Seawal sebelum jam 8 pagi Siti Sarah dah ke sekolah dengan baju raya. Aku pun hadir juga walau tak dijemput sebab nak lihat anak aku buat persembahan.
Persembahan dimulai dengan persembahan tahun tiga, sebelum itu aku tak tahu acara apa telah berlangsung sebab datang lewat sikit.
Diikuti oleh Guru Besar memberi ucapan. Dalam ucapan diumumkan hari Isnin sebagai cuti peristiwa dan Khamis dan Jumaat ( 18 & 19hb Nov ) diistihar cuti bersempena Hari Raya Haji. Maklumat akan disampaikan esok kepada ibu bapa yang tidak menyertai program ini. Ibu bapa kena rancang cuti lain la pulak. . Kalau boleh perancangan cuti sekolah ( yang luar dari kebiasaan ) dibuat awal sebab ibu bapa boleh merancang cuti mereka maklumlah cuti raya, semua orang nak ambil. Ini ada serangkap pantun.
Tidak aku tertampi-tampi,
Kalu cuti katakan cuti,
Tidak aku ternanti-nanti.
Dan ucapan terakhir dan perasmian oleh YDP PIBG. Dalam ucapan beliau diberitahu sekolah ini telah menerima guru-guru yang hebat dan telah mendapat 3P ( yang ini aku lupa apa yang di huraikan ) dan beliau juga menyarankan ibu bapa sentiasa memberi sumbanagn kepada pihak sekolah. Ditekankan juga apa yang telah di ucapkan ketika Mesyuarat PIBG yang diadakan di SK Bertam Indah dahulu meminta ibu bapa menyumbang pokok-pokok bunga untuk mencantikkan kawasan sekolah.
Nota: Mukabuku / Facebook Sek. Keb. Bertam Perdana
No comments:
Post a Comment