Restoran Cina Muslim Mohd Chan Abdullah

Lepas sahaja demo alatan kawalan audio visual di kawasan perniagaan Taman Melawati, kami semua di ajak makan tengahari. Penganjur program ini berbangsa Cina. Lalu ditanya kami OK ka makan masakan cina? Dia mungkin nak berbahasa saja sebab dia dah tempah pun untuk makan tengahari tu. Keluar dari pejabat beliau kami dibawa berjalan kaki sahaja ke sebuah restoran sekitar kawasan tersebut. Aku dan yang lain yang beragama islam dah cuak. Kalau masuk restoran cina kami patah balik pi makan kedai lain saja.

Restoran Masakan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah
Jauh juga kami berjalan. Dan sampai kesebuah restoran. Dari luar tertulis Restoran Cina Muslim Mohd Chan Abdullah. Legaaaa tak payah cari tempat makan lain. Masuk sahaja kedalam, memang bersih. Kebanyakan pekerja di restoran ini aku lihat berketurunan cina. Semestilah Islam. Berpakaian putih bersongkok putih. Kalau tak silap pelayan kedai ini semuanya lelaki.
Kami terus ke bahagian berhawa dingin. Ketika melintas dihadapan juruwang terlihat tempat ambil air sembahyang dan juga surau kecil disediakan dibawah tangga.
Tempat wuduk
Layanan mereka memnag pantas dan sentiasa tersenyum. Inilah menu mereka. Berbagai jenis masakan cina untuk dipilih.


Makan kali nie ditaja oleh orang jadi semua dah tersedia. Jadi aku tak berapa pasti nama-nama makan yang dihidangkan mesalinkan beberapa yang biasa aku makan. Ini adalah ayam masak apa ntah lah, tapi sedap.

Ikan siakap tiga rasa atau masam manis, entahlah aku tak tau. Ikan garing dan sos yang dituang kira OK sahaja.
Sayur campur, walau aku tak berapa minat sayur, tapi yang ini sedap. Kalau tak silap nama dia loh hon zai. Macam-macam dicampur seperti brokoli, bunga kubis, cendawan, cendawan butang, kacang sepat.
Ikan siakap stim, banyak bahan diletakkan dalam masakan ini. Dari menu terdapat empat jenis ikan stim, aku tak pasti yang ini spesis yang mana satu.
Ini baby kailan sos tiram kalau tak silap.

Sotong goreng tepung. Sotong besar dan tak berminyak, tapi cicah sos cili biasa sahaja. Kalau kat restoran thai atau tom yam akan disediakan sos khas untuk cicah sotong ini.
Thai Taufu, tokua goreng bersama sos.

Alhamdililah dapat juga aku makan masakan cina yang halal. Rasa tak puas makan kat sini, nanti kalau sampai Kuala Lumpur kena datang sekali lagi. Cuba masaka lain pula.
Restoran ini ada 5 cawangan, aku cuma tahu yang ini sahaja. Dalam laman web restoran ini diberi maklumat lokasi-lokasi lain.


60, Jalan Negara
Taman Melawati
012-6480680
Lokasi restoran yang aku makan seperti dibawah.


View Larger Map

No comments:

Post a Comment