pinang pun dapat nampak kegondolan dan kebotakan puncak bukit nie.
Puncak Bukit Gambir

Projek apa nak buat kat atas tu?? Nak buat kawasan tadahan hujan, takut Kerajaan Kedah tak mau hantar air lagi kot atau nak buat taman tema atau pun Genting Highland? Harap-harap projek yang dijalankan memberi manfaat kepada penduduk Penang dan tidak merosakkan alam sekitar.

Dalam dok tulis terbaca kat Utusan Malaysia hari nie  22 Mei 2013, maka terjawab sudah. Hutan di puncak bukit telah digondolkan secara haram.

Lepas nie Bukit Gambir nak jadi apa selepas digondolkan?? Tunggu dan lihat.

Karangan Bahaya Toksik : No 5

Adalah dalam minggu lepas Siti Sarah dok cari maklumat kat internet mengenai toksik untuk buat karangan. Kami pun tak tau dia buat untuk pertandingan karangan mengenai bahaya toksik kat Transit Aiman dan semalam dia bawa balik hadiah tu. Terer tuu dapat no 5.
Hadiah karangan bahaya toksik

Hadiah disampaikan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Dia dapat beg Body Glove, alat tulis, buku cerita dengan sedikit makanan. Yang tak tahan dapat beg body glove. Best la walau dok transit la nie.

Disamping tu pihak KPDNKK juga menerangkan mengenai bahaya toksik. Balik diceritakan setiap mainan kena ada logo MC.  Ishhh... nanti nak beli mainan kena perhati benda nie pulak, harap-harap mainan yang ada logo nie harga mampu milik. Maklumat lanjut mengenai keselamatan barangan mainan kanak-kanak boleh layari kat sini http://www.konsumerkini.net.my/.

Baucar Club Card - untung sikit-sikit

Betul ka TESCO plc telah diambil alih oleh syarikat Malaysia? Ada maklumat yang tak pasti kesahihannya telah tersebar kat FB, mengenai Sime Darby telah ambil alih. Dalam dok cari kat internet dapat maklumat TESCO Malaysia merupakan usaha sama antara Sime Darby dan TESCO plc dengan  SIME DARBY memegang saham sebanyak 30% ~ ini pun maklumat tahun 2001.
Tesco Club card dan baucar

Ishhh... tetiba ja tulis pasal saham Tesco ~ nak beli ka?? Saja buat muqaddimah. Yang aku nak tulis ialah mengenai Club Card Tesco. Tak taulah berapa lama dah aku ada kad nie, yang pasti beribu-ribu ringgit telah dilabur kat situ. Dah labur beribu-ribu nak juga rasa hasil pelaburan. Jadi hasilnya adalah dalam setahun beberapa kali dia hantar kupon diskaun dan juga boucar. Dok kumpul-kumpul baucar nie dapatlah hampir RM50.00. Bolehlah tampung sikit perbelanjaan. Untung juga jadi ahli kad nie. Jadi kalau nak untung sikit-sikit bolehlah jadi ahli Club Card Tesco ~ percuma ja.

Aku selalu pi Tesco sebab rasanya harga barang lebih murah dari supermarket besar lain. Tapi ada kawan aku kata kat Mydin lagi murah. Nak beli barang dapur dan berbagai barang lagi mana boleh pi ke Mydin biasa ~ kat situ nak beli kain baju boleh la. Kena pi Mydin Wholesale Hypermarket.

Kat Penang cuma ada sebuah saja tu pun kat belah pulau, Bukit Jambul. Kalau dari tanah besar tak balik modal la pulak nak kesitu, dengan minyak dan tol. Bila lah pula Mydin nak buka kat Seberang Perai atau Sungai Petani?  Bolehlah melabur 100% kat dalam syarikat bumiputra. Sementara tu melabur kat hybrid bumiputra (syarikat bumiputra + syarikat asing) dululah.

Hak Bermain Hak Kami

Esok dah Hari Guru. Ada macam-macam aktiviti yang dibuat kat sekolah tanda berterima kasih pelajar kepada guru mereka. Cikgu darjah, cikgu popular, cikgu hensome, cikgu lawa, cikgu femes, cikgu baik hati dan cikgu garang sekali pun insyaallah dapat banyak hadiah. Begitu sayang pelajar kepada cikgu mereka.

Aku bukan nak tulis mengenai hadiah hari guru atau aktiviti yang akan dilakukan. Disini aku nak tulis mengenai aktiviti hujung minggu pelajar. Boleh kata kebanyakan cuti hujung minggu pelajar dihabiskan dengan pelajaran seperti kelas tambahan, kelas mengaji al-quran dan sebagainya. Semuanya menjuruskan kepada kecemerlangan pelajar.

Ada juga aktiviti hujung minggu yang disertai sekali atau dua kali sahaja dalam setahun. Contohnya kem motivasi, kem kerohanian dan sebagainya. Ada lagi satu kem atau seminar yang pelajar amat berminat termasuk ibu bapa iaitu seminar yang dikhususkan kepada peperiksaan seperti UPSR,PMR dan SPM. Seminar ini dilakukan dalam sehari atau dua hari sahaja. Berbagai nama diberikan kepada seminar ini seperti Seminar Kecemerlangan, Seminar Pecutan A+, Seminar Bestari dan sebagainya. Nama seminar mesti bombastik.
Pelajar hadir seminar.

Dalam seminar tersebut pelajar diajar subjek yang sama seperti disekolah tetapi diberi nafas baru dan didedahkan dengan berbagai teknik pantas dan mudah untuk mengingati fakta, mengeluarkan fakta, menyelesaikan masalah, penghuraian, menjawab soalan dan sebagainya. Matapelajaran yang setahun diajar disekolah dapat disiapkan dalam masa beberapa jam sahaja. Yang penting sekali diakhir setiap matapelajaran pelajar akan diberikan soalan ramalan. Horeyyyy tak payah baca banyak-banyak, cuma tumpukan kepada beberapa bahagian sahaja ~ macam berjudi dengan nasib pula.

Ini kisah yang aku dapat kat sebuah seminar. Sebelum seminar bermula aku sembang dengan seorang tenaga pengajar disitu. Diberitahu dia datang dari KL dan semua tenaga pengajar pun cikgu sekolah di KL juga. Penang dah ketandusan tenaga pengajarkah? Bukan. Inilah kecantikannya, memberikan warna yang baru kepada pelajar dimana mereka mendapat ilmu dari sudut pandangan guru yang berlainan ~ bosan juga dok dengaq bahasa utara nie, ulaq melingkaq ataih pagaq. Mungkin guru-guru di Penang ada yang membuat seminar di KL pula. Ada seorang cikgu habis sahaja mengajar lebih kurang jam 12 tengahari akan bertolak balik ke KL sebab ada kelas lagi pada jam 4 petang disana. Esoknya akan manjalankan kerja hakiki mengajar di sekolah pula. Begitu sebok sekali.

Dalam seminar ini disamping teknik-teknik yang disampaikan, suasana, sistem bunyi dan visual amat dititik beratkan. Kadang-kadang seperti sebuah konsert. Dimana ada ketikanya kedatang cikgu di iringi dengan muzik tema, lampu digelapkan dan pengenalan cikgu menggunakan multimedia,  pelajar pula memberi tepukan gemuruh bagai seorang bintang popular. Lokasi kelas juga memainkan peranan dimana untuk menaikkan aura pembelajaran dipilih IPT, seolah memberi inspirasi kepada pelajar. Tak merasa aku ketika bersekolah dulu-dulu.

Guru yang mengajar pula bagai mempunyai aura menarik perhatian pelajar dengan gaya mengajar yang matap. Bicara, jenaka, nasihat dan arahan disampaikan dengan yakin dan jelas  dibantu dengan penggunaan berbagai media pengajaran dan pelajar seperti mendapat suatu keyakinan baru dalam pembelajaran. Boleh kata seolah-olah pakar motivasi yang berceramah.

Persoalnnya? ~ buatlah macam ada gema sikit. Adakah teknik belajar, teknik mengeluarkan fakta, teknik menghurai, teknik meringkas, teknik menjawab soalan dan berbagai teknik ini tidak diajar disekolah? Kenapa perlu ada pihak lain yang menyampaikan kepada pelajar (walau yang membuat seminar itu juga seorang guru sekolah)?  Jika tidak ada, kenapa sistem pembelajaran di sekolah tak dapat menyerapkan teknik ini? Adakah teknik-teknik ini ada hak ekskusif tertentu?

Perlu difikirkan juga, adakah guru-guru yang mengajar berbagai teknik ini di seminar mengaplikasikan juga kaedah tersebut kepada pelajarnya di sekolah atau adakah ia juga seperti guru-guru lain yang mengajar seperti kehendak kementerian dan menggunakn kebolehannya untuk seminar berbayar sahaja? Tak boleh disalahkan guru-guru tersebut, mungkin teknik yang diperolehinya datang dari penat lelah beliau sendiri dan mungkin juga bukan percuma.

Berbagai teknik pembelajaran yang baru dengan penggunaan alat bantuan mengajar terkini seperti multimedia telah dipelopori (gaya penyampaian guru yang menarik pun memainkan peranan). Profesor dan doktor dalam bidang pengajaran di universiti perlu digembling untuk menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan bersesuain dengan zaman yang semua nak cepat. Teknik konvensional perlulah diubah mengikut aliran semasa. Biar guru-guru dan sekolah menjadi hub ilmu utama tak perlulah mengorbankan masa untuk mencari dari sumber lain ~ benda yang sama kaedah yang berlainan. Betepatan dengan tema Hari Guru tahun ini Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda.

Biarlah pelajar mempunyai masa untuk aktiviti lain dihujung minggu. Kita bukan lahirkan robot tetapi manusia yang mempunyai berbagai deria. Ambil kata-kata dari iklan MILO " Hak bermain, hak kami". Biar masa terluang mereka di penuhi juga dengan aktiviti riadah, berkawan, kemasyarakatan dan sebagainya. Ini juga ilmu berguna dalam kehidupan.

Akhir sekali saya ucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru-guru dan sesiapa sahaja yang menurunkan ilmu yang berguna kepada orang lain. Tidak ada apa balasan yang setimpal dengan ilmu yang diberikan hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa kalian.

*****  Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda  *****

Warong Tok Long : Sup Gear Box

Malas dah baca politik. Lagi tak cukup 21 hari untuk buat bantahan pilihanraya, macam-macam cerita keluar. Pening-pening kepala, kita makan dulu.

Bukan tempat baru tapi oder menu baru.  Masih lagi kat Kepala Batas lebih tepat Jalan Paya Keladi, pekena sup gear box kat Warong Tok Long. Dalam entry lama cuma nasi kampong saja klik sini.

Sup gear box Warong Tok Long
 Oder sup gear box dan ayam goreng buat budak-budak. Jangan lupa kena ada cabai melaka potong boh kicap perah asam limau perghhhhh baru terangkat. Daging dan urat yang ada kat tulang memang lembut, kaih dengan camca boleh keluar.
Makan tengahari yang ringkas tapi mabelasss.

Harga ikut saiz, kalau tak silap dari RM8.00 ke RM12.00 (nanti aku konpom balik harga dia) tapi memang berbaloi. Warung Tok Long terletak berhampiran Pusat Kesihatan Paya Keladi dan masa dibuka lihat entry nie Warong Tok Long. Lokasi dari Wikimapia di tulis Kedai Makan Kak Yah.

LeBoss Sungai Petani : Birthday M Ammar

Bersempena cuti hari buruh pekerja, jalan-jalan Sungai Petani ke Alamoda. Biasalah beli belah kain untuk hari raya. Tak puasa lagi dah terasa bahang hari raya. Bukan nak cerita pasai kain kat situ tapi bersempena esok hari jadi Muhammad Ammar maka program ditambah dengan jalan-jalan cari makan.
Selamat hari jadi Muhammad Ammar 2013. Sambut awal sehari. Kek tu akan dibawa ke transit esok.

Sebelum tu aku cari kat internet tempat-tempat makan kat Sungai Petani. Kat Sungai Petani Utara ada dua tiga tempat yang menarik. Jadi kami pilih ke LeBoss Restaurant yang berada di Lagenda Height. Restoran makanan barat.

Sampai kat sana lebih kurang tengahari, aku masuk survey dulu, takut-takut tak halal. Maklumlah nama pun tak ada ala-ala melayu. Masuk saja lihat boleh kata semua orang melayu yang makan kat situ. OKlah boleh masuk.
LeBoss Restaurant

Tapi...tapi.... sebelum masuk anak aku Ahmat Firas dah nampak TESCO kat depan tuu maka secara default bebai nak kesitu dulu. Apa lagi nak mainanlah. Kena pi buat lawatan ke TESCO, kalau tak alamat makan tak berasalah ~ telan tak kunyah, melayan dia. Sampai sana pujuk supaya tak beli kereta mainan tapi beli coklat, dia OK jadi beli coklat. Ke LeBoss semula.

Masuk kedalam, menarik. Konsep apa yang digunakan entahlah. Dinding warna terang dengan berbagai hiasan yang disangkutkan ke dinding seperti T-shirt, basikal, gambar, tempat basuh tangan, dapur gas dan macm-macam lagi. Siling dihiasi lampu berbagai jenis. Suasana suram nampak eksklusif. Mula-mula kami duduk kat meja biasa. Oleh sebab Nur Fatini sedang tidur, kami tukar ke kerusi sofa. Boleh letak dia atas sofa ~ aman.
Selesa. Nur fatini dapat tidoq.
 Dok tak berapa lama menu pun sampai. Semua menu utama western di datangkan dengan pilihan 2 menu sampingan, pilih yang mana berkenan. Kat senarai ada 9 menu sampingan ~ ala-ala Kenny Rogers.
Menu LeBoss
 Tanya yang sambut hari jadi dulu, Muhammad Ammar, macam biasa ~ chicken chop dan menu sampingan dipilih macaroni cheese dan mash potato. Kakak pula macaroni cheese ~ bukan menu utama jadi tak dak sampingan. Isteri aku cheesy fish fillet sampingan pasta salad dan potato chips, aku pula macam biasa kambing lamb chop dengan sos black paper sampingan macaroni cheese dan baby fried rice.
Capuchino ice blended

 Hidangan sampai satu-satu. Mula-mula sampai air capuchino ice blended lepas tu vanila ice blended. Rasa OKlah. No komen sebab aku tak berapa minat sangat dengan air. Lepas tu baru datang hidangan. Nie dia yang isteri aku, cheesy fish fillet. Kepingan ikan yang digrill dan dibakar dengan cheese dan bahan-bahan lain. Memang terbaik.
Cheesy fish fillet, nampak semak tapi sedap.

Mana lagi makanan lain??? sorry semua telah di padam secara tak sengaja oleh Ahmad Firas yang dengki dengan hari jadi abangnya. Hahahaaa macam betul ja dengki, sebenarnya bagi dia main kamera bagi dok diam. Dah tak dak gambar aku tulis ja lah.Chicken chop memang besar, kulit yang rangup dan banyak isi, rasa OK. Lamb chop pun besar (2 keping) tetapi sos black paper tak berapa naik. Sampingan nasi goreng kicap dan pedas ~ tak berapa OK.  Macaroni cheese pula tak berapa cheesy sangat, sedikit kering.

Suasana dalam kedai
Suasana dalam restoran memang romantik dan suram. Tempat duduk yang disediakan tak terlalu rapat antara satu sama lain, jadi memang selesa. Kekemasan dan kebersihan dijaga dengan baik. Surau dan bilik air disediakan, kalau nak dok lepak lama-lama pun tak dak masalah.

Dah dekat nak habis, Nur Fatini baru bangun tidor. Apa lagi suap macaroni la. Boleh tahan pulun.
Fatini baru bangun tidoq. Depa makan tak kejut saya.

Cerah. Cuma macaroni cheese ja yang tak habis.

Sambut hari jadi sampai terlentang ~ kenyang.
 Harga makanan kat restoran LeBoss nie boleh tahan. Sekali sekala makan OKlah, kalau nak selalu minta tolong bos-bos belanja. Selepas bayar diberi satu name card aka privilege card, adalah benda free yang boleh dituntut jika menjamu selera lagi kat situ.

Pintu masuk restoran. Mungkin untuk yang merokok

Restoran nie buka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam cuma hari Jumaat dari 3 petang sampai 11 malam. Lokasi di lot kedai sederet dengan Kedai Elektrik Senheng Lagenda Height Sungai Petani. Kalau nak tahu lebih lanjut Restoran LeBoss nie boleh cari kat FB, taip ja leboss nanti jumpalah. Alamat 201 & 202 Jalan Lagenda Height, Lagenda Height, Sungai Petani. Lokasi dari google map.


View LeBoss Restaurant in a larger map

p/s: Semoga anak-anak aku menjadi insan-insan yang berguna, berjaya di dunia dan berbahagia di akhirat. Amin.

Masa Untuk Bekerja

Dah selesai memilih. Ada yang pangkah jadi ada yang pangkah tak jadi. Ada yang tak pangkah dia yang lompat lebih. Keputusan pemilihan majoriti telah di perolehi. Ketika ini yang menang kena buat kerja yang kalah pun kena buat kerja.

Yang menang kena tunaikan segala akujanji atau manifesto. Laksanakan akujanji itu dengan adil tak mengira kawasan mana. Sebab setelah mendapat mandat untuk mentadbir Malaysia. Bukan mendapat mandat untuk mentadbir beberapa negeri di Malaysia. Maka laksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah Malaysia, jangan dok pilih kasih.
Gambar sumber internet

Kepada parti pemerintah hendaklah mula bekerja untuk membangunkan negara, bukan berkempen untuk PRU 14. Tak perlulah dibangkitkan kelemahan negeri yang tak dapt dikuasai seperti isu air, isu kekurangan pekerjaan, isu moral dan macam-macam isu lagi. Sekarang isu yang utama ialah membangunkan negara tak mengira kawasan. Gunakan segala sumber yang ada dengan berhemah. Jika sesuatu engkaujanji tu tak dapat dilaksanakan disebabkan sumber kewangan yang tak cukup jangan pula diambil dana yang akan meruntuhkan negara. Ukur baju dibadan sendiri. Jatuh bangun negara terletak dibahu parti pemerintah.

Kepada yang kalah pula bukan bererti dah boleh lepas tangan. Kadang-kadang kalah dengan majoriti yang kecil sahaja. Cuma nasib tak menyebelahi lagi. Ketika ini bukan juga masa untuk mencari salah parti lawan atau mula untuk berkempen PRU 14. Tetapi ketika ini juga masa untuk bekerja. Dah kalah nak kerja apa? Ini yang silap. Walau kita kalah, kita tetap mempunyai pengikut dan negara. Ketika ini apa salahnya gerakkan penyokong kita untuk membantu parti yang menang. Untuk memajukan negara.

Walau berada dipihak membangkang. Tak perlulah bangkang semuannya. Sikit-sikit nak bangkang. Periksa dulu apa yang pemerintah nak laksanakan dan kalau ada kekurangan buat cadangan penambahbaikan.  Kalau ada cadangan baru, kemukakan. Parti pemerintah pun janganlah ego tak kena tempat. Kalau cadangan yang elok, terima dan laksankan.

Kepada parti pemerintah janganlah melaksanakan program-program yang hanya mencari popular dan sokongan sahaja sehingga menjatuhkan akhlak anak-anak bangsa.  Laksanakan program-program yang memantapkan jatidiri dan jiwa-jiwa mereka dengan akhlak yang mulia.

Kepada yang menang dan yang kalah, sekali lagi ini bukan masa untuk berkempen Pilihanraya Umum 14. Letak sebelah keegoan dan kedengkian dan mulakan pemuafakatan untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Bangsa kita bukannya ramai, jika berpecah belah, apa-apa yang hendak di lakukan pun akan sukar.

Tulis memang senang, serupa pakar motivasi bagi ceramah. Kau kerja rajin mesti bos akan suka nanti cepat naik pangkat. Hidup di dunia nie mathematiknya bukan macam tu. Tapi apa dilakukan hendaklah berserah kepadaNYA. Biar Dia yang tentukan ganjaran, kita laksanakan yang terbaik.

Selamat menjalankan amanah rakyat.

Penang Isnin Cuti... Horeyyyy

Bersempena dengan mengundi esok nie Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan cuti umum pada hari Isnin 6hb Mei 2013 nie.
Cuti umum Penang pada 6/5/2013

Selamat mengundi Pilihanraya Umum 13 ( PRU13) dan selamat bercuti. Diharap kepada pemimpin dan pengundi menerima setiap keputusan dengan rela hati. Selepas ini tak perlulah mencari salah siapa atau mencari keburukan sesiapa tetapi carilah titik permulaan untuk memajukan negeri.

Yang kalah terima kekalahan dengan rela hati dan terus memberi sokongan dan memebantu kepada yang menang dan yang menang teruslah berkhidmat dengan adil tak kira siapa dan kawasan mana.

Calon Mana Nak Pilih?

Dah dekat PRU 13, panas dah sampai mengelegak. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. Sukar nak buat keputusan. Pangkah kiri masuk mulut naga , pangkah kanan masuk mulut buaya. Maklumat semakin hari semakin merapu. FB, blog, YouTube, akhbar, TV cerita entah apa-apa. Tak pasti benar atau auta. Fitnah dah jadi macam makanan ruji. Rakyat marhain menjadi mangsa.

Jadi macam mana nak pilih pemimpin??

1- Berharta atau ada bisnes? Senang nak minta bantuan. Anak nak kawin boleh minta subsidi kenduri atau anak nak pi mengaji boleh minta bantuan sikit.

2- Pemurah? Macam nombor satu jika kaya kalau kedekut nak buat apa. Pemurah, dapatlah juga membantu rakyat.


3- Sentiasa berada di kawasan yang diwakilinya? Ada juga pemimpin yang lepas sahaja undi dan menang maka batang hidung pun dah tak nampak. Semua dah balik ke KL mengejar tender. Cari yang berada di kawasan masing-masing, senang nak jumpa.

4- Amanah? Sentiasa jujur dengan amanah yang diberi. Segala tanggungjawab yang diberi dilaksanakan dengan baik dan benar dan tak makan rasuah.

5- Berjiwa rakyat, peramah dan beradab? Tidak membezakan pangkat dan darjat rakyat dibawahnya. Semua dilayan saksama dan saling menghormati. Muka mau senyum, tak kisah kenai atau tidak, sebab masyarakat kenai YB. Rakyat pun senang berurusan dangn YB.

6- Bijaksana? Bijak menanggani isu-isu masyarakat dan bijak mencari peluang dan ruang untuk meningkatkan prasarana dan ekonomi kawasan masing-masing. Bijak juga mengambil hati masayarakat. Jangan bijak mengaut keuntungan untuk diri sendiri sahaja.

7- Adil? Adil dalam membahagikan segala urusannya. Dari urusan keluarganya sehingga urusan masyarakat. Adil dalam pembahagian projek-projek dikawasannya. Taklah lepas dia dapat, dia dapat lagi. Bagilah orang lain pula.

8- Kuat bekerja dan ringan tulang? Nak jadi YB bukan kerja serupa pejabat, cukup jam 5 petang boleh balik, tapi 24 jam menjadi hamba rakyat. Malam-malam pun ada saja yang datang. YB juga kena sentiasa turun padang mendengar keluhan masyarakat dan membantu mereka. Tak boleh mengeluh, itu jalan yang telah YB pilih.

9- Bertenaga? Kena cari juga yang bertenaga maklumlah nak kena hadir berbagai mesyuarat dan jemputan. Pi sana pi sini tak kira siang malam, perlu tenaga tu. Kena kopi tongkat ali dulu.

10- Berani? Bukan berani pukul orang tetapi berani menyatakan kebenaran dan berani menyuarakan pandangan, permasalahan dan keparluan rakyat ke pringkat yang lebih tinggi dan berani mempertahankannya walau jawatan disandang akan tergugat.

11- Tenang dan sabar? Bukan dok lepak-lepak tetapi menghadapi segala situasi dengan tenang dan sabar. Tak menggelabah dan kalut takut-takut keputusan diambil tersilap.

12- Bertakwa dan beriman? Sentiasa ingat siapa pencipta dan menurut segala perintahNYA. Jika takut kepadaNYA maka segala pekerjaan akan dilakukan dengan amanah dan jujur.

Ketika ini sukar untuk menilai keperibadian pemimpin dangan segala macam cerita yang disumbatkan ke minda masyarakat. Pihak menyokong menceritakan segala kebaikan manakala sebelah menentang menceritakan segala keburukan. Masyarakat yang tak terlibat secara langsung dengan sepak terajang permainan politik akan menjadi mangsa kekeliruan dan sukar membuat pilihan. Jadi sebelum pi mengundi, sembahyang sunat minta petunjuk moga pilihan yang dibuat merupakan pilihan terbaik. Berserah kepadaNYA.

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang)kecuali denga izin Allah; barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (Qs at-Taghabun/64:11) 
 
Selamat pulang ke kampung atau ke pusat-pusat mengundi. Hati-hati memandu.


Kuliah Ilmu Mei 2013

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mei. Kelmari hari pekarja. Tiga empat hari lagi dah nak mengundi. Apa-apa pun ilmu-ilmu agama mesti dituntut. Kat bawah aku letak jadual kuliah:

1) Masjid Abdullah Fahim, Bertam Perdana


2) Masjid At-Taqwa, Bertam Indah


Selamat berkuliah.

** segala perubahan jadual kuliah tertakluk kepada masjid berkenaan.