Nasi Kampung Stesen Keretapi Sungai Petani

Nama kedai aku tak pastilah tapi yang pasti kedai makan nie letaknya di dalam Stesen Keretapi Sungai Petani. Kedai ini menyediakan nasi kampung dangan berbagai lauk seperti gulai batang pisang, kerabu, ulam, ikan bakar dan ada banyak lagi lah.


Kedai ini beroperasi setiap hari kecuali hari Selasa. Perniagaan bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang untuk makan tengahari. Kedai ini juga menyediakan makanan ringan seperti rojak waktu malam dan diberitahu waktu malam meriah disebabkan ada keretapi yang menurun dan megambil penumpang ketika itu.
Menurut pemilik kedai, stesen ini akan dirobohkan dan diganti baru. Ini untuk memberi laluan kepada pembinaan stesen baru setelah projek landasan keretapi berkembar siap. Kedai ini juga kan berubah tempat, tak tau kemana lagi.

Sebagai merakamkan norstalgia hari-hari terakhir stesen ini yang banyak meninggalkan sejarah kepada Pekan Sungai Petani dan juga kepada yang telah menggunakan perkhidmatan di stesen ini dirakamkan beberapa gambar sekitarnya.








2 comments:

  1. Post yang menarik.. Terkenang zaman naik kereta api dulu-dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. la nie rasanya dah tak dak dah... lama tak pi lawat kat situ

      Delete